Sunday, May 31, 2009

UNIC: Atas Nama Cinta Dalam 2 Versi Berbeza

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah...

Di sini, saya ingin berkongsi video muzik nasyid bersama-sama dengan anda semua. Tajuk lagu dan kumpulan nasyid yang menyanyikannya adalah sama namun berbeza zaman. Mari kita hayati lirik dan nasyid tersebut...

UNIC - Atas Nama Cinta (2004)


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


UNIC - Atas Nama Cinta (2008)


Andai mampu
Kau mendengar getar hatiku
Gemaannya
Menyebut namamu

Dan sesungguhnya
Seluruh bisikan kasihku
Hanya untukmu
Tak terselit ragu

Namun diriku bimbang terlena
Dibuai lembut pesona cinta

Biarkanlah di situ
Diam terus membisu
Tersimpan dan terkurung
Gusar keasyikannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Saat cinta
Mengisi tiap ruang jiwa
Terlintasku
Menzahirkan segala rasa
Namun diriku bimbang terlena
Hingga murka-Nya menghukum leka

Di atas nama cinta
Kupendam penuh rela
Suara dan bicara
Ku mohonkan diriku
Rahsia yang dilindung
Kerna mengharap indah redha-Nya

Andai rahsia hingga hujung nyawa
Andai menang bersama jasadku
Sesungguhnya ku mahu kau tahu
Aku mengasihi-Mu

Di atas nama cinta
Kupendam penuh rela
Suara dan bicara
Ku mohonkan diriku
Rahsia yang dilindung
Kerna mengharap redha

Ku mohonkan direstu
Diizinkan bertemu
Bahgia dan bersatu
Di syurga
Di syurga
Di syurga

0 comments:

Cerpen: Sinar Hidupku (Bahagian Akhir)

Sambungan dari Cerpen: Sinar Hidupku (Bahagian 3)

Aku ke sekolah pada pagi itu berbekalkan dorongan dan sokongan kedua ibu bapaku dan bekalan ilmuku untuk menghadapi saat yang bakal aku tempuhi seketika nanti. Dalam masa yang sama, aku sempat mengimbau kembali kenangan pahit manisku sepanjang tahun ini. Daripada kesibukanku sebagai seorang pelajar yang menjalankan tugasnya dalam bidang akademik, aku juga melibatkan diriku dalam bidang kokurikulum; di bawah badan uniform yang aku sertai. Pelbagai sudah aktiviti kepengakapan yang telah cuba aku libatkan diri walaupun bagi seorang pelajar SPM seperti aku yang sudah kesuntukan masa, aku cuba mengimbangi masa aktivit kokurikulum dengan akademik agar seimbang. Kemudian, terlintas seketika bagaimana aktiviti study group yang kami jalankan hampir sepanjang tahun ini sudah menampakkan impaknya. Kenangan tika bersama rakan-rakan seangkatanku sewaktu bergotong royong membersih dan menceriakan kelas pada awal tahun ini sempat menjengah jendela memoriku untuk seketika. Aku tersenyum sendirian apabila memikirkan hal tersebut.

Sedar atau tidak, aku telah tiba di perkarangan sekolah tercintaku. Papan tanda ‘SMK SELAYANG BHARU’ terpampang teguh di hadapan tembok batu sekolahku. Sebentar nanti aku bakal memasuki dewan peperiksaan untuk menjalani ujian paling getir dalam hidupku. Di saat ini, aku hanya mampu berdoa kepada al-Khaliq agar memberikan sedikit kekuatan untukku menghadapi peperiksaan ini dengan tenang tanpa sebarang komplikasi yang bakal aku lalui.

Ya Allah, pencipta langit dan bumi serta segala isi baginya, Kau berikanlah nur dan petunjuk serta kekuatan-Mu kepadaku agar aku dapat menghadapi segala musibah yang bakal aku terima pada hari ini. Selamatkanlah aku dan keluargaku daripada ditimpa api neraka-Mu yang pedih lagi azab. Hanya Kau sajalah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Amin…

Aku melangkah masuk ke dalam dewan dengan rasa yakin walaupun jantungku masih lagi berdegup dengan agak kencang. Kini, segala-galanya terletak di bahu aku. Hanya aku sajalah yang mampu mengubah nasib diriku. Segala persiapan dan ilmu yang kutimba selama ini akan aku jadikan sandaran untuk aku menempuhinya. Di saat aku mengambil tempat dudukku di dalam dewan, aku sempat melepaskan pandanganku ke luar dewan sambil menghirup udara segar pada pagi itu. Aku yakin aku boleh berjaya. Selama ini, aku bersusah payah mentelaah pelajaran demi masa hadapanku. Kini, aku yakin sepenuh hati aku dapat menggenggamnya.

Piiinnn… Piiinnn! Aku terjaga daripada lamunanku. Kereta jiranku yang membunyikan hon keretanya membuatkan aku kembali kea lam realitiku semula. Aku melihat kehijauan alam yang masih lagi segar di hadapan kaca mataku. Keadaan kini masih lagi seperti tadi. Tidak ada perubahan yang ketara. Aku melihat mentari yang sudah keluar menjengah di ufuk timur memancarkan sisa-sisa sinarnya. Dalam keadaan aku asyik memandang mentari tersebut, aku yakin bahawa aku akan beroleh kejayaan yang cemerlang kerana aku yang menentukan sinar hidupku ini. Hanya aku saja yang mampu mengukir jalan kehidupanku yang bakal aku lalui di kemudian hari. Oleh itu, hanya aku yang mampu berbuat demikian. Hanya aku…

0 comments:

Cerpen: Sinar Hidupku (Bahagian 3)

Sambungan dari Cerpen: Sinar Hidupku (Bahagian 2)

Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi aku akan menduduki peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju hidupku ini. Ibarat seorang soldadu yang bakal bertempur dan berjuang demi mengekalkan keamanan, sebegitu juga denganku yang perlu mempersiapkan diriku untuk menyambut tibanya tika itu. Saat ini cuma yang aku perlukan adalah segala bekalan yang perlu aku bawa mencukupi sebelum tarikh tersebut menjengah jendela hidupku. Aku sedar kini hanya dengan segala kerahan keringatku ibarat membakar lilin di tengah malam yang dapat menjamin kesenangan hidupku. Aku terus sematkan di lubuk sanubariku untuk aku menggapai dan menggenggam kejayaan yang bakal menyaksikan hidupku berubah.

Tapi, hanya seperkara yang perlu aku tempuhi, iaitu kata dua yang ada dalam diriku. Sama ada aku perlu berusaha gigih untuk mencapainya atau aku terus hanyut dalam lautan kebebasan dan keseronokan remajaku tanpa memikirkan hala tuju hidupku. Perkara ini yang merunsingkan aqli aku kini. Aku tahu bahana jika aku tidak mengendahkan masa hadapan dan harapan kedua ibu bapaku.

“Aku tidak mahu melihat air jernih yang mengalir berguguran dari pekung kelopak mata ibuku disebabkan kegagalanku. Aku tidak mahu menjadi insan yang tiada gunanya untuk agama, bangsa dan negara. Aku… Aku perlukan perubahan. Aku perlukan semangat yang kental untuk menghadapi situasi sebegini,” getus hatiku sendirian sambil ditemani unggas yang berkicauan terbang di angkasa biru. Langit masih belum lagi disirami mentari yang membawa rahmat ke atas alam ciptaan-Nya.

“Ahh… Aku nekad. Kini, aku perlu memikirkan nasib hala tujuku dan impian ibu bapaku untuk melihat aku menerima segulung ijazah sekiranya hayat ini dipanjangkan oleh-Mu. Aku perlu gigih berusaha. Dari sekarang!” Aku semai nekadku itu dalam cebisan hatiku yang runsing memikirkan hal berkenaan. Aku yakin dengan segala usaha dan tawakalku kepada Yang Maha Esa, aku yakin lorong dan sinar kejayaan pasti aku ketemu juga akhirnya. Aku yakin…

Sang suria yang setia menjalankan rutin hariannya masih baru lagi menerjah ufuk timur. Aku sudah bersiap untuk ke sekolah. Namun, di hati ini terasa ada sedikit getaran yang berlainan sekali dengan hari-hari yang telah aku lalui sebelumnya. Pagi itu juga ada sedikit kejanggalan yang aku alami daripada biasa. Hati ini, berdegup dengan kencang sewaktu aku hampir melangkah keluar dari istana kediamanku.

“Ayang, hari ni jawab soalan periksa tu baik-baik. Baca doa. Selawat ke atas nabi sebelum jawab soalan tu,” ibuku memberitahu sebelum aku melangkah menuju ke destinasiku. Peringatan sebegitu sudah acap kali aku dengarkan daripada lidah ibuku yang sentiasa basah dengan nasihat dan peringatan.

“Mama dan abah kau mendoakan kejayaan kau, nak. Semoga kau beroleh kejayaan yang mampu mengubah kehidupan kau. Kami hanya memimpin ke arah kehidupan yang kau impikan. Kami hanya menumpang kegembiraan kau atas kejayaan yang kau kecapi,” sayunya suara ibuku yang sudah menjangkau usia setengah abad. Tersentuh pinggir hatiku atas ayat tutur kata yang diucapkan oleh bibir ibuku itu.

“Mama, abah. Terima kasih atas segala dorongan dan pengorbanan yang mama dan abah berikan. Hanya satu lagi yang Ayang pinta, doakan kejayaan Ayang untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM ni nanti,” luahku kepada ibu dan bapaku sambil aku mencium kedua belah tapak tangan mereka.

Merekalah yang merupakan orang penting di sebalik kewujudanku. Merekalah yang diibaratkan sebagai paying kepada kehidupanku yang sekian lama ini. Yang masih lagi untuh berdiri di hadapan kaca mataku, walaupun usia mereka telahpun dimamah dari hari ke hari.

Bersambung...

0 comments:

Cerpen: Sinar Hidupku (Bahagian 2)

Sambungan dari Cerpen: Sinar Hidupku (Bahagian 1)

Suasana diam menyelubungi semula keadaan kelas pada pagi itu. Kedengaran hingar-bingar kenderaan di hadapan sekolah yang sibuk lalu lalang. Beginilah rutin harian. Jalan raya tidak pernah lekang dek kesibukan kenderaan yang menggunakannya saban hari.

“Hah… Apa kata kalau kita bentuk kumpulan untuk study group. Macam mana?” luahku memecahkan keheningan pagi yang agak suram itu.

“Bagus juga cadangan tu. Macam mana geng, setuju tak?” usul Nas dengan wajah yang seakan-akan ingin mendapatkan kepastian jawapan daripada kami.

“Kalau bab tu, aku setuju. Aku memang nak join sangat.”

“Aku pun sama.”

“OK. Macam nilah… Petang nanti pukul 4 kita terus mula study group kita. Kita ulang kaji dulu subjek Form 4. Setuju?” ujarku terhadap mereka.

“OK. Boleh,” jawab mereka hampir serentak.

Keheningan pagi itu dan kerancakan perbualan kami tiba-tiba terhenti dengan suara pengumuman yang dibuat oleh guru disiplin yang menyatakan bahawa perhimpunan pada pagi itu akan dibuat pertama kalinya pada awal sesi persekolahan semester pertama sesi 2005 ini. Kami semua tanpa membuang masa terus bergerak ke tapak perhimpunan, menyelinap lautan pelajar yang seiring untuk ke sana.

* * * * *

Kini, sudah 3 bulan aku menjalani kehidupan rutinku sebagai seorang pelajar. Selama 3 bulan itulah, aku menyibukkan diriku dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kokurikulum mahupun akademik. Walaupun aku sibuk, aku terpaksa membahagikan waktuku dengan teratur dan sempurna agar aku dapat menyelaraskan kegiatan tersebut dengan rutin kehidupanku. Study group yang telah kami jalankan selama 3 bulan ini sudah sebati dengan kehidupanku walaupun aku merasakan agak kepenatan untuk meneruskannya. Namun, demi masa hadapanku yang bakal menjengah lembaran hidupku nanti, aku kuatkan semangat dan iltizam aku untuk meneruskan jua.

Bersambung...

0 comments:

Cerpen: Sinar Hidupku (Bahagian 1)

AKU termenung memandang alam flora yang menghijau terbentang luas di hadapan mataku. Aku lihat sang unggas sedang berterbangan di angkasa, riang mencari sara hidup bersama-sama. Mentari yang mengjengah di ufuk timur semakin mencapahkan sinarnya kea lam ciptaan Yang Maha Esa. Tidak lupa juga, hamba-Nya yang sibuk menjalani kehidupan harian yang menjadi rutin hidup untuk meneruskan perjalanan kitaran hidup yang sementara ini.

Aku terus memandang keindahan bumi yang menghijau yang sedang menjamu ketenangan mataku. Fikiranku terus menerawang memikirkan nasibku yang bakal aku hadapi nanti. Hari ini, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005 bakal diumumkan di seluruh negara. Aku memikirkan segala-galanya yang berkait rapat dengan diriku. Harapan kedua ibu bapaku yang tinggi mnggunung, masa hadapanku, harapan pihak sekolah, guru-guru, rakan-rakanku dan lain-lain. Aku makin terasa bahangnya. Jantungku terus dilanda kerisauan yang amat. Berdegup dengan kencang di kala aku memikirkannya. Ah, mengapa dengan diriku ini? Aku merintih sendirian di halaman rumahku yang ditemani bersama pokok bougainvillea kesayangan ibuku.

Aku mundar-mandir di sekitar halaman rumahku. Fikiranku masih lagi kusut; memikirkan segala persoalan yang menerjah lubuk mindaku bertali arus. Akhirnya, aku hanyut dalam menunganku yang membawa diriku mengimbas kembali segala memori dan kenangan silam yang telah aku lalui…

“Assalamualaikum. Tengah buat apa tu?” sapa Nas yang baru tiba di hadapan muka pintu kelas.

“Waalaikumsalam. Tak ada apa-apa. Macam mana cuti sekolah baru-baru ni? Seronok?” balas Wana yang sedang khusyuk melayani surat khabar Utusan Melayu.

“Seronok juga. Korang pula macam mana?”

“Aku tak ke mana. Duduk di rumah. Beristirahat bersama family,” jawabku yang sedang membersihkan papan putih.

“Aku pula pergi bercuti ke Singapura. Melawat pakcik aku di sana,” celah Moon, gadis sunti Cina yang fasih berbahasa Melayu.

“Sekejap aje kita semua dah Form 5. Dulu, ingat lagi kita baru Form 1 masuk sekolah ni. Tak sangka dah hampir 5 tahun kita berada di sini,” sambung Nas apabila keadaan diam untuk beberapa ketika.

“Risaulah. Tahun ni dahlah nak ambil periksa SPM, aku masih belum lagi study secara konsistensi. Macam mana ni?” rungut Moon dengan nada kerisauan.

Bersambung...

0 comments:

Burj Dubai: Bakal Ditabal Bangunan Tertinggi


Bangunan Burj Dubai yang masih lagi dalam proses pembinaan

BURJ Dubai, bakal diktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia yang masih lagi dalam status pembinaan berharga AS$20 bilion (RM64.8 bilion), adalah merupakan projek berprestij yang dibina di tengah-tengah kawasan pembangunan seluas 500 hektar di Downtown Burj Dubai.

Untuk makluman lanjut mengenai artikel ini, sila klik di sini.

0 comments:

Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah swt, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Petikan dari sumber iLuvislam.com

0 comments:

12 Barisan di Akhirat

Mari kita renung-renungkan sejenak...

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah saw dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris."
Surah an-Naba': Ayat 18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri..."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah swt menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah swt, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Petikan dari sumber iLuvislam.com

0 comments:

Jangan Ditanya Mengapa...

Sekadar perkongsian bersama-sama...
  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Risau jikalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana pada waktu pagi itu dibuka pintu berkat)
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi bersama syaitan
  • Jangan keluar rumah tanpa memasang niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang pada bila-bila masa
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan, kelak rosak persahabatan kita hilang bahagia
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya

0 comments:

Kriteria-kriteria Lelaki Soleh

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt
5. Ikhlas dalam beramal
6. Kampung akhirat adalah menjadi tujuan utama hidupnya
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt dan ancamannya
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya
10. Solat malam adalah menjadi kebiasaannya
11. Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwah di antara mereka
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah swt
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga

Petikan dari sumber iLuvislam.com

1 comments:

Selamat Hari Lahir Wahai Sahabatku...

Hari nie, 31 Mei 2009, genaplah usia dua orang sahabat aku yang dahpun masuk ke angka 22. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya kepada mereka berdua.

Mohd Fadhli bin Rosli
Asal Tikam Batu, Kedah Darul Aman
Jurusan Biologi Industri


Johnny Yaap Jia Xun
Asal Butterworth, Pulau Pinang Pulau Mutiara
Jurusan Kimia Industri

1 comments:

Saturday, May 30, 2009

Dehearty: Ayah

Album: Insan Istimewa
Munsyid: Dehearty
http://liriknasyid.com


Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama alunan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri

Hari-hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah menongkah cabaran
Dalam mendidik amanat Tuhanmu
Sabar melayan kerenah yang seribu

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau endahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biarku tawar ruang yang berjuta
Biarku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akanku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan kubela nasibmu di hari tua

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau endahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biarku tawar ruang yang berjuta
Biarku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akanku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan kubela nasibmu

Biarku tawar ruang yang berjuta
Biarku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akanku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan kubela nasibmu di hari tua

1 comments:

Hijjaz: Belaian Ibu

Munsyid: Hijjaz
http://liriknasyid.com

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu di dunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh ibu

1 comments:

Implementasi Sains Islam & Implementasi Sains Barat

Islam tidak pernah mengetepikan sains. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, "Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience." Ia bermaksud, "Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif."

Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Jika diamati definisi-definisi ini, ia memang telah ditekankan oleh Islam berdasarkan dalil-dalil dan nas yang telah disebutkan sebelum ini.

Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, "Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia." Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.


Keterbatasan Sains

Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20,

"Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini."



Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.

Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa "sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains." Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.

Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.


Matlamat dan Metodologi Sains

Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah. Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud,

"Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta."



Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, "Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta." Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.

Untuk mencapai matlamat ini metodologi yang digunakan perlulah betul. Sains berkonsepkan tauhid melahirkan metodologi atau pendekatan yang mengambil kira syariat. Kepatuhan kepada syariat tidak menghalang kreativiti dan inovasi kerana kebebasan untuk mengkaji telah pun diberikan Islam berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, "Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu." Yang dituntut ialah kepatuhan kepada prinsip-prinsip syariat yang akan mencantikkan sains. Sebagai contoh syariat mengutamakan nyawa manusia. Justeru kajian sains dan teknologi yang terhasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk memusnahkan nyawa. Syariat juga melarang kemudaratan dilakukan berdasarkan sabda nabi yang bermaksud,

"Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibn Majah.

Islam juga menekankan tentang akhlak. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah. Amanah ini melibatkan individu, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama. Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering). Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain. Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia. Mengikut Dr Mae-Wan Ho, pengarah Bioelectrodynamics Laboratory di Open University, United Kingdom, kejuruteraan genetik telah menyebabkan wabak kolera menyerang India pada tahun 1992, wabak kuman streptococcus di Tayside pada tahun 1993 dan wabak kuman E. Coli 157 di Scotland.

Justeru, kepatuhan kepada syariat adalah penting agar sains tidak terbabas daripada landasan kebenaran dan kesejahteraan.


Sumber artikel: www.danialzainalabidin.com

0 comments:

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Petikan dari sumber iLuvislam.com

Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali: 'Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?'
Murid 1: 'Orang tua'
Murid 2: 'Guru'
Murid 3: 'Teman'
Murid 4: 'Kaum kerabat'
Imam Ghazali: 'Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu, janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).'

Imam Ghazali: 'Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?'
Murid 1: 'Negeri Cina'
Murid 2: 'Bulan'
Murid 3: 'Matahari'
Murid 4: 'Bintang'
Imam Ghazali: 'Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. '

Imam Ghazali: 'Apa yang paling besar di dunia ini?'
Murid 1: 'Gunung'
Murid 2: 'Matahari'
Murid 3: 'Bumi'
Imam Ghazali: 'Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka, kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

Imam Ghazali: 'Apa yang paling ringan di dunia ini?'
Murid 1: 'Kapas'
Murid 2: 'Angin'
Murid 3: 'Debu'
Murid 4: 'Daun-daun'
Imam Ghazali: 'Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.'

IMAM GHAZALI: 'Apa yang paling berat di dunia?'
Murid 1: 'Baja'
Murid 2: 'Besi'
Murid 3: 'Gajah'
Imam Ghazali: 'Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali: 'Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?'
Murid-murid dengan serentak menjawab: 'Pedang'
Imam Ghazali: 'Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.'

0 comments:

Pertanyaan & Persoalan...

Kita selalu bertanya dan al-Quran sudah menjawabnya...

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab:
"Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?" Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
Surah al-Ankabut: Ayat 2-3

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah: Ayat 216

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah al-Baqarah: Ayat 286

Kita bertanya: Kenapa mesti frust?
Al-Quran menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah al-Imran: Ayat 139

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
Surah al-Baqarah: Ayat 45

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
Surah at-Taubah: Ayat 129

Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Al-Quran menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
Surah at-Taubah: Ayat 111

Kita berkata: Aku dah tak tahan!!!
Al-Quran menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf: Ayat 87

Kita berkata: Sampai bila aku merana sebegini?
Al-Quran menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
Surah al-Insyirah: Ayat 5-6


0 comments:

Air Kosong: Penawar Pelbagai Jenis Penyakit

http://images.replacements.com/images/images5/crystal/V/val_st_lambert_state_plain_water_goblet_P0000108755S0002T2.jpg

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya, iaitu:
• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu
1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Sumber: http://www.kpwkm.gov.my/

0 comments:

Diet: Apakah Jenis Darah Anda?

LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak bagi diri anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?

Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.



Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu, pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri-ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri-ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.


Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


Buah-buahan yang berkhasiat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri-ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri-ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

1 comments:

Neurotransmitter Cinta

Sekadar untuk perkongsian bersama...
Petikan ini diambil dari sumber iLuvislam.com



*Artikel ini mengandungi banyak istilah medical yang mungkin tidak difahami orang kebanyakan. Sila rujuk WikiPedia untuk maklumat lanjut.


ADA APA DENGAN CINTA?
Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal. Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline.

Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya. Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena. Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yang tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yang tidur tak lena). PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab itu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yang pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...)

Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta & kesannya amat parah. Otak serta-merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically. Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar. Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransmitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan.

Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'. Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut-mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik untuk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu semua. Semua ini Oxytocin punya kerja. Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, itu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah. Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap, membelai.

I love You, You love I. Maruah pun tergadai.


CINTA vs NAFSU
Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak.

Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan?

Tak percaya jugak? Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya & awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)

Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu'tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.

Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu.

Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian.

Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

0 comments: