Tuesday, June 30, 2009

Doa Untukmu

Khas untukmu, arwah Yusrina Yusoff...



Album: Teman Sejati
Munsyid: Brothers


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku ke hadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kutetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Di atas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

*Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga...
Tuhan berkatimu

Ooo...


P/S: Kenapa malam nie aku agak emosional? Ya Allah, tenangkanlah hati hamba-Mu terhadap pemergian insan tersebut. Sekiranya ia adalah dugaan untukku, maka, Kau redhakanlah hatiku ke atas pemergiannya.

5 comments:

Mantan NC UKM Meninggal Dunia

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Bekas Naib Canselor UKM, Dr. Abdul Hamid, Meninggal
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Dr Abdul Hamid Abdul Rahman, 76, meninggal dunia hari ini di kediamannya di Bukit Damansara akibat sakit tua.

Allahyarham, salah seorang pengasas Fakulti Perubatan UKM pada tahun 1972, serta bekas pengerusi Bank Pembangunan Malaysia, meninggal dunia pada 8.30 pagi.

Menurut anak sulungnya, Khairil, jenazah ayahnya yang disembayangkan di Masjid Al-Khatab Bukit Damansara, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat zohor.


Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.


Komentar penulis: Al-Fatihah buatnya. Semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah. Amin...

0 comments:

Genap 2 Purnama Aku Berkelana

Apabila tarikh menginjak ke angka 1 Julai, maka dah genap 2 tahun aku berkelana di sini. Demi cebisan-cebisan ilmu yang bertebaran di seluruh pelusuk bumi ciptaan Yang Maha Agung nie. Aku bakal menjejakkan secara rasminya di Tahun 3 kelak. Dalam beberapa hari saja lagi. Sungguh aku tak jangka bahawa 'kekebalan' hati aku untuk merantau ke selatan tanah air nie buat sekian kalinya (nie masuk kali ketiga selepas abah graduate kat UTM tahun '97 dan aku melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi pada tahun '06) dengan hati yang agak hambar. Biasalah. Hati mana yang tak terusik apabila diumumkan keputusan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bahawa aku ditawarkan kursus Biologi Industri di UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

Aduhai, masa tue hanya Tuhan saja yang tahu betapa luluhnya hati nie kerana terpaksa merantau ke negeri tue sekali lagi. Aih, dah tak ada negeri lagi dah untuk aku betapa agaknya. Sampaikan mama pun pernah mengusik aku.

Mama: Lepas nie, jodoh dengan orang Johor jugalah nampaknya.
Aku: Err, tak. Tak mungkinlah mama. Awal lagi nak fikir pasal kahwin nie. Kerjapun belum, niekan nak bela anak dara orang.
Mama: Ala, mama melawak aje. Yang penting sekarang nie, belajar dulu.

Tuelah dia mama aku. Ada kalanya nak risau juga aku dengan kenyataan mama nie. Nak dijadikan cerita, betul-betul pula jadinya. Pernah juga mama luahkan kepada aku yang mama teringin sangat kalau-kalau aku dapat memperisterikan seorang gadis Turki. Erk??! Mama nak sangatkah Ayang nie kahwin dengan orang macam tue? Hehehe. Kenyataan nie mama luahkan ketika aku sekeluarga menjejakkan kaki di Tanah Suci 4 tahun dulu.

Jadi, untuk warkah kali nie, aku nak selitkan sebuah video mengenai UTM dengan lagu rasminya, Keunggulan Terbilang bersempena kelahiran anak watan di UTM nie. Layan...

0 comments:

Fakulti Perubatan: UTM Bakal Punyai Satu

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


UTM Akan Miliki Fakulti Perubatan
http://www.is.fsksm.utm.my/min/upload_images/UTM%20LOGO%20brand%20.jpg
Universiti Teknologi Malaysia

JOHOR BAHARU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mempunyai fakulti perubatannya sendiri apabila kajian mengenai penubuhan fakulti itu siap tidak lama lagi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sebagai antara universiti yang tertua negara, penubuhan fakulti perubatan di universiti yang memiliki kekuatannya sendiri itu adalah tepat pada masanya.

"Penubuhan fakulti itu akan membantu menambah bilangan graduan perubatan, farmasi dan pergigian dalam negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Haluan Siswa Sesi 2009/2010 di UTM, Skudai hari ini.

Beliau berkata, walaupun ketika ini terdapat 10 universiti yang menawarkan pelbagai kursus perubatan, tetapi ia masih tidak dapat menampung keperluan negara dalam bidang tersebut.

Katanya, ketika ini hanya tiga universiti yang mempunyai hospital latihan khusus untuk penuntut perubatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.


Klik di sini untuk bacaan selengkapnya.


Komentar penulis: Alhamdulillah, nampaknya UTM menuju setapak lagi ke hadapan. Meskipun universiti berteraskan teknologi semata-mata, namun tidak mustahil juga sekiranya Fakulti Perubatan dapat ditubuhkan dalam kepulauan UTM selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan graduan doktor perubatan bagi menampung keperluan negara yang semakin dihimpit dengan masalah kekurangan bilangan doktor perubatan.

0 comments:

Dia Telah Pergi Buat Selamanya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua...

Di sini, aku ingin khabarkan kepada anda semua bahawa saudari Yusrina Yusoff, senior aku semasa di SK Bandar Baru Selayang dan SMK Selayang Bharu, telah kembali ke rahmatullah pada 30 Jun 2009 (Selasa) bersamaan dengan 7 Rejab 1430H, jam 5.30 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.
Al-Fatihah...

Saudari Yusrina Yusoff (kiri) bersama-sama rakannya

P/S: Akak, maafkan segala salah silap Fahmi seandainya Fahmi ada melakukan kekhilafan terhadap diri akak. Meskipun kita telah lama tidak bersua, tapi, kenangan semasa bersama di bangku sekolah akan kekal selamanya. Semoga akak tenang berada di sana.

1 comments:

Monday, June 29, 2009

Ayat-ayat Cinta vs Air Mata

http://zyzaimunerin83.files.wordpress.com/2008/06/ayat-ayat-cinta1.jpg

Hari nie aku menggeledah semua koleksi softcopy cerita-cerita yang dah lama aku tak tengok sejak bermulanya demam exam semester lepas. Kali nie, tiba-tiba hati rasa nak tengok Filem Ayat-ayat Cinta. Bagi aku, filem nie tak berapa nak sangat aku tengok berulang kali sebab plot ceritanya yang agak slow. Maaf ya kepada semua peminat filem dan buku nie. Aku bukannya fanatik dengan filem-filem yang bertemakan sebegini. Aku lebih menghayati filem yang berunsurkan aksi.

Air mata aku seringkali mengalir apabila tibanya babak-babak yang menyayat hati untukku tatap. Terasa bagaikan aku pula yang berada di dalam filem tue. Hmm, aku bersimpati terhadap watak-watak yang berjaya membuatkan aku memburaikan air mata tatkala menontonnya. Di pengakhiran cerita nie, aku sendiri yang termenung jauh. Memikirkan situasi cerita berkenaan terutamanya watak Fahri. Sungguh tersentuh hatiku tatkala melihatnya diuji sebegitu oleh Yang Esa. Adakah aku mampu melalui pelbagai rintangan yang dilalui oleh Fahri? Jawapannya, tidak. Aku tak sekuat Fahri. Alangkah perwatakan yang dibawa oleh Fahri tue tersemat jauh dalam hatiku.

P/S: Maaf ya semua. Sejak kebelakangan nie, aku agak emosional sebab peristiwa yang berlaku terhadap aku tempoh hari. Ketika nie, aku sedang cuba keluar dari kepompong kemelut tue. Insya Allah, tak lama lagi. Bersabar ya Fahmi!

0 comments:

Seleksi Diari LI: Minggu 5

Jumaat/5 Jun 2009

0725 Tiba di Makmal Teknologi Biji Benih (MTBB)

0745 Kemas kini informasi dalam Buku Log Latihan Industri

0930 Memulakan eksperimen 'Contamination Test'

1055 Mengemas peralatan radas yang digunakan dalam eksperimen

1120 Menyambung menulis laporan thesis

1220 Rehat dan Solat Zuhur

1405 Kembali semula ke MTBB

1430 Menyambung kembali menulis laporan thesis

1525 Kemas kini informasi dalam Buku Log Latihan Industri

1540 Penyelia fakulti, Dr. Haryati Jamaluddin hadir melawat aku dan Aslinda

1700 Bertolak pulang dari MTBB

0 comments:

Permission Granted. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, akhirnya baki-baki masa yang ada di FRIM nie akan aku manfaatkan dengan sebaiknya. Insya Allah, jika tiada aral yang melintang, minggu nie adalah minggu terakhir aku menjalani latihan industri waima aku mempunyai baki seminggu lagi selepas minggu nie.

Penyelia industri aku dah bagi lampu hijau untuk aku meneruskan hasrat aku tue. Insya Allah, minggu nie sebelum hari Khamis, aku nak lahap laporan industri dan thesis dengan sepenuh hati sebelum melangkah pergi meninggalkan memori 9 minggu di sini.

