Berakhir Sudah Fasa Tahun 2...
Friday, May 01, 2009
By
Unknown
Luahan Insan
0
comments
Assalamualaikum dan Salam Warkah kepada kalian semua...
Alhamdulillah, akhirnya, tamatlah sudah sesi tahun pengajian patik di Universiti Teknologi Malaysia nie. Insya Allah, patik berharap agar keputusan peperiksaan yang bakal keluar nanti adalah yang terbaik. Moga-moga hendaknya.
Baiklah. Pejam, celik, pejam, celik, akhirnya dah nak masuk tahun 3 tak lama lagi. Aih, sekejapnya masa berlalu. Patik rasa bagaikan baru saja berada di sini. Namun, apalah dayanya patik nie hendak mengadu durja? Patik hanyalah sekadar insan yang kerdil lagi lemah; hanya mampu meneruskan sisa-sia kehidupan patik yang ada kini.
Hari Khamis lepas, iaitu 30 April 2009 merupakan subjek terakhir yang patik perlu hadapi, iaitu subjek Introduction of Bioprocess Engineering. Sekarang nie, patik masih lagi berada di persada kampus UTM tatkala sudah ramai pejuang-pejuang patik beransur pulang ke destinasi yang ingin mereka tujui. Insya Allah, kalau tidak ada aral melintang, tengah hari 2 Mei nanti akan patik berangkat pulang ke destinasi patik; ke Selayang.
Namun, di sebalik nama atau gelaran cuti akhir semester, patik dikehendaki untuk menghadiri sebuah latihan yang mana perlu patik laksanaka jika patik berkehendakkan untuk menamatkan pengajian patik nie. Patik akan ditempatkan di FRIM (Forest Research Institute of Malaysia), Kepong selama 10 minggu untuk menjalani Latihan Industri. Dan selama tue juga patik akan berhadapan pelbagai lagi tanggungjawab dan tugasan yang perlu patik langsaikan dalam kitaran waktu yang cukup singkat bagi tafsiran patik.
Hmm, nampaknya, cukuplah sampai di sini dahulu patik bermadah dalam utusan warkah kali nie. Insya Allah, semoga berjaya hendaknya kalian semua semasa mendapat keputusan peperiksaan kelak. Hingga kita bertemu kembali.
Waasalam dan Salam Singgah Sana...

0 comments:
Post a Comment