Di sini, secara tidak sengaja aku telah meminati seseorang yang bukan layaknya status bagi aku. Meminati seseorang kaum Hawa. Namun, aku cepat-cepat melontarkan jauh-jauh perasaan tersebut. Beristighfar semahu-mahunya. Dirinya adalah milik sepenuh bakal suaminya kelak. Aku pernah sekali terpacul di bibirku memuji keayuannya. Namun, nasib baik aku cepat-cepat kembali ke dunia realiti. Beristighfar kepada-Nya. Kata-kata tersebut hanya layak diucapkan oleh yang halal baginya. Bukannya diri aku hina nie.

Astaghfirullah. Melalut sudah aku nie. Macam manalah boleh khabarkan informasi lain nie? Baiklah, kembali ke pangkal jalan semula. Mengenai laporan tue, setakat nie, aku dah mula edit petang tadi sebelum balik kerja. Bahagian 1 sampai bahagian 3 dah selamat aku canang. Yang tinggal hanyalah bahagian Results, Discussion dan Conclusion. Selepas tue, selesaikan pula sesi penghantaran ke fakulti. Insya Allah, harapnya bolehlah siap sebelum hari Jumaat minggu nie.

Kawan-kawan seperjuangan, jangan lupa ya hantar laporan industri sebelum atau pada 7 Julai 2009 di Fakulti Biosains & Biokejuruteraan. Alamatnya, dah diberikan oleh pensyarah yang berstatus diva kita, tak lain dan tak bukan, Prof. Madya Dr. Madihah Md Salleh. OK, good luck untuk semua ya. :)

0 comments:

Sunday, June 28, 2009

Ya Allah, Bantulah Hamba-Mu Ini...

Assalamualaikum dan Salam Kasih semua...

Bagi warkah kali nie, saya benar-benar terkesima dengan suatu kenyataan yang diuar-uarkan di laman sosial, Friendster. Salah seorang senior saya semasa di SK Bandar Baru Selayang, Selangor dan SMK Selayang Bharu, Selangor, kini sedang sakit teruk disebabkan tumor yang dihadapinya telah merebak menjadi kanser. Dia kini menggunakan bantuan oksigen bagi meneruskan kehidupannya. Kepada sesiapa yang terbaca warkah saya kali nie, semoga kalian dapat mendoakannya agar dia beransur pulih dan kembali normal.
Saudari Yusrina Yusoff (kanan) bersama temannya

P/S:
Kak Yus, Fahmi doakan agar akak cepat sembuh ya. Rindu tengok senyuman akak. Rasanya dah lebih dari 6 tahun kita tak bertemu. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup akak. Amin...

0 comments:

Ujian Memandu: Penggunaan Kereta Automatik

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Kereta Automatik untuk Ujian Memandu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8YkPurX_RTMyI_FKE3iISVfwFX0aRyGlqaLpQ7kpoUAbpyfS9Mm8uUh_MTSSbrWC6nf1vUk2hMYdFfTeLpF7EpeT5rp-0krhy6CshTfPWTdXFtcOTv3ty7qr2i4s5L8UWdbPjPUKJU2jy/s200/Datuk+Abdul+Rahim+Bakri.jpg
Datuk Abdul Rahim Bakri

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk menggunakan kereta transmisi gear automatik sebagai kenderaan untuk digunakan semasa ujian memandu seperti yang digunakan di kebanyakan negara lain termasuk United Kingdom, Jepun dan Singapura.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata cadangan itu dijangka dilaksanakan penghujung tahun ini.

"Bagi melaksanakan cadangan ini, kementerian akan membuat perubahan kepada kurikulum memandu, latihan ujian memandu dan menstruktur semula kelas lesen memandu bagi menetapkan kelas khas lesen memandu untuk penggunaan kenderaan automatik."

"Peraturan untuk membenarkan penggunaan kenderaan automatik bagi tujuan ujian memandu juga akan dirangka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.


Komentar penulis: Saya sokong usul ini namun seharusnya pihak kerajaan perlu menelitinya dengan lebih mendalam agar segala pelaksanaannya kelak adalah lancar dan tidak menyusahkan rakyat, khasnya dalam menguruskan hal-hal yang berkenaan.

1 comments:

CSI Series

Hmm, hari nie aku teruja sangat sebab dapat tengok CSI series. Sebenarnya, aku nie minat dengan plot jalan cerita yang sememangnya sering memberikan aku unsur saspen yang aku sering tak jangka. Cerita nie aku kenal semasa aku di sekolah menengah lagi, namun aku nie jenis yang bukannya penonton televisyen tegar. Bagi aku, kalau hidup aku tak diserikan dengan televisyen pun aku masih boleh meneruskan hidup. Asalkan aku masih ada sumber lain yang membolehkan aku mengakses dunia luar, sama ada secara teknologi mahupun tidak. Aku sering kali jarang melepaskan peluang untuk menonton cerita CSI nie. Kesemua ketiga-tiga cerita CSI aku lahap. Hehehe...

Namun, dalam ketiga-ketiga tue, CSI Vegas yang menambat hati aku. Mengapa? Sebab watak yang dibawa oleh Dr. Gil Grissom atau nama sebenar William Petersen. Tenang aje peranan yang dia bawa. Memang aku teruja sangat tengok kaedah penyelesaian dia dan yang paling penting sekali, cara dia berfikir. Akupun tak sangka, kadang-kadang cara watak yang dia mainkan tue memang benar-benar membuatkan aku berfikir panjang.

Tidak dilupajuga watak oleh David Caruso sebagai Let. Horatio Caine dalam CSI Miami yang sentiasa berkaca mata gelapnya. Sentiasa cool dan steady dalam menghadapi segala permasalahan yang mendatang dan Gary Sinise sebagai Det. Mac Taylor dalam CSI New York. Dia berperwatakan serius dan tegas namun masih lagi mempunyai komunikasi yang efektif semasa bertugas di kalangan rakan sekerjanya yang lain.

http://bluemoviereviews.files.wordpress.com/2009/01/petersen-2.jpg
William Petersen

http://blogs.guardian.co.uk/tv/horatio460.jpg
David Caruso

http://www.ftlauderdalenews.net/images/photos/106.jpg
Gary Sinise

P/S: Semasa hayat nie ada di rumah ajelah boleh menonton cerita-cerita sebegini. Lepas nie, tatkala menjejakkan saja kaki ke kampus, dah tak wujud lagi dah dalam kamus dan diari hidup nie. Huhuhu...
;p

2 comments:

PSM Oh PSM...

Papan tanda di pintu masuk FRIM

Salam semua.


Hari nie aku hanya menghitung hari saja lagi bagi melengkapkan salah satu dugaan terbesar yang perlu diatasi selain Projek Sarjana Muda (PSM) yang sememangnya adalah salah satu subjek yang ketika masih lagi menghantui aku. Mana taknya, PSM aku nanti penyelianya adalah salah seorang yang dikenal ramai dalam keanggotaan Senat. Haa, korang mesti tahunya siapa yang aku maksudkan tue. Entah macam manalah nanti aku nak survive dalam kancah dunia yang semakin menampakkan kesibukkan dan halangan yang mendatang kelak.

Baik, berbalik semula kepada cerita asal. Aku ketika nie berbelah bahagi sama ada mahu menamatkan latihan industri aku seawal mungkin atau sebaliknya. Berfikir-fikir dari segala skop perspektif minda yang mampu untukku terjemahkan dalam sebuah natijah. Kalau ikutkan aku, minggu nie nak aje aku tamatkan latihan industri. Hanya menunggu lampu hijau daripada penyelia industri aku untuk lab session yang terakhir sebelum aku bertungkus lumus menyiapkan helaian-helaian laporan thesis. Tarikh akhir tiba di meja urusetia latihan industri fakulti adalah sebelum atau pada 7 Julai 2009. Haa, jadi tinggal kurang dari 2 minggu aje lagi proses pembikinan peringkat akhir yang perlu aku lalui sebelum dengan girangnya mengucapkan kalimah syukur dan selamat. Lagipun, FRIM nie dekat saje dengan kawasan perumahan aku. Adalah dalam 2.5 km jaraknya. Jadi, sesiapa yang ingin merasai situasi yang aman dan harmoni dari kebingitan dan kesibukan kota, di sinilah tempat yang ideal. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kawasan nie, layari laman sesawangnya.

Kini, hati aku diruntun resah tatkala memikirkan PSM aku yang tergantung selama sebulan tanpa adanya sebarang reaksi positif daripada aku. Tajuknya memang agak menarik namun, hakikatnya, di sebalik tajuk tue, aku tak tahu bagaimana nak menterjemahkan konsep dan natijah yang ingin dijelajah. Masakan penyelia aku acap kali sibuk dengan urusan pentadbiran fakulti. Sehinggakan email pun telah aku hantar kepadanya hampir 2 bulan lepas, tapi hampa. Tiada balasan yang aku terima hingga kini.

"Immobilization of Bacteria Cells in MCM 41 for Biodegradation
of Orange II
"

Tuelah dia tajuk yang semakin hari semakin mendatangkan kebejatan di akalku. Sakit kadang kala memikirkan tajuk PSM nie. Mengapalah aku lambat memilih tajuk yang berkaitan dengan aspek plant? Harapan aku selama setahun akhirnya terkubur di hujungnya. Nampaknya, Allah lebih mengetahui mengapa tue jawapan yang terbaik untuk aku. Walau apapun, good luck untuk kawan-kawan yang sama-sama tengah siapkan laporan industri. Insya Allah, kita bertemu lagi dalam jangka masa 2 minggu dari sekarang.

Wassalam.

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 31)

“Tak. Amir sihat seperti apa yang saya beritahu tadi. Cuma, Amir terlalu penat sehinggakan Amir mengabaikan keperluan rehat yang secukupnya untuk diri Amir sendiri. Tu saja,” jelas Dr. Syamsul dengan secangkir senyuman terukir di raut bibirnya. Aku yang sebelum itu diserang rasa gundah, diterjah dengan pelbagai persoalan yang bermain di minda, akhirnya memperoleh jawapan. Jawapan yang sememangnya enak untuk diterima dan dimamah olehku. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga terhadap-Nya.

“Amir, boleh saya tanya satu soalan. Tu pun kalau Amir tak keberatan.” Dr. Syamsul mengajukan persoalannya pula setelah mengambil tempat duduk di atas katil di sebelah kananku. Kini, mata Dr. Syamsul bertentang dengan mataku. Dapat aku lihat matanya seolah-olah mengharapkan jawapan dan kesediaan aku untuk menerimanya.

“Ya, Dr. Apa soalannya?” balasku setelah agak lama aku mendiamkan diri. Membiarkan persoalan yang diaju kepadaku menyepi.

“Amirul Amar tu ayah kandung Amirkah?” Terpacul laju soalan itu keluar dari mulut Dr. Syamsul. Aku terkejut dengan soalan tersebut sehinggakan tergamam seketika. Berkerut dahiku memikirkan ayat jawapan yang dirasakan perlu bagi menjawab soalan yang hadir bagaikan tidak diduga itu. Akhirnya, aku diam membisu seribu bahasa. Tunduk menghadap ke bawah. Beberapa manik jernih gugur dari tubir mata. Jatuh ke atas selimut. Esakan kecil mula menghiasi bilik tersebut sambil ditemani oleh seorang insan yang merawatku di sisi.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 30)

Aku dibenarkan keluar dari hospital hari ini. Bosan sungguh berada di dalam sana sejak 2 hari lepas. Alhamdulillah, seronoknya hati ini hanya Allah saja yang mengerti. Syukur kepada-Nya juga kerana aku tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan sejak 2 hari lepas. Dr. Syamsul yang pernah merawat abah dulu yang merawat aku. Kenyataan Dr. Syamsul masih lagi terngiang-ngiang di ruang lingkup telingaku. Masih segar. Meskipun telah 2 hari aku dimaklumkan mengenai hal tersebut. Aku tersenyum sendirian tatkala mengingati kembali butir-butir ayat berkenaan.

“Amir, dalam masa 2 hari lagi bolehlah awak keluar ya. Saya lihat awak hampir beransur pulih. Alhamdulillah,” ujar Dr. Syamsul setelah memeriksa keadaan diriku.

“Ya Dr.? Alhamdulillah. Tak sabar rasanya nak keluar dari hospital,” jawabku sambil mengamati raut wajah Dr. Syamsul yang menjangkau usia hampir 40-an. Andaiku.

“Err, Dr., boleh saya tahu apa sebenarnya yang saya alami?” soalku terhadap Dr. Syamsul dengan nada yang agak terketar-ketar. Dr. Syamsul masih lagi memandang diriku. Tenang. Suasana bilik menjadi sepi untuk beberapa jurus. Aku pula diserang rasa risau yang amat setelah lama Dr. Syamsul membiarkan soalan tidak berjawab. Dudukku mula dihuni rasa gelisah yang datang menyerang dari segenap ruang dan terus bertapa di benak hatiku. Bersarang. Semakin memuncak rasa gelisah itu.

“Kenapa Dr. diam?”

“Hmm… Amir, awak sihat. Awak tak menghidap apa-apa jenis masalah kesihatan. Cuma…” Dr. Syamsul terputus katanya di situ.

“Cuma apa, Dr.? Kenapa dengan saya?” Aku terus melontar pertanyaan demi pertanyaan terhadap Dr. Syamsul yang sedang menghela nafas. Panjang. Barangkali kepenatan setelah bekerja sehari. Dugaku.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Cerpan Oh Cerpan...

Salam Ceria semua...

Alhamdulillah, hari nie aku masih lagi diberikan oleh-Nya kehidupan untuk diteruskan di muka bumi nie. Syukur yang tidak terhingga. Hari nie merupakan sesi pendaftaran mahasiswa baru bagi Kolej Rahman Putra dan beberapa buah kolej kediaman lain dan 2 buah fakulti. Haa, gerangan di luar sana tue, kalau nak tahu, tuelah proses transformasi yang diterjemahkan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang. Memfokuskan fakulti sebagai tempat pertama dalam pencarian dan pembudayaan ilmu. Insya Allah, di tahun-tahun akan datang, beberapa buah fakulti akan menawarkan diri mereka bagi proses pendaftaran mahasiswa tersebut. Kepada rakan-rakan seperjuangan, tak kira di bahagian Jawatankuasa Kolej Mahasiswa mahupun Majlis Perwakilan Pelajar yang kian bertungkus lumus dalam menterjemahkan keringat dalam melaksanakan tanggungjawab dalam minggu nie, semoga berjaya dan diberi kekuatan oleh-Nya dalam melunaskan segala amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Maaflah jika diri nie tidak mampu untuk turut serta bersama-sama kalian disebabkan jadual latihan industri yang masih lagi berbaki 2 minggu.

Cerpan. Tuelah yang sedang menular di mindaku sekarang nie. Sudah hampir seminggu aku tak langsung menyiapkan sambungan cerita tue yang seringkali aku warkahkan di blog nie sebagai tatapan minda kalian. Sebenarnya, cerpan tersebut aku karangkan dan upload di laman sesawang iLuvislam.com, sekadar perkongsian minda dan luahan kognitif bersama-sama dengan pelawat setia laman sesawang tersebut. Kini, aku buntu dengan perjalanan plot cerita sehinggakan aku tak tahu di mana ingin aku mulakan kerana terlalu banyak konflik yang terjalin di antara satu sama lain. Ketika aku sedang menaip warkah nie, aku masih lagi tercari-cari cahaya dan idea; bagaimana ingin menyambungkan plot cerita nie. Aku harap agar cerpan nie dapat aku kalamkan sebelum aku pulang ke UTM untuk sesi pengajian aku yang seterusnya.

Baik. Nak cuba terjah idea dan merungkai setiap persoalan yang wujud di dalamnya. Insya Allah, kepada yang sudi membaca cerpan yang tak seberapa nie, semoga kalian mendapat sedikit sebanyak pengajaran dan iktibar mengenainya.OK, I'm off.

0 comments:

Saturday, June 27, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 29)

Hati Lisa bungkam. Mendengarkan kata-kata Dr. Muhammad Syamsul Mahmud yang merawat Amir, sedikit sebanyak meredakan kerisauan yang hinggap melata di setiap penjuru ruang hatinya. Amir tidak menghidap apa-apa penyakit serius. Cuma, keletihan dan perlukan banyak berehat. Masih lagi terngiang-ngiang di ruang gema telinganya akan patah kata Dr. Syamsul tadi. Diputarkan berkali-kali. Hatinya tidak pernah lekang dengan perkataan syukur kepada-Nya. Dia tidak mahu kehilangan permata hati yang menghias dan mengisi rona hidupnya. Waima Amir hanyalah anak saudaranya. Anak saudara yang dibela olehnya setelah pemergian abang iparnya 14 tahun dahulu. Tragedi yang tidak bisa diungkapnya lagi dengan kata-kata mahupun akal. Abang iparnya, Amirul Amar Zainuddin Abdullah syahid ketika berada di wilayah bergolak di Afrika Selatan atas misi pengaman dunia. Amar juga turut menyertai misi tersebut. Ibu kepada Amir, Amiratul Husna Zainal, menyahut panggilan Ilahi sewaktu melahirkan Amir. Jadi, hanya dia dan Amar saja tempat Amir bergantung kasih.

“Lisa, Lisa. Lisa,” panggil Amar yang sedari tadi melihatkan Lisa termenung. Sehinggakan dirinya sudah berada di hadapannya masih lagi tidak diendahkan. Amar menggoncang perlahan bahu kanan Lisa.

“Lisa.” Lisa terkejut. Kembali menyorot ke dunia realitinya semula. Mencari-cari nada suara yang memanggilnya. Matanya bertentang dengan mata Amar.

“Ya , abang. Abang nak air? Lisa buatkan ya,” ujar Lisa.

“Tak apalah, Lisa. Abang belum haus lagi. Lisa menung apa tu? Sampaikan abang panggilpun Lisa buat tak endah aje,” ucap Amar sambil meramas jari-jemari Lisa yang runcing itu. Lisa kaget. Terperangkap lagi dengan situasi yang tidak mahu lagi diurainya kini.

“Err, tak ada apa-apalah. Abang, Lisa masuk bilik dulu ya. Nak berehat,” ujar Lisa dengan harapan dirinya dapat melarikan diri daripada soalan cepumas suaminya tadi.

“Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini,” monolog hatinya.

“OK, Lisa pergilah masuk dulu. Nanti abang menyusul ya,” balas lembut Amar terhadap Lisa. Lisa tersenyum girang tatkala mendengarkan jawapan yang diberikan oleh suaminya. Lisa bangun lalu menghadiahkan sekuntum ciuman di pipi kanan suaminya sebelum beredar masuk ke kamar tidur yang terletak di aras bawah. Amar memandang Lisa hingga tubuh Lisa hilang daripada matanya.

“Lisa, abang dah nekad. Abang takkan biarkan Lisa terus-terusan susah bersendirian lagi. Tak sanggup abang lihat air mata Lisa gugur lagi,” bisik Amar di ruang hatinya.

“Ya, esok akan abang mulakan segala-galanya. Itu janji abang terhadap Lisa dan Amir.” Amar nekad dengan keputusannya itu.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Seleksi Diari LI: Minggu 4

Isnin/25 Mei 2009

0735
Tiba di Makmal Teknologi Biji Benih (MTBB)


0755 Mencari informasi berkenaan dengan Projek Sarjana Muda (PSM)

0840 Memulakan projek mini eksperimen LI iaitu 'Protein Mapping of Swietenia macrophylla'

1250 Tamat untuk bahagian pertama projek mini eksperimen

1310 Rehat dan Solat Zuhur

1345 Pulang semula ke MTBB

1400 Memulakan menulis thesis bagi bahagian introduction

1640 Solat Asar

1710 Pulang bekerja dari MTBB

0 comments:

Hantaran daripada Tag yang Dibalas

Assalamualaikum dan Salam Warkah kepada anda semua...

Perkara-perkara yang perlu anda lakukan adalah:
1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu warkah nie pun tak apa. Mudah dan menjimatkan masa. Harapnya begitu, Insya Allah.
[amal_islam.jpg]
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan dimestikan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih dari jumlah tue lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Calon-calon yang terpilih adalah seperti berikut:
*Laksamana Mohd Ainuddin Khairuddin
*Laksamana Mohd Farid Md Yunos
*Laksamana Mohd Reduan Abd Razak
*Laksamana Mohd Zakiyuddin Mohd Zahari
*Laksamana Muhammad Abdul Hadi Bunyamin
*Laksamana Nazreen Abdul Latif @ Yaacob
*Laksamana Noor Aimran Samsudin
*Laksamana Wan Ahmad Darimi Wan Abdul Hamed
*Serikandi Khairina 'Izzati Amir Hussain
*Serikandi Nor Aslinda Ahmad
*Serikandi Nur Haizarisha Suratman
*Serikandi Nur Hidayah Junaidi
*Serikandi Nurul Ashikin Selamat

Alhamdulillah. Selamat dibereskan. Marilah bersama-sama menuju ke arah mesej yang gambarnya tertera di atas. InsyaAllah. Semoga berjaya! Very simple!

Sebenarnya saya hanya membalas tagged seorang sahabat saya nie. Terima kasih kerana tagged saya, mudah-mudahan sahabat sekalian tidak kira yang mengenali diri saya ataupun tidak (sesungguhnya semua muslimin adalah bersaudara) dengan izin-Nya, marilah kita bersama-sama beramal, memperbanyakkan amal dan bersama-sama kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik hendaknya. Amin.

P/S: Hamba yang dikasihi Allah, ketika engkau tersadung janganlah engkau berdengus mahupun mengerutkan dahi ataupun mengeluh, tetapi palingkanlah wajahmu dan senyumlah seraya berkata ALHAMDULILLAH.

0 comments:

Di Sini Waktu Rehatku Berada...

Hmm, tiada sebarang juadah yang ingin aku gapai dan tercari-cari di kala waktu rehat tengah hari berkunjung tiba. Semestinya, di waktu yang sebegini rupa, habis setiap ceruk ruang kafetaria di FRIM dipenuhi dengan manusia-manusia yang mencari sesuap makanan bagi mengisi perut setelah separuh hari melaksanakan rutin harian mereka. Bukan saja di kafetaria dalam kawasan FRIM saja, malah di luar sekitar kawasan Kepong nie juga tidak ketinggalan menjadi lubuk untuk warga kota mencari rezeki yang bisa memenuhkan perut mereka tatkala itu.

Namun, selama 8 minggu aku betapa diriku di FRIM ini, tidak langsung aku menjamah diriku dengan juadah tengah hari. Hanya beralaskan sarapan sebelum ke tempat kerja saja yang mampu memberikan aku tenaga sehingga usai waktu bekerja kelak. Tiada erti dalam kamus hidup praktikal aku mengenai waktu makan tengah hari. Hanya sarapan dan makan malam saja yang menjadi pengiring setia. Waktu sarapan dan makan malampun begitu lain daripada manusia biasa yang lain. Terlalu awal masanya jika dibandingkan dengan rutin harianku semasa melayari bahtera di kampus.

Aku tidak berselera untuk makan tengah hari di sini. Tiada teman sejantina yang mampu untuk aku gelak ketawa bersama, ke hulu ke hilir di mana-mana jua. Ramainya kaum Hawa di sini sedikit sebanyak membawa aku kembali kepada personaliti aku yang dahulu. Lebih banyak mendiamkan diri dan berfikir. Untuk menghilangkan rasa sunyi itu, di sinilah lokasinya aku datang dan bertemu hampir sepanjang waktu apabila tiba masanya. Tempat di mana aku menunaikan kewajipan aku sebagai hamba-Nya.



Di masjid inilah, aku meyakinkan diri bahawa setiap yang berlaku adalah dugaan dan ujian yang harus aku tempuh. Masakan siapa lagi yang perlu melaluinya jika tidak kita sebagai hamba kepada-Nya. Selama hampir sejam aku menghabiskan masa di sini. Menghabiskan seluruh waktu rehat tengah hari menyerahkan hatiku kepada-Nya. Namun, benar. Aku hanyalah seorang manusia yang dikurniakan fitrah dan naluri manusia. Aku inginkan seseorang teman di sisi, tapi hanya ini saja yang terbaik bagi aku. Benar apa yang diluahkan oleh saudara Mohd Zakiyuddin Mohd Zahari, sahabatku yang mewarkahkan sebuah tulisan di blognya semalam, berkenaan dengan topik rindu jika aku tidak silap. Hanya Dia saja yang akan membalas cinta hamba-Nya terhadap-Nya. Tapi, cinta sesama manusia belum pasti lagi akan menjadi realiti seperti apa yang kita dambakan.



Tidak lama lagi, masjid ini akan kekurangan seorang jemaah yang selalu menjejakkan kakinya di sini. Semoga ramailah anak-anak muda yang mengimarahkan masjid tersebut meskipun ada beberapa orang yang dalam firasat aku merupakan staf di FRIM ini. Waima tidak ada jurang bezanya jika aku juga boleh diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada mereka juga.

Semoga diri ini istiqamah dalam mengimarahkan masjid-Mu, Ya Allah.

0 comments:

Saringan Influenza H1N1: Wajib ke Atas Mahasiswa Baru UTM

Ihsan dari sumber Utusan Malaysia Online


Pelajar Baru UTM Wajib Jalani Saringan H1N1

PEGAWAI Kesihatan UTM membuat pemeriksaan kesihatan ke atas pelajar baru dari Libya, Naira Saleh bagi mengesan jangkitan virus H1N1 di UTM Skudai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 26 Jun - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil langkah proaktif dengan mewajibkan semua pelajar baru yang mendaftar mulai esok menjalani saringan virus selesema babi atau influenza A (H1N1).

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, langkah berkenaan diambil bagi menghalang penularan wabak itu di kalangan warga kampus.

Menurutnya, semua pelajar baru wajib menjalani saringan virus H1N1 sebelum pendaftaran dan jika didapati demam mereka akan dihantar terus ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).


Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.


Komentar penulis: Saya menyokong penuh langkah yang diterapkan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang dalam menangani penularan wabak penyakit yang kian menjadi topik perbualan sepanjang hari. Semoga warga kampus UTM, khasnya bebas daripada belenggu wabak sebegini bagi membolehkan transformasi dan pembudayaan ilmu dikembangkan dengan pesatnya. Insya Allah.

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 28)

“Amir, Amir. Ni mama datang ni. Abahpun ada sekali. Amir.”

Aku membuka mataku. Payah. Aduh. Silau. Terkebil-kebil mata aku tatkala membukanya. Kornea mataku mula menyerap pancaran cahaya yang memasuki dari anak mata hitamku. Fokus mataku sedang dalam proses untuk menstabilkan penerimaan cahayanya. Objek pertama yang aku pandang ketika itu adalah wajah mama dan diikuti wajah abah. Aku bingkas bangun tetapi dihalang oleh mama.

“Amir, rehat dulu. Amir belum pulih lagi. Jangan banyak bergerak,” ujar mama lagi sambil membetulkan posisi rehatku ketika itu. Abah hanya memandang. Namun, aku lihat, abah seolah-olah sedang memikirkan sesuatu ketika itu. Berkerut dahinya.

“Mama, Amir di mana sekarang ni? Kenapa Amir ada di sini?” bertalu-talu soalku terhadap mama yang diam, tetapi mempamerkan seukir senyuman di bibirnya.

“Amir, Amir pengsan tadi. Mama dan abah yang hantar Amir ke hospital,” balas mama. Wajah mama ketika itu cukup tenang, namun abah tidak. Masih lagi menunjukkan lipatan di dahinya. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Amir rehatlah. Mama dan abah balik dulu ya. Insya Allah, esok mama datang jenguk Amir ya, sayang,” ucap mama memecahkan kesunyian yang hadir di antaranya sebentar tadi.

“OK. Janji tau esok mama datang.” Aku menggenggam erat jari-jari mama. Meminta kepastian daripadanya. Mama mengangguk. Masih terukir lagi senyuman di wajahnya. Tapi, mengapa air mata mama mula bertubir di ruangnya? Aku tidak sedap hati ketika itu. Mahu saja ditanya kepada mama namun, aku pendamkan saja niatku itu.

“Mama balik dulu ya. Assalamualaikum,” kata mama sambil menolak kerusi roda abah keluar dari wad. Aku memerhatikan kelibat tubuh mama dan abah sehingga hilang dari pandangan ekor mataku. Di hati, aku mula berfikir. Berfikir yang bukan-bukan.

“Astaghfirullah, apa yang aku fikirkan ni?” getus hatiku. Menolak setidak-tidaknya imaginasi dan gambaran yang hadir menjengah mindaku ketika itu. Bersangka baik terhadap-Nya. Bukannya memikirkan perkara-perkara yang tidak baik.

Aku bersandar di birai katil sambil memandang ke siling. Hati aku masih lagi dipaut erat mengenai pelbagai persoalan yang melanda sejak tadi lagi. Namun, tiada jawapan yang hadir memberikan ritmanya. Hampa. Sedang aku melayan perasaan yang ketika itu berbaur dengan pelbagai rasa, akhirnya, aku terlena…


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Selamat Datang kepada Mahasiswa Baru Universiti Teknologi Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Bahagian kepada anda semua...

Alhamdulillah, detik yang ditunggu telahpun tiba. Putaran alam kembali kepada asalnya sekali lagi. Saya, mewakili seluruh warga mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengalu-alukan kedatangan mahasiswa yang bakal menjejakkan kaki di persada pengajian tinggi, khasnya di UTM ini. Semoga kalian berjaya mencari erti hidup ini di sepanjang laluan kehidupan kalian di sini kelak.

Kepada mahasiswa, khasnya yang bakal mendaftarkan diri di Kolej Rahman Putra dan mahasiswa jurusan Fakulti Biosains & Biokejuruteraan, selamat datang dan salam perkenalan kepada semua. Insya Allah, kita akan bertemu di suatu masa yang akan diizinkan oleh-Nya kelak.

Wassalam...

Naib Pengerusi I (Pengurusan)
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra 2009
Kolej Rahman Putra
Universiti Teknologi Malaysia

0 comments:

Friday, June 26, 2009

Penantian Suatu Penyeksaan

Salam Warkah kepada semua.

Alhamdulillah, akhirnya, berlalulah sudah episod minggu kelapan di FRIM nie. Tak sangka juga dapat bertahan sehingga ke tahap nie. Syukur kepada-Nya kerana masih lagi diberi peluang untuk melengkapkan hidup nie. Namun, hati nie masih lagi digamit peristiwa petang tadi setelah keluar dari makmal. Hati nie dihurung rasa sedih melihatkan sebahagian pelajar praktikal dari universiti lain telah menamatkan latihan mereka di sini pada hari nie. Meskipun pada awal pembabitan kami semasa pendaftaran dahulu, tak pula terasa bagaikan ingin mengetahui status diri masing-masing. Minggu nie, pelajar praktikal dari Universiti Sains Malaysia (USM) menamatkan sesi latihan mereka. Mereka adalah golongan pertama yang menamatkan latihan industri setelah mengharungi liku-liku kehidupan selama 8 minggu. 8 minggu saja? Aduhai, mesti seronok hati mereka kini. Yalah, mana taknya. Cuti semester mereka masih lagi berbaki seminggu sebelum pulang ke laman universiti bagi menyambung baki-baki perjuangan yang tinggal sebelum ditamatkan dengan segulung ijazah sarjana muda di tangan.

http://www.usm.my/drug/images/usmLogo.gif
Universiti Sains Malaysia

Fikiran nie masih lagi ligat memutarkan bagaimana reaksi perpisahan di kalangan mereka ketika nak pulang. Ada yang bakal pulang terus ke kampung halaman, atau ada yang menetap sehari dua di rumah sewa di sekitar Kepong dan Selayang nie sebelum pulang menemui ayahanda bonda di rumah. Tergambar riak wajah gembira dan kelegaan yang tak terhingga kerana berjaya melengkapkan salah satu keperluan yang telah ditetapkan dalam syarat kelayakan jurusan masing-masing sebelum dapat diisytiharkan sebagai seorang graduan kelak.


http://pkukmweb.ukm.my/~pro/manual_korporat/images/logo%20UKM/UKM_logo_4C_teks%20hitam.jpg
Universiti Kebangsaan Malaysia

Minggu hadapan adalah mereka yang berasal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bakal menamatkan sesi praktikal mereka. Bermula dari tarikh tersebut, maka, akan hanya tinggal para pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) saja yang masih berada di perkampungan FRIM nie. Aduhai, terasa lama lagi untuk menjangkau detik-detik pengakhiran latihan industri nie. Maklumlah, setelah melihat perginya rakan-rakan seangkatan, hati siapa yang tak terusik melihatkan sinar kegembiraan yang terpamer di setiap wajah.

http://www.is.fsksm.utm.my/min/upload_images/UTM%20LOGO%20brand%20.jpg
Univeristi Teknologi Malaysia


http://alumni.unisel.edu.my/images/1_02.jpg
Universiti Industri Selangor

Hari nie juga merupakan suatu penantian aku yang paling lama pernah aku rasai sepanjang kehidupan aku di sini. Nak tahu? Aku tiba di rumah pada jam 2000. Haa? Terkejut? Nak buat macam mana? Abah aku terpaksa pergi ke Johor semata-mata nak ambil adik aku yang bercuti hujung minggu nie. Jadi, terpaksalah aku mengalah. Duduk menanti tibanya abah. Sejarah tercipta sekali lagi di sini nampaknya. Memang tak dapat dinafikan penantian tue suatu penyeksaan. Dah banyak kali aku alami perkara nie, namun aku cekalkan hati. Banyakkan bersabar. Setiap yang berlaku pastinya mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUa_afbA0TMOgMr4TLARWGBiS4Vjm_NaE8dsrkhn9Xdx7h-5OZ_zXjBbfLcU0Mh2IMb_pA63CaoDV6qpmJoLjfxrjM3dHQnXey418H-0FSISVriwunhbsRAizApzxJ_QyZ0oIPKOai7PWU/s320/frim.jpg
Institut Penyelidikan Hutam Malaysia (FRIM)

Insya Allah, minggu hadapan aku nak siapkan laporan secepat mungkin. Lepas tue, nak minta kebenaran penyelia industri untuk menamatkan sesi latihan industri awal dari tarikh yang dimaklumkan. Nak berehat beberapa hari sebelum menghunus ke selatan tanah air bagi menyelesaikan tugasan yang masih lagi terbengkalai di sisi. Doakan aku ya, kawan-kawan agar aku dapat melaksanakan misi yang radikal nie. Hehehe...


Allright. Cukup setakat nie coretan aku. Di lain masa, di lain hari, aku celoteh lagi ya.

Wassalam...

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 27)

“Amir, kenapa ni? Janganlah menangis lagi. Mama tahu, Amir kasihan tengok mama kan? Betul tak? Amir tak sampai hati tengok mama bersusah payah demi membesarkan Amir? Betul tak ni, Amir?” ujar mama lagi bertalu-talu tanpa perlu menunggu untukku memberikan respon. Dan seperti yang dijangka olehku, mama dapat meneka apa yang dirasakan olehku di ruang hati ini. Aku tidak dapat menahan air mata lagi ketika itu. Dibiarkan terlerai membasahi bahu mama. Mama pula mengusap-usap belakangku. Cuba untuk menenangkan situasi yang dilanda pada masa itu.

“Amir tak sampai hati tengok mama susah. Sebab nak besarkan Amir, mama sanggup buat apa saja. Amir ni yang sepatutnya tolong mama, bukannya biarkan mama seorang diri buat semua ni,” akhirnya terlerai jua luahan yang dipendam di sanubariku terhadap mama.

“Dahlah tu, Amir. Mama rela buat ni semua, asalkan Amir berjaya kelak. Mama tak nak tengok Amir susah nanti. Biarlah mama yang tanggung. Tapi, mama tak akan sekali-kali biarkan hidup Amir pula menderita. Amir adalah segala-galanya bagi mama dan abah.”

Suasana sepi seketika. Hanya kedengaran esakan kecil dan sedu-sedan yang lahir daripada aku. Mengisi ruang sepi.

“Jom, sayang. Kita makan. Mama laparlah. Abahpun dah lama tunggu Amir untuk makan tengah hari sekali. Jom. Amir tukar baju dulu ya,” ucap mama setelah lama dirasakan diriku menguasai suasana. Aku hanya mengangguk tanda setuju. Aku berlalu naik ke aras atas. Melangkah lesu. Aku mendaki anak tangga satu persatu. Namun, pandangan anak mataku kabur secara tiba-tiba. Dunia ini aku dapat rasakan seolah-olah berputar. Aku gagahkan diri juga untuk terus melangkah.

“Ya Allah, kenapa dengan aku ni?” dialogku bersendirian.

Tiba-tiba, aku merasakan tubuh aku melayang ke belakang. Saat itu, aku hanya mendengar teriakan mama yang sayup-sayup kedengaran. Singgah di ruang gema telingaku. Pandanganku kelam. Hanya suara mama saja yang menemaniku ketika itu.
Bersambung...
*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 26)

Mama sedang bersiap-siap di dapur sebelum menjual juadahnya petang nanti. Mencuci dan membersihkan senario dapur yang agak bersepah dari awal pagi lagi. Juadah yang akan dijual mama nanti adalah seperti Ayam Masak Merah, Dalca Daging, Ikan Tiga Rasa, Nasi Lemak dan pelbagai aneka kuih tradisional serta moden. Semua juadah itu akan dijual kepada Makcik Limah, pengusaha kantin sekolahku. Kini, telah masuk sebulan sudah mama berniaga seperti ini. Alhamdulillah, berkat kerja keras mama, akhirnya, kewangan keluarga kembali stabil. Abah juga turut sama membantu mama terutamanya dalam memasak Dalca Daging dan Ikan Tiga Rasa. Abah memang pakar dalam menu hidangan tersebut kerana menu itu adalah menu yang berasal daripada arwah ibunya. Mama terduduk lesu setelah selesai menyiapkan segala urusannya. Menghela nafas panjang-panjang. Aku yang baru pulang dari sekolah sejak tadi hanya memerhatikan perilaku mama. Mama sedikitpun tidak menyedari kelibatku di sebalik tirai yang memisahkan antara dapur dengan ruang istirahat. Aku sedikit dipalit rasa kasihan melihatkan mama yang bertungkus-lumus bekerja semata-mata untuk membesarkan aku. Air mata aku mula bertakung.

“Eh, Amir. Bila sampai ni? Jom, kita makan sekali. Amir pergi tukar baju dulu ya,” ujar mama setelah menyedari kehadiran aku di situ yang telah lama memerhatikannya sejak dari tadi lagi. Mama melangkah menghampiri diri aku.

“Amir, kenapa ni, sayang? Kenapa anak mama menangis? Amir tak sihat?” sambung mama lagi setelah melihat genangan air jernih di kelopak mataku tatkala sedang menghampiriku. Aku diam. Kaku. Tidak tahu jawapan yang ingin diberikan kepada mama. Hanya membiarkan diri ini dipeluk oleh mama ketika itu.
Bersambung...
*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Thursday, June 25, 2009

1990 hingga 2008. Berapa Agaknya Ya?

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua...

Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan keizinan oleh-Nya untuk meneruskan segala perjuangan yang masih lagi berbaki dalam diri nie, terutamanya ke arah jalan yang diredhai oleh-Nya.


Baiklah, mesti korang semua pelik kenapalah aku nak letak gambar aku yang sedang meneliti dengan khusyuknya tue. Sebenarnya, ada sesuatu yang ingin aku khabarkan kepada korang semua. Nielah dia. Jeng jeng jeng!



Aik, kenapa pula gambar fail bertimbun yang aku hadiahkan terhadap mata korang? Apa kaitannya aku dengan timbunan fail tue semua? Hahaha...

Sebenarnya, hari nie aku seronok walaupun muka agak serius (padahal memang muka aku macam tue pun. Serius memanjang. Sampaikan mama abah sendiripun tegur). Tak adalah bosan sepanjang hari aku seperti kelmarin. Seharian tak buat apa-apapun. Wireless dahlah terlalu perlahan. Sejak kepulangan aku minggu lepas daripada bercuti, terus saja aku dihidangkan dengan sistem wireless yang 'sebaik' macam nie. Aduhai, terima sajalah. Nasib baiklah berpuluh-puluh jurnal aku download dulu. Boleh jugalah dibaca di kala kebosanan yang teramat.

Astaghfirullah! Apa yang aku melalut nie? OK, baik. Kembali ke pangkal jalan, bak kata Poknik, pemilik Kem Rebutia, Gombak. Hari nie, aku ditugaskan oleh penyelia industri aku untuk mencari 4 jenis spesies tumbuhan dalam rekod data bermula dari tahun 1990 hingga 2008. Haa? Terkejut? Kiralah sendiri jumlah tahun yang terkumpul untuk rekod data tue. Setiap tahun pula ada 12 bulan. Haa, darab sendirilah untuk mendapatkan jumlahnya. Namun, hati aku puas hari nie. Diberi tugas lain dari yang lain. Dan, yang paling membuatkan aku terkejut adalah penyelia industri aku. Dia tak percaya yang aku mampu menganalisis 4 buah fail yang setebal tue dalam masa sehari saja. Ya ke dia tak percaya? Biasalah tue. Dah hati gembira, buat apapun pantas. Ya tak? Hehehe...

Bercakap mengenai hati gembira nie, sebenarnya, akupun tak pasti. Aku gembira atau tak. Entahlah. Banyak sangat benda yang aku fikir sampaikan aku sendiri juga yang pening. Nak rehat saja sekarang nie. Namun, kena tunggu selepas minggu depan, barulah boleh rehat serehat-rehatnya. Maklumlah, Insya Allah, Jumaat depan adalah tarikh untuk aku menghantar laporan dan buku log industri ke fakulti tercinta. Fakulti Biosains & Biokejuruteraan. Ya ke fakulti tercinta? Mengarutlah aku nie.

Baiklah, setakat nie saja dulu warkah kali nie. Warkah luahan emosi. Namun, belum lagi untuk aku utarakan emosiku yang sebenar. Allright, I'm off.

Assalamualaikum...

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 25)

“Ya Allah, kenapa sekarang aku dilanda ujian sebegini? Belumpun selesai suatu musibah, satu lagi telah Kau berikan kepadaku. Ya Allah, aku gusar. Aku gusar terhadap-Mu. Aku risau jika aku terjebak ke dalam kancah zina. Zina hati. Ya Allah, bantulah aku menghilangkan perasaan yang sebegini rupa. Tidak rela untuk aku menanggung perasaan yang mula bersarang di hati ini jika balasannya adalah azab Kau, Ya Allah,” rintih aku lagi pada waktu itu.

“Aku tak layak untuk mencintainya selagi aku belum lagi mencintai-Mu. Bebaskanlah aku daripada cengkaman hasutan syaitan yang ingin menyesatkan umat manusia seluruhnya. Kau bantulah aku, memberikan kekuatan dan semangat terhadapku untuk berjihad memerangi hasutan tersebut.”

Aku menoleh ke kiri seraya memandang di atas mejaku. Buku novel karangan Habiburrahman el-Shirazy bertajuk ‘Ayat-ayat Cinta’. Milik Ain. Novel ini aku bawa pulang bersamaku ketika hendak pulang dari sekolah tengah hari tadi. Ain tertinggal di atas mejanya. Sehingga kini, aku langsung tidak menyelak helaian novel tersebut meskipun diri ini sebenarnya penggemar novel. Namun, tidaklah tegar untuk taksub membacanya saban hari.

“Aduhai, hati. Kenapalah kau tiba-tiba mengembangkan perasaan kasih ni? Siapalah aku ni untuk bercinta dan menyintai Hawa ni?” monologku sendirian. Masih lagi melayan perasaan kacau yang menyelaputi diri semenjak tadi lagi.

Aku mencapai pemain MP3 aku yang berada di dalam laci meja lalu aku dendangkan lagu-lagu nasyid yang berada dalam koleksiku di telingaku sambil berbaring di atas katil. Begitulah diriku. Acap kali sebegitu perlakuan aku tatkala hati ini dirundung resah. Lagu ‘Destinasi Cinta’, nyanyian kumpulan Mestica hinggap di koklea telingaku. Dengan tidak semena-mena, aku juga turut menyanyi kecil mengikuti bait-bait lirik yang dialunkan oleh penyanyi tersebut.

Menyingkap tirai hati mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu Tuhan

Tiap jejak yang bertapak debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling dari palsu duniawi

Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telahku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapatku berteduh di rendang kasih-Mu
Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapatku berteduh di rending kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan akan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbu oh Tuhanku
Leraikan daku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku
Ya Allah

Air mataku mengalir tanpa perlu lagi dibendung. Alunan nasyid tersebut benar-benar menusuk kalbuku. Perasaan bersalah terus menghurung jiwaku.

“Ya Allah, ampunkan kekhilafan hamba-Mu ini. Hati ini telah menodai cinta-Mu. Ampunkan aku, Ya Allah.”

Akhirnya, aku terlena layu di katil. Lelah dengan rutin seharianku yang memenatkan. Aku dilamun mimpi…


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati


P/S: Lagu nasyid Destinasi Cinta ini khas aku tujukan kepada semua warga mantan JKM'08, terutamanya saudara Mohamad Hafifi Mohd Kahar. Saudara ini seringkali menyanyikan lagu nasyid ini di kala kesepian. Hehehe...

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 24)

Aku termenung jauh di jendela bilikku. Mata aku mengerling sebentar ke arah jam loceng yang terletak di atas meja belajarku. Betul-betul bersebelah dengan jendela. Tempat aku sedang berdiri kini. 3 petang. Aku kembali melepaskan pandanganku melalui ruang jendela. Hatiku kini tiba-tiba gelisah pada hari itu. Tidak tahu mengapa. Resah menyelubungi seluruh ruang hati dan mindaku.

“Ya Allah, jika hati ini resah kerana panah cinta syaitan terhadap Arina Ain Syairah, maka tolonglah hamba-Mu ini untuk melupakannya. Aku tidak mahu menjadi hamba yang melakukan zina terhadap-Mu,” rintih di hati kecilku.

Arina Ain Syairah Muhammad. Cantik rupawan orangnya, seindah namanya jua. Ain merupakan seorang pelajar yang bijak di sekolah. Masakan dia memperoleh gelaran sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Pelajar Harapan untuk tahun ini. Ain memang digilai ramai jejaka di sekolahku sehinggakan Ketua Pengawas sendiri sudah menanamkan azamnya untuk memiliki Ain. Ain dan aku belajar di dalam kelas yang sama. Tingkatan 3 Rajawali. Aku akui sememangnya Ain terlalu cantik di mataku. Dengan tudung labuhnya serta berkaca mata, hati siapa tidak bertaut apabila melihatnya saban hari. Kulitnya putih bak warna salji.

“Ahh…” Keluhan kecil aku lepaskan. Terasa ringan sedikit bebanan yang ditanggung oleh diriku selama ini. Mataku masih lagi menghunus ke luar. Suasana petang itu agak mendung. Memberi petanda bahawa hujan akan menyimbah bumi Ilahi tidak lama lagi. Mungkin. Aku masih lagi melayani perasaan ketika itu. Melayan hati terhadap gerangan gadis yang secara tiba-tiba hinggap di kotak mindaku serta meninggalkan cebisan kasih di hatiku.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Wednesday, June 24, 2009

Anugerah Maya Tak Diduga

[MY+award.jpg]

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi anugerah ini
*Panod
*Muda setahun daripada umur empunya blog nie
*Merintis pemikiran melalui perspektif yang berbeza
*Satu organisasi kepimpinan mahasiswa dengan aku (Timbalan Bendahari Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra sesi 2009)
*Mahasiswa jurusan Senibina

Setiap blogger mesti menyatakan 5 fakta/5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima anugerah seterusnya

5 Fakta
1. Mohd Fahmi bin Muhammad Mubarak
2. 181cm 1**kg
3. Bujang senang
4. Jurusan Biologi Industri (SSBians)
5. Anak sulung daripada 2 orang adik-beradik

5 Hobi

1. Melayari internet
2. Menghiasi halwa telinga dengan pelbagai rentak muzik yang menenangkan jiwa
3. Menghasilkan hasil nukilan sendiri
4. Mencari erti hidup
5. Memendamkan perasaan

Anda perlu memilih 5 penerima anugerah seterusnya dan perihalkan mengenai mereka
1. Nurul Ashikin-Setiap hasil nukilan curahan hatinya menggambarkan siapa dirinya. Seangkatan denganku sewaktu JKM'08 dan sekarang adalah YB Timbalan Pengerusi Jabatan Perhubungan Luar & Pengantarabangsaan (JPLP) MPPUTM
2. Khairina 'Izzati-Memiliki pendirian yang teguh meskipun ketinggiannya seperti adik aku
3. Mohd Hafizul Hilmi-Seangkatan denganku semasa JKM'08. Kini, YB Exco Jabatan Kebajikan & Pengaduan Awam (JKPA) MPPUTM
4. Mohd Farid-Sahabatku di kala senang & susah
5. Nurliyana-Kenalan blogger. Setiap nukilan warkahnya di blog amat menarik minat untuk dibaca. Santai...

P/S: Sebenarnya, diri nie tak sangka adanya anugerah sebegini. Sedang hati dibalut kerisauan, tiba-tiba, datangnya warkah nie tanpa diduga. Apa lagi? Namanya yang disenaraikan oleh penulis di atas, harap kalian boleh ambil anugerah nie ya...

3 comments:

Nasib 150 Calon Diterima Masuk USM

Ihsan dari sumber Utusan Malaysia Online


150 Ditawar Masuk USM
http://www.hbp.usm.my/tourism/rarc/images/USMLogo.jpg

KUALA LUMPUR - Baki 150 calon yang terlibat dengan kes tersalah tawaran oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana kesilapan teknikal akan diberikan peluang untuk memasuki universiti tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia bergantung kepada pertimbangan oleh pihak universiti yang akan melakukan saringan kelayakan kepada calon-calon terbabit.

Katanya, seperti biasa saringan itu juga bergantung kepada kekosongan dan berdasarkan kelayakkan akademik.

"Peluang calon untuk mendapat pilihan pertama mereka tidak dapat dipastikan."

"Oleh itu terpulang kepada pelajar untuk menerima tawaran universiti atau tidak sekiranya mereka tidak ditawarkan bidang berkenaan," katanya.


Klik di sini untuk bacaan seterusnya.


Komentar penulis: Alhamdulillah, akhirnya nasib 150 orang calon tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya. Semoga anda semua berjaya mencapai kecemerlangan di menara gading pula. Ayuh, bangkitkan semula semangat! Meskipun anda tidak ditawarkan kursus yang diminta oleh anda sendiri, terimalah seadanya. Insya Allah, hanya Dia saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri anda.

0 comments:

Facebook: Antara Rangkaian Pembocor Maklumat

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Pengguna Dinasihatkan Tidak Letak Maklumat Peribadi dalam Internet
SINGAPURA - Syarikat kawalan dan keselamatan IT, Sophos, hari ini memberi amaran kepada pengguna internet supaya tidak memasukkan maklumat peribadi mereka di internet kerana ia boleh digunakan pihak lain untuk penipuan identiti.

Amaran Sophos itu dibuat selepas laman web rangkaian sosial popular Facebook didapati mempunyai kelemahan yang membolehkan penggodam mengakses maklumat sensitif profil mengenai mana-mana laman yang mempunyai lebih 200 juta pengguna itu.

Dalam satu kenyataan, Sophos berkata, data seperti tarikh lahir, tempat lahir, jantina, anggota keluarga, status hubungan dan pandangan politik serta agama boleh diguna untuk melakukan penipuan identiti.


Klik di sini untuk informasi berikut.


Komentar penulis: Jangan biarkan diri anda dinodai oleh rangkaian penggodam internet yang hanya menunggu masa untuk memperdayakan mangsanya. Justeru, elakkan dari menyebarkan butir-butir peribadi anda sama ada secara langsung tidak bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

0 comments:

Isu Jambatan Ketiga: Kerajaan Perlu Timbang Semula

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Kerajaan Diminta Timbang Cadangan Bina Jambatan Ketiga
NUSAJAYA - Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Singapura dengan Timur Johor kerana terlalu banyak pintu keluar masuk dari negeri ini ke negara jiran hingga boleh menimbulkan masalah daripada segi kawalan keselamatan.

Datuk Abdul Halim Suleiman (BN-Puteri Wangsa) berkata, sebuah negara tidak sepatutnya mempunyai terlalu banyak pintu keluar masuk ke negara jiran kerana menyukarkan kawalan keselamatan hingga boleh menjejaskan ketenteraman rakyat.

"Saya menyokong pembinaan jambatan ini kerana banyak manfaatnya daripada segi ekonomi. Tapi, kerajaan perlu berfikir panjang dengan mengadakan rundingan pelbagai pihak terutama sekali Sultan Johor sebelum meneruskan pembinaannya," katanya dalam perbahasan usul menjunjung titah ucapan Sultan Johor pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.


Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.


Komentar penulis: Isu pembinaan jambatan ketiga sepatutnya dikaji dahulu sebelum dilaksanakan. Kini, negeri di selatan tanah air itu mempunyai 2 buah jambatan yang menjadi tumpuan warganegara Singapura untuk memasuki ke Malaysia. Meskipun pembinaan jambatan ketiga itu mempunyai relevannya, namun, pihak kerajaan perlu mengira kira pandangan dan luahkan orang lain sebelum memberikan kata putus mengenai pelaksanaannya. Jangan sampai Sultan Johor murka, alamatnya, kena menghadap seorang demi seoranglah selepas ini.

0 comments:

Di Sini Aku Melepaskan Segalanya...

Saban hari, usai saja tamat waktu bekerja, aku akan menunggu kehadiran abah tercinta untuk mengambilku pulang ke teratak impian. Maklumlah, aku belum lagi mempunyai lesen untuk memandu waima mempunyai kenderaan lebih untuk dibawa ke sana sini. Lagipun, abah singgah mengambil aku apabila hendak pulang dari tempat kerjanya di Damansara (berhampiran dengan Masjid Saidina Umar al-Khattab dan kediaman pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim).




Di sinilah aku menghelakan segala-galanya. Di kala aku bersendirian, ditemani pokok-pokok, ikan yang berenang-renang di tempatnya, udara petang yang sepoi-sepoi bahasa, ketiadaan sesiapa yang berhenti atau menunggu di kawasan sekitar, aku meluahkan apa yang tersirat di hati. Kadang kala, emosi aku ceria, namun, tidak semua. Banyak pahit berbanding manisnya. Hampir saban hari aku memikirkan segala-galanya. Hidup, arah tuju, impian, cita-cita, hasrat dan yang sinonim dengannya. Hmm...

Aku semakin letih memikirkan keadaan diri aku yang satu ini. Mencari-cari dan tercari-cari jawapan terhadap persoalan yang sudah lama bersarang dan betapa di hati. Sudah aku cuba untuk melontarkannya, jauh dari sisi hidupku, tapi, ianya tetap menjengah jendela hatiku. Seringkali aku melihat segelintir hamba Allah memandang dengan pandangan hina terhadap diriku. Mainan mata mereka acap kali aku baca dan terjemahkannya. Aku tidak sama sekali mahir mentafsirkan situasi tersebut, tapi, hati kecilku seringkali berbisik sedemikian rupa. Mengapa aku diperlakukan sedemikian? Sedangkan aku tidak melakukan apa-apapun terhadapnya. Malah, untuk memandang mereka sekalipun aku tidak sanggup. Aku tahu. Aku tidak layak berada di hadapan kaca mata kalian, namun, aku tidak diminta menjadi sebegini. Sekiranya kehadiran aku di dalam kamus hidup kalian adalah menterjemahkan noktah ketidak senangan, maka aku rela membawa diri ini pergi jauh. Jauh dari sudut pandangan mata kalian.

Aku sedar. Aku tidak layak untuk berada bersama-sama kalian. Namun, aku punya perasaan dan hati yang diberikan oleh-Nya. Tidak aku pinta diberikan secicip kegembiraan dan kebahagiaan kepada aku, sebaliknya aku berharap agar kalian yang memperolehnya. Aku tidak berhak sama sekali untuk menadah menerimanya. Asal kalian bahagia dan ceria, sudah cukup untuk aku tersenyum. Aku rela membiarkan diri ini dijadikan sebagai persada pementasan drama andainya diri ini mampu membuatkan kalian tersenyum. Jauh di sudut hati, aku menanggung peritnya. Namun, tidak aku rintihkan kepada sesiapa kecuali aku berada dalam situasi tertekan. Walau bagaimanapun, aku lebih banyak memendam rasa daripada meluahkannya. Berkongsi bersama. Hanya Dia saja yang tahu apa yang acap kali luahkan di hulu hatiku.

Biarlah. Kebahagiaan kalian adalah kebahagiaan aku jua. Diri ini diciptakan oleh-Nya agar kalian mampu mencapai apa yang diimpikan selama kalian membina hidup ini. Aku rela diriku dijadikan sebagai salah satu indikator dan loncatan terhadap sesuatu perkara jika pengakhirannya, kalian bahagia dan aku menanggung derita. Siapalah aku untuk mengubahnya jika Yang Maha Esa telah mencorakkannya? Hanya aku saja yang mampu menanggung kelana ini hingga ke akhirnya. Hanya aku, wahai kalian semua...

0 comments:

Tuesday, June 23, 2009

Seleksi Diari LI: Minggu 3

Isnin/18 Mei 2009

0740 Tiba di Makmal Teknologi Biji Benih (MTBB)

0800 Baca softcopy jurnal yang telah dicari

1125 Mengikut penyelia industri Aslinda untuk mengambil sampel tertentu di sekitar FRIM:
i. Mahang Gajah (Macaranga gigantea)
ii. Buah Melaka (Phyllanthus emblica)
iii. Pokok lembah (Cucurligo latifoliaini)

1215 Selesai mengambil sampel dan pulang semula ke MTBB

1305 Rehat dan Solat Zuhur

1345 Kembali semula ke MTBB

1415 Sesi deomnstrasi penyediaan voucher specimen bagi tumbuhan herba

1640 Solat Asar

1710 Bertolak pulang dari MTBB

0 comments:

Seleksi Diari LI: Minggu 2

Rabu/13 Mei 2009

0745 Tiba di Makmal Teknologi Biji Benih (MTBB)

0800 Mula mengestrak maklumat daripada jurnal yang telah dicari

1015 Penyelia industri memberi tugasan baru dalm pencarian maklumat:
i. Anti-cancer properties
ii. Anti-diabetic properties
iii. Biochemical pathway
iv. Mode of action for anti-cancer & anti-diabetic
v. Potential tropical plant species for anti-cancer & anti-diabetic
vi. Polypeptide-p

1310 Rehat dan Solat Zuhur

1345 Menyambung kembali tugasan yang diberikan oleh penyelia industri

1645 Solat Asar

1710 Bertolak pulang dari MTBB

0 comments:

Dilema di Saat Akhir...

Assalamualaikum dan Salam Perkhabaran kepada semua...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menukilkan sesuatu di ruangan kali nie. Sebelum nie, banyak mengupas aliran-aliran arus perdana yang banyak mendebatkan sesuatu isu, kemudian baru diterjemahkan mengenai luahan perasaan atau pandangan, kritikan dan cadangan melalui sudut perspektif pemikiran aku.

Hmm, petng tadi sebelum Maghrib aku dapat panggilan daripada seseorang yang inginkan bertanya khabar daripada aku. Alhamdulillah, sudi juga orang berkenaan untuk bertanyakan mengenai keadaan aku di sini. Namun, setelah lama saling ingin mengetahui di antara satu sama lain, keluar pula topik lain yng dibincangkan. Aku kini dalam fasa akhir untuk menamatkan latihan industri di FRIM nie. Tapi, hati aku dipalit dilema berkenaan berita yang baru aku dengar melalui individu tersebut.

Apa yang sedang berlaku sekarang nie? Alangkah diri nie mampu terbang ke selatan tanah air untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Ya Allah, semoga Kau lindungilah kami dari dugaan yang mampu memecah belahkan kami.


Komentar penulis: Aduhai, nie yang rasa nak minta habis awal latihan industri nie. Kalau dapat seminggu, alhamdulillah. Kalau tak, 2 haripun dah memadai. Alahai, apalah agaknya yang sedang berlaku di sana ya?

0 comments:

Bioteknologi Jangka Jana Kewangan RM 45 bilion

Ihsan dari sumber Utusan Malaysia Online


Industri Biotek Diunjur Jana Pendapatan RM 45 bilion
http://science.kukuchew.com/wp-content/uploads/2008/05/biotechcorp_logo.jpg
Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp)

KUALA LUMPUR 23 Jun — Industri bioteknologi Malaysia diunjur menjana pendapatan bernilai RM45 bilion menjelang 2013, demikian menurut firma penyelidikan global Frost & Sullivan.

“Frost & Sullivan meramalkan yang industri bioteknlogi di Malaysia akan berkembang berasaskan pendapatan pada kadar purata 15 peratus setahun,” kata firma itu dalam Laporan Pembangunan Sumber Insan 2009.

Pertumbuhan paling tinggi akan dialami oleh sektor penjagaan kesihatan dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak 20 peratus, dirangsang oleh trend dalam industri penjagaan kesihatan dan permintaan untuk terapi bioteknologi (ubat-ubatan dan vaksin) dan diagnostik, kata laporan itu.

Ini akan diikuti oleh pertanian dengan 15 peratus dan perindustrian 10 peratus berdasarkan kepada pertumbuhan rancak yang akan dialami oleh sektor pertanian dalam tempoh lima tahun ini serta permintaan yang kian meningkat untuk biofuel, pemprosesan dan bahan.

Laporan it dibentangkan di sini hari ini oleh perunding kanan amalan penjagaan kesihatan Frost & Sullivan Asia Pasifik, Dr. Pawel Suwinski dan dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), Datuk Iskandar Mizal Mahmood. - Bernama


Komentar penulis: Alhamdulillah, makin mendapat tempatlah para pelajar yang hendak mengambil jurusan yang berkaitan dengan bioteknologi ini kelak. Ibarat pisang goreng panas.

0 comments:

Isu PPSMI

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Hasil Kajian PPSMI Diumum Awal Bulan Depan: TPM
http://goblog101.files.wordpress.com/2008/07/muhyiddin-yasin2.jpg
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Hasil kajian secara menyeluruh mengenai dasar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akan diumumkan awal Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau akan membentangkan hasil keputusan itu kepada Jemaah Kabinet secara terperinci dalam masa terdekat sebelum mengumumkannya kepada rakyat.

Muhyiddin memberi jaminan keputusan yang akan diambil kerajaan berhubung dasar PPSMI akan memberi kebaikan kepada murid, guru dan masa depan negara.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Komentar penulis: Jikalau Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini mampu memartabatkan bahasa Melayu tatkala dimansuhkan, wajibkan untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk lulus secara kredit. Barulah masyarakat nampak manfaat pemansuhan PPSMI ini.

0 comments: