Friday, July 31, 2009

Bermulanya Sebuah Episod...

http://blogs.mie.utoronto.ca/roller/moradian/resource/Time.jpg

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah. Hari nie merupakan hari yang bermakna atau bersejarah selama mana menjadi mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia nie. Antara sedar atau tidak, kini sya telahpun berada di tahun akhir pengajian saya kini. Ketika saya mengemas kini blog nie, saya sudahpun memulakan persediaan bagi menghadapi detik-detik perjalanan hidup saya yang bakal merencana dan mencorakkan kehidupan saya di Tahun 3 nie.

Walaupun kebanyakan mahasiswa yang berada sebumbung dengan saya ketika nie masih lagi membuat persediaan bagi menghadapi pembentangan proposal Projek Sarjana Muda (PSM) yang akan bermula pada minggu hadapan, namun, bagi saya dan Shukri, teman yang akan bersama-sama mengharungi detik-detik PSM kelak, Insya Allah, telahpun memulakan pelaksanaan bagi projek berkenaan. Meskipun saya dan Shukri sepatutnya memberikan perhatian terhadap pembentangan berkenaan, namun, saya dan Shukri merasakan kami perlu bertindak proaktif agar perjalanan kami tidak tergendala di kemudian hari.

Semoga saya dan teman saya, Shukri mampu mengharungi detik-detik sukar yang bakal tidak lama lagi. Insya Allah.


P/S: Aduhai, bilakah agaknya proposal nie nak selesai? Dugaan, dugaan...

0 comments:

Sepetang Bersama...

Assalamualaikum dan Salam Warkah kepada anda semua. Pada tarikh 29 Julai yang lalu, fakulti saya telah mengadakan sebuah slot yang dinamakan 'Intellectual Discourse'. Ianya berlangsung pada pukul 2.30 petang yang menampilkan seorang pencermah dari luar, iaitu Dr. Haitham Idrris, yang berasal dari Lubnan dan mengajar di salah sebuah institut pengajian di UK. Ceramah beliau adalah berkaitan dengan projek penyelidikannya semasa beliau masih lagi melanjutkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah.

Pencermah, Dr. Haitham Idrris

Penulis yang sedang memberikan fokus terhadap seminar tersebut

Dr. Goh Kian Mau (berbaju biru tua) sedang khusyuk mendengar dan meneliti sesuatu
di atas mejanya


Rakan-rakan yang datang juga turut sama memberikan tumpuan mereka terhadap
seminar berkenaan


Sebenarnya, ceramah atau lebih dikenali sebagai seminar nie aku hanya ketahui sehari sebelum, atau sebetulnya pada malam sebelum berlangsungnya seminar terbabit. Meskipun hati nie agak berat untuk menghadiri seminar tersebut, namun, disebabkan arahan dan perintah yang diberikan oleh Ketua Jabatan Sains Biologi, iaitu Dr. Shafinaz Shahir, maka saya pun hadir ke seminar tersebut dengan harapan agar ianya tidak menyebabkan markah bagi Projek Sarjana Muda saya ditolak. Namun, anggapan saya hampa. Kehadiran bagi seminar nie langsung tdak diambil oleh pihak berkenaan. Saya sama sekali agak terkilan tapi, sedikit sebanyak saya mendapat input yang berguna dari sesi seminar tersebut.

P/S: Ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku meskipun hati masih lagi agak keberatan untuk melangkah pergi sebenarnya.

0 comments:

Sunday, July 26, 2009

Suatu Permulaan Yang Memeritkan


Assalamualaikum dan Salam Warkah kepada semua. Hmm... Hari nie, alhamdulillah, dapat juga saya update blog saya. Boleh dikatakan, sepanjang hujung minggu nie saya mampu mencoretkan sesuatu di sini. Risau juga saya sebenarnya jika pada suatu masa nanti blog nie akan bersawang dek kerana situasi genting dan sibuk yang saya alami ketika nie.

Akhirnya, alhamdulillah. Saya dapat memulakan penulisan proposal *PSM saya pada hari nie setelah lebih seminggu mencari idea dan permulaan serta susunan bait-bait ayat yang dirasakan sesuai untuk diterjemahkan dalam proposal nie kelak. Seperti yang anda semua dapat lihat melalui gambar berkenaan, betapa bersepahnya segala maklumat dan informasi yang perlu saya olah sebelum saya dapat memulakan langkah seterusnya dalam penulisan PSM berkenaan. Syukur kepada-Nya.

Semoga saya diberi hidayah dan petunjuk oleh-Nya dalam menyelesaikan segala permasalahan yang wujud selama saya menyiapkan PSM nie. Amin...


P/S: Ibarat ombak gelora yang menghempas tepian pantai...

*PSM - Projek Sarjana Muda

0 comments:

Saturday, July 25, 2009

Syurga Cinta = Kiamat Sudah Dekat?

Assalamualaikum dan Salam Ceria.

Di sini, saya ingin melontarkan isi hati saya mengenai sebahagian filem-filem ciptaan yang diproduksikan sendiri oleh rakyat Malaysia. Antaranya adalah seperti filem Syurga Cinta yang ditayangkan di pawagam pada bulan Mei yang lepas. Namun, apa yang ingin saya bawa adalah mengapa seringkali isi-isi dan olahan cerita yang ingin digarapkan oleh pengarah-pengarah filem selalunya mempunyai kesinambungan dan keserasian yang berasal dari negara lain, seperti jiran yang terdekat dengan kita, Indonesia. Adakah sebahagian filem yang dihasilkan oleh pengarah filem Malaysia sememangnya hadir secara tidak sengaja atau sebenarnya mengangkut sebulat-bulatnya dari negara asing dan diolah mengikut cita rasa rakyat Malaysia? Fikir-fikirkanlah sejenak. Industri perfileman negara tidak akan ke mana sekiranya isu plagiat masih lagi menebal dan merajai setiap pemikiran kreatif minda-minda pengarah filem Malaysia.

http://aien5283.files.wordpress.com/2009/05/syurga-cinta.jpg


http://wayangmalaysia.files.wordpress.com/2007/06/kiamat-sudah-dekat.jpg

P/S: Ini hanyalah sekadar lontaran luahan hati yang hadir terus dari hati penulis. Ianya tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Harap maklum.

0 comments:

Syaaban: Ada Apa Dengannya?

Ihsan dari iLuvislam.com

PENGENALAN
Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dan lain-lain juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:
01. Kemuliaan darjat Rasulullah saw di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi saw.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

04. Kasih-sayang dan kemesraan.

05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam; dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat

Saidatina Aisyah berkata:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
Riwayat Bukhari dan Muslim

Saidatina Aisyah berkata:
Nabi Muhammad saw tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah saw adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
Riwayat Bukhari dan Muslim

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah saw bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
Riwayat Baihaqi

Sabda Rasulullah saw bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
Riwayat at-Tarmizi

Saidatina Aisyah berkata:
Adalah Rasulullah saw mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
Riwayat Muslim

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
Surah an-Nur: Ayat 31



KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah saw bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban

Sabda Rasulullah saw bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
Riwayat Baihaqi

Berkata Imam Shafie:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.


MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:
Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah saw sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.


PENUTUP

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.

0 comments:

Plastik: Bahananya Terhadap Realiti

Ihsan dari iLuvislam.com

Pada zaman sekarang, antara bahan yang paling banyak dan selalu digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka adalah barang yang diperbuat daripada plastik. Lihat sendiri perkakas di dalam rumah, bermula daripada dapur, bilik air hinggalah ke kawasan ruang tamu dan halaman di luar rumah, hampir kebanyakannya dihasilkan daripada plastik kerana ia adalah bahan yang murah lagi mudah digunakan. Namun, di sebalik dua keistimewaan plastik itu, tersembunyi ancaman yang kita tidak ketahui. Contoh yang paling mudah, iaitu botol air mineral. Selain daripada ringan, senang dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan dengan berulang kali, ianya juga akan menjimatkan wang para pengguna apatah lagi di kala kemelesetan ekonomi sekarang, jalan mudah untuk penjimatan adalah menggunakan botol ini berulang kali. Meskipun amalan mengelakkan pembaziran adalah perkara yang dituntut oleh Islam, tetapi adakah kita mengetahui akan kesan buruk seandainya kita suka menggunakan botol air mineral ini secara kerap untuk suatu tempoh masa yang lama? Hal ini adalah kerana botol air mineral diperbuat daripada Polyethylene Terephtalate atau lebih sinonim dengan singkatan PET. Bahan ini mempunyai beberapa kekurangan yang boleh memudharatkan kesihatan pengguna apabila digunakan dengan berulang kali, terutama sekali jika terdedah kepada suhu panas. Menurut sejarah, ia digunakan dalam industri pembuatan botol minuman secara meluas selepas dipatenkan pada tahun 1973.

Beberapa tahun kemudian, timbul isu bahawa bahan kandungan PET berupaya untuk larut resap ke dalam air mineral dan seterusnya mencemarkan air mineral itu sendiri. Semua bahan plastik di pasaran sekarang secara asasnya adalah berdasarkan petroleum. Dalam proses pembuatan botol air mineral misalnya, peringkat pertama melibatkan proses tindak balas kimia untuk menukarkan petroleum kepada bahan asas dengan menggunakan pemangkin seperti antimoni. Selanjutnya, peringkat kedua pula membabitkan bahan kimia seperti Dimetil Tereftalat (DMT) dan Etilena Glikol (EG) dengan penggunaan pemangkin tertentu. Kemudian, bahan campuran kimia lain seperti Di-2-ethyl-Hexyl-Adipote (DEHA) juga ditambah kepada bahan asas untuk menghasilkan botol mengikut reka bentuk yang dikehendaki.

Antimoni yang digunakan sebenarnya boleh menyebabkan penyakit barah dan sepatutnya tidak digunakan dalam proses membuat botol. Begitu juga dengan penggunaan DEHA yang dikatakan boleh larut resap dalam air, tetapi sehingga kini tiada fakta saintifik untuk menyokong dakwaan itu. Selain itu, dua faktor yang menyebabkan penggunaan botol plastik air mineral secara kerap kali yang membhaayakan kesihatan pengguna ialah perubahan sifat kimia akibat haba dan juga kesan penuaan. PET hanya tahan haba hingga 60 celsius dan jika lebih tinggi, botol tidak akan cair tetapi menjadi lembut. Walaubagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah proses larut resap yang mungkin boleh berlaku. Namun, kenyataan ini juga tiada sokongan dengan bukti saintifik yang kukuh.

Sehubungan itu, kalau kita ingin menggunakan bekas botol air dengan berulang kali, elakkan daripada menggunakan botol plastik PET, sebaliknya gunakan botol plastik yang dihasilkan daripada polikarbonat yang lebih tahan haba, iaitu hingga 130 atau 140 celsius. Dari segi kesan penuaan pula, botol plastik terdedah kepada perubahan sifat apabila digunakan berulang kali seperti kemek dan pecah, di mana proses larut resap juga mungkin boleh berlaku dan hal ini memungkinkan terjadinya pembiakan bakteria. Pencemaran terhadap alam sekitar turut berlaku akibat daripada penggunaan plastik selain daripada menjejaskan kesihatan. Contohnya, satu kajian telah mendapati bahawa lebih kurang 100 bilion tan beg plastik telah mencemari lautan seluruh dunia dan meragut nyawa hidupan laut seperti penyu, burung-burung dan ikan paus.

Dianggarkan juga sejuta burung cedera dan mati setiap tahun kerana termakan dan terjerat beg plastik serta banyak penyu mati akibat termakan beg plastik yang terapung hanyut di permukaan laut yang menyerupai makanan asasi penyu, iaitu ubur-ubur. Plastik-plastik yang dibuang ini tidak akan hancur dalam masa yang singkat kerana jangka hayatnya sangat panjang hingga mencapai lebih kurang 10 abad untuk hancur atau terurai. Selain itu, plastik-plastik yang dibuang juga boleh menyekat pengaliran air sehingga boleh menyebabkan air parit dan sungai membanjiri kawasan berhampiran apabila hujan lebat. Disebabkan oleh faktor tempoh reput yang agak panjang, maka ia akan memenuhi sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan sampah. Lebih merisaukan lagi, plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Sekiranya hal ini berlaku, pencemaran tanah, sungai dan sumber air di bawah permukaan tanah tidak mustahil akan terjadi.

Akibatnya, kualiti alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan terjejas. Berikutan keburukan plastik terhadap kesihatan manusia dan persekitaran, beberapa negara telah mengambil langkah untuk mengelakkan pembungkusan dengan plastik secara berleluasa. Terdapat sebilangan negara telah menghentikannya melalui undang-undang penggunaan beg plastik di kedai dan pasar raya. Sebahagian negara lagi telah mengenakan bayaran ke atas sisa beg plastik. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika tema bagi sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun lepas ialah ‘Kick The Habit- Reduce The Use of Plastic Bags, Towards A Low Carbon Economy’ (Ubah Sikap! Kurangkan Penggunaan Beg Plastik Bagi Menjana Ekonomi Yang Berkarbon Rendah). Tujuan kempen ini diadakan adalah mengajak kita untuk mengubah sikap terhadap penggunaan plastik.

Di samping itu, sebagai pengguna, kita juga perlu mengetahui kebaikan-kebaikan dari segi alam sekitar daripada pengurangan penggunaan bahan-bahan daripada plastik khususnya beg plastik.

Antaranya:
1. Jumlah sisa buangan yang perlu dilupuskan akan berkurangan lantas mengurangkan penggunaan kawasan tanah bagi tujuan pelupusan seterusnya menipiskan risiko berlakunya pencemaran.

2. Penggunaan semula (kitar semula) pembungkus atau beg plastik akan menjimatkan penggunaan sumber tambahan bagi penghasilan beg plastik baru. Kajian oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat yang dijalankan bersama Konsultan ICF, Konsultan Owen-Illinous dan Univesiti Florida pada September 2006 menunjukkan kitar semula satu tan plastik akan menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 51 hingga 56 juta Btu (satu Btu bersamaan dengan tenaga yang boleh dihasilkan oleh 8 gelen gasolin).

Oleh yang demikan, wajarlah bagi kita selaku pengguna menyambut baik dan menyokong penuh kempen mengurangkan penggunaan plastik dan beg plastik. Sebagai alternatifnya, menggunakan bahan lain selain daripada bahan tersebut adalah sangat-sangat digalakkan terutamanya dalam menyelamatkan alam ini daripada tercemar dan mengekalkan kesihatan kita sepanjang masa.

Justeru, hayatilah pesanan junjungan besar nabi kita, Muhammad saw dalam hadith baginda yang bermaksud:
“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara..mudamu sebelum tuamu, kayamu sebelum miskinmu, sihatmu sebelum sakitmu, lapangmu sebelum sempitmu dan hidupmu sebelum matimu”.

Ingatlah bahawa bumi ini dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah antara amanah yang perlu dijaga dan dipelihara oleh kita dengan sebaik-baiknya selama mana kita hidup di dalam alam yang bersifat sementara dan fana’ ini. Amatlah pedih azab yang bakal kita terima di akhirat kelak seandainya kita gagal dalam memikul tanggungjawab berkenaan.



0 comments:

Friday, July 24, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 40)

“Mama, Amir… Amir… Amir minta maaf.”

Mama terkedu dengan kenyataan yang aku luahkan sebentar tadi. Tersentak seketika.

“Amir, apa yang Amir cakap ni? Dah, dah. Amir tak buat salah dekat mama pun.” Jari-jari mama mengurai dan mengerlus rambutku yang terbang ditiupkan bayu pada waktu petang itu.

“Amir dah mengguris hati dan perasaan mama semalam. Amir minta maaf,” tutur Amir seraya memeluk mama dengan erat. Tangis dan esakan kecil mula kedengaran di ruang dapur.

“Sudahlah tu, Amir. Mama tak ambil hatipun. Mama dahpun maafkan Amir. Yang dah berlalu tu, biarkan ianya pergi ya, sayang.”

“Mama, Amir nak tanya sesuatu boleh? Kalau mama tak keberatanlah nak beritahu Amir.” Lama mama mendiamkan diri. Tangannya masih lagi memegang tanganku. Erat. Matanya merenung jauh ke dalam anak mataku. Seakan mencari kekuatan dan sinar yang mampu untuknya berdepan dengan permata hatinya yang sudah menjangkau usia belasan tahun.

“Insya Allah, kalau mama dapat jawab, mama beritahu Amir. Apa soalannya?” getus mama setelah suasana sepi merajai untuk beberapa ketika. Aku menghela nafasku panjang. Mencari di manakah permulaan yang harus aku beri. Tidak mahu disebabkan isu yang bakal diutarakannya menyebabkan hati insan yang disayanginya terguris.

“Mama, siapa sebenarnya ayah dan ibu Amir? Di mana mereka sekarang? Mengapa mereka tak nak menjaga Amir?” Bertalu-talu persoalan yang menerjah ke ruang telinga mama ketika itu. Terkejut dan tergamam sebentar. Namun, dia sudah bersedia dengan soalan sebegitu sejak peristiwa tempoh hari. Soalan-soalan sebegini pastinya bakal diutarakan terhadapnya. Tidak sekarang, mungkin akan diajukan pada masa akan datang. Hanya masa saja yang menentukan segala-galanya.

“Amir, mama rasa dah tiba masanya mama khabarkan perkara ni kepada Amir. Tapi, Amir kena janji dengan mama dulu. Selepas apa yang Amir dengar ni, mama harap Amir tabahkan hati ya. Dan percayalah, hanya Amir saja satu-satunya permata hati mama. Tiada duanya.” Aku mengangguk perlahan tanda setuju dengan apa yang dimeterai oleh mama sebentar tadi. Menunggu setia butir-butir kata yang sememangnya ingin aku dengar daripada bibir mama sendiri.


Bersambung...

*Sekuel cerpan nie boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 39)

Lisa sedang asyik memasak di dapur. Jam di dinding telah menunjukkan tepat jam 2 tengah hari. Lisa kini hanya tinggal untuk menggoreng kangkung dengan belacan. Salah satu hidangan yang digemari oleh Amir.

“Sekejap lagi Amir sampai. Kena siapkan cepat ni. Mesti Amir lapar,” getus hatinya seraya tangannya tangkas memotong sayur kangkung. Dia tidak mahu lambat menyelesaikan kerjanya di dapur. Kelak, Amir juga menanggung kesannya. Namun, dalam keasyikannya memasak, Lisa tidak sedar bahawa Amir telahpun pulang dan berada tidak jauh daripadanya. Memerhatikan setiap gerak langkah mamanya bak belangkas itu.

“Mama.” Lisa masih lagi menghiraukan nada suara tersebut. Masih lagi ligat menyiapkan tugasan memasaknya.

“Mama…” ujar Amir sekali lagi selepas tiada respon daripada Lisa. Kemudian, barulah Lisa sedar yang Amir telahpun pulang ke rumah.

“Amir. Dah lama sampai? Maaflah, mama tak perasan yang Amir dah sampai. Maaf ya, sayang,” ucap mama seraya melangkah mendekati aku.

“Amir, kenapa anak mama menangis ni? Amir tak sihat?” Mama seakan-akan kaget dengan keadaan diri aku. Sebentar tadi, elok saja diriku. Tetapi kini, air mata mula berjujuran di pipi. Tangan kanan mama lantas menekup dahiku.

“Elok aje suhu badan Amir ni. Kenapa menangis ni, Amir? Sayang jatuh basikal?” sambung mama lagi seakan-akan tidak berpuas hati dengan situasi emosi yang melanda diri aku ini.


Bersambung...

*Sekuel cerpan nie boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Sekilas Majlis Perasmian SUKAM 17

Assalamualaikum dan Salam Mesra. Hmm, kali nie saya hanya ingin menyiarkan beberapa keping gambar yang diambil sempena majlis yang telahpun dengan jayanya dilangsungkan pada minggu lepas. Jadi, berikut adalah sebahagian gambar yang sempat saya ambil buat tatapan umum di sini. Harapnya, ianya dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran bagaimana majlis nie berlangsung. Mari. Camera rolling! Zasst!

Program: Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa kali ke 17 (SUKAM 17)
Tarikh: 18 Julai 2009
Lokasi: Padang Kawad PALAPES UTM
Perasmi: YB Tuan Hj. Mohd Jais Sarday

Obor kejohanan yang diyalakan oleh YB Tuan Hj. Mohd Jais Sarday menandakan bermulanya kejohanan SUKAM dengan rasminya

Antara tetamu-tetamu yang hadir bagi menyaksikan Majlis Perasmian SUKAM kali yang ke 17

Pembaca ikrar, saudara Vimaleessan a/l Gunasegran (tengah)



Antara persembahan-persembahan yang dipertontonkan oleh sebahagian para pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP)

P/S: Maaf sebab kualiti gambar yang kurang memuaskan. Harap anda semua dapat melihat gambar-gambar nie dengan hati yang puas.

0 comments:

Sekalung Takziah...

Assalamualaikum dan Salam Takziah.

[IMG_1435.JPG]
Di sini, saya ingin mengucapkan takziah kepada saudari Nor Amalina Mazlan, Timbalan Ketua Biro Keusahawanan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra bagi sesi 2009 atas pemergian ayahandanya tercinta pada 22 Julai lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...


P/S: Berita selanjutnya boleh dilayari di sini.

*Berita 1

*Berita 2

*Berita 3

0 comments:

Wednesday, July 22, 2009

Ceramah Isra' Mikraj: Menyingkap Perjalanan Rasulullah

[israk.jpg]

Mari kita bersama-sama memeriahkan majlis ilmu.

P/S: Dipetik dari blog saudari Khairina 'Izzati Amir Hussain
& saudara Mohd Hafizul Hilmi Mohd Noor

0 comments:

Tuesday, July 21, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 38)

“Amir, aku bukannya nak menyibuk dalam hal peribadi kau ni. Tapi, aku, sebagai sahabat kau, tak tergamak aku katakan yang kau sebenarnya dah melukai kedua-dua orang tua kau sendiri. Waima mereka bukan ayah dan ibu kandung kau, namun, kau kena fikir. Siapalah diri kau ni kalau bukan kerana mereka yang menjaga kau. Rela menyusahkan kehidupan mereka semata-mata membesarkan kau meskipun kau bukanlah darah daging mereka yang sebenar. Ada kau fikir pasal tu?” Panjang lebar ulasan yang diberikan oleh Nazmi terhadapku. Sedikit sebanyak aku berfikir dan cuba menyelami kata-kata yang diajukan terhadap aku. Ya. Mereka terlalu banyak mengorbankan segala-galanya demi kebahagiaan aku walaupun aku bukanlah salasiah yang berasal dari mereka sendiri. Mengapa aku terlalu beremosi mengenai status tersebut?

“Nazmi,” ujarku seraya memandangnya.

“Aku, aku, aku…” Air mata hangatku mengalir lagi. Entah ke berapa kali dalam hari ini, air mataku sangat murah sekali untukku alirkan.

“Amir, menangislah sepuas-puasnya. Jangan dipendamkan lagi. Luahkan segala-galanya. Aku sentiasa ada di sini,” jawab Nazmi. Aku bingkas memeluk Nazmi lalu menangis semahu-mahunya. Esak tangisan aku memecah ruang atmosfera wakaf. Kini, hanya satu saja yang akan aku lakukan kelak. Tekad aku telah membulatkan segalanya. Ya, aku perlu meluahkannya. Berulang-ulang kali aku merasakan gemaan ayat tersebut bermain di mindaku. Nazmi, kaulah sahabat aku dunia akhirat. Akanku ingat segala pengorbananmu itu. Lagu nasyid berjudul ‘Teman Sejati’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Brothers berkumandang di ruang telingaku. Baris-baris rangkap seni katanya cuba aku amati. Nazmi, lagu ini khas aku tujukan untuk kau, monologku sendirian di ruang kalbu.

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
Pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah ku temui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni kasih Ilahi

Kepada-Mu Allah
Ku panjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah ku ungkapkan segala-galanya

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
Pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah ku temui

*Teman
Bersamalah kita
Semaikan persahabatan ini dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni kasih Ilahi

Kepada-Mu Allah
Ku panjatkan restu
Agar kita
Kekal bersatu

Kepadamu teman
Teruskan perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan
Telah ku ungkapankan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita

Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Rahsia Di Sebalik Peredaran Zaman

Bismillah...

[hijauaward[2].png]

Assalamualaikum dan Salam Kasih kepada semua. Hmm, warkah kali nie hanyalah untuk menjawab soalan yang telah diberikan oleh saudara Mohd Zakiyuddin Mohd Zahari di dalam blognya. Terima kasih kerana memberikan 'soalan' tag yang sebegitu rupa. Meskipun sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, namun, atas keprihatinan dan menghargai setiap apa yang diberikan, maka, saya dengan rela hatinya, menjawab soalan-soalan tersebut. Tapi, akan saya olah sedikit soaln berkenaan supaya ianya tidak membebankan terhadap mereka yang akan saya tag pula selepas nie.

Peraturan:
Anda hendaklah menulis 10 perkara mengenai zaman kehidupan anda semasa kecil, di mana individu tidak tahu mengenainya. Di akhir post anda, anda hendaklah memilih seramai 5 orang untuk ditag. Anda adalah individu yang amat bertuah seandainya ditag oleh saya kerana saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai zaman kecil anda dahulu.


10 Perkara Mengenai Saya Semasa Hayat Saya Kecil Yang Tidak Diketahui Oleh Individu Lain:
  1. Semasa umur baru mencecah 6 bulan, saya telahpun mencuba memakan makanan pedas. Ketika tue, mama baru saja selesai memasak ayam masak merah untuk juadah makan tengah hari. Hehehe. Sehingga kini, masakan ayam masak merah adalah antara makanan kegemaran saya.
  2. Di kala umur 5 tahun, saya pergi menemani abah ke tempat kerja. Ketika tue, abah masih lagi bergelar sebagai seorang pegawai tentera yang memegang jawatan sebagai Major. Abah menjadi ketua markas di salah sebuah pengkalan tentera di Kuching, Sarawak. Ketika sedang asyik berjalan mengekori abah, dengan tidak sengaja, saya terlanggar bucu kotak informasi yang terletak di luar laluan koridor pejabat abah. Alamatnya, saya dikejarkan ke klinik tentera yang berdekatan disebabkan pendarahan yang banyak. Jikalau tak silap saya, di bahagian dahi. Sehingga kini, parut tue masih lagi ada namun dah tak kelihatan sangat dah.
  3. Saya pernah hampir lemas semasa menghadiri sebuah majlis keramaian di Kuching, Sarawak. Namun, alhamdulillah. Nasib baik ada tali yang merentasi sungai terbabit. Saya sempat mencapai tali berkenaan dan yang menariknya, tiada seorangpun perasan yang saya hampir lemas ketika tue. Abah dan mama pun tak sedar. Biarlah ianya menjadi rahsia saya sendiri sehingga ke akhirnya (tak jadi rahsia sebab dah dinukilkan di sini).
  4. Saya pernah jatuh longkang besar semasa saya berumur 6 tahun berhampiran dengan rumah kuarters saya. Teruk juga luka yang saya dapat. Bercalar peha kanan saya ketika tue. Aduh, sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.
  5. Saya pernah balik berjalan kaki pulang ke rumah seorang diri setelah tamatnya waktu persekolahan semasa Darjah 2. Ketika tue, abah terlewat mengambil saya kerana abah masih lagi meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia. Jam pada masa tue menunjukkan hampir pukul 6.30 petang. Jadi, saya pun pulang ke rumah. Apabila sampai saja di rumah, mama dan adik tiada. Maka, dengan hampanya, saya berjalan semula ke sekolah. Menunggu kedatangan abah. Semasa hampir nak tiba di perkarangan sekolah, abah tiba dengan keretanya. Pada masa tue, saya dengan geramnya menendang tayar belakang sebelah kiri kereta abah. Mana taknya, masa tue memang saya dah menangis keseorangan dah. Hehehe.
  6. Saya pernah jatuh basikal semasa saya Darjah 2. Maklumlah, teruja dapat basikal meskipun basikal tue milik adik saya. Apa lagi, basikal tue pula yang berada di atas badan saya. Hehehe.
  7. Saya pernah terseliuh dengan teruk di tangan kanan saya semasa saya Darjah 3. Memang teruk saya jatuh. Siku kanan saya terkeluar dari posisinya sehingga menghasilkan bentuk seakan huruf 'S' apabila cuba diluruskan. Eii, mengerikan.
  8. Saya pernah diminati oleh seorang budak perempuan semasa saya Darjah 5. Pada masa tue, saya baru saja berpindah ke Selayang, tempat asal saya dilahirkan. Sekolah tersebut merupakan sekolah lama saya semasa saya Darjah 1 lagi. Namun, biasalah, ketika tue saya masih lagi rasional. Saya menolak permintaannya. Lagipun, budak perempuan tue anak cikgu Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Baru saja 3 bulan belajar kat sekolah tue, dah ada orang minat. Aduhai...
  9. Saya pernah menyukai seseorang semasa saya Darjah 6. Dia merupakan puteri buluh perindu di sekolah. Mengapa? Sebab dia merupakan salah seorang pelajar yang bergiat aktif dalam bidang seni suara. Pelbagai acara peringkat daerah sehingga ke peringkat negeri disertai olehnya. Namun, saya hanyalah meminatinya. Tak pernah nak luahkan perasaan saya terhadapnya sebab saya sedar di usia yang sebegitu, bercinta adalah sesuatu perkara yang tak relevan.
  10. 4 kali berturut-turut di tempat pertama. Semasa saya Darjah 5 dan 6, saya mendapat kedudukan nombor 1 di dalam kelas setiap kali peperiksaan penggal menjelma. Saya rasa tuelah antara pencapaian yang terbaik yang pernah saya kecapi dalam bidang akademik semasa berada di bangku sekolah. Alhamdulillah.
Setakat nie saja yang saya rasa mampu saya kongsikan bersama dengan anda semua. Walau apapun, terima kasih ya saudara Zaki kerana tagged saya. Sebelum diri nie mengundur diri, nielah senarai 5 orang individu yang bertuah untuk saya tag.
  1. Panod
  2. Aimran
  3. Shikin
  4. Farid
  5. Semua kenalan blog saya
Sekian, wassalam.

0 comments:

Saturday, July 18, 2009

Senjata Menghalang Syaitan

Petikan dari iLuvislam.com
  1. Membaca Bismillahirrahmanirrahim (menjadi kunci kepada perbuatan baik)
  2. Memperbanyakkan berzikir
  3. Memperbanyakkan beristighfar
  4. Membaca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntuminaz zoli min"
  5. Membaca doa pada waktu pagi dan petang
  6. Bersugi
  7. Melaksanakan solat jemaah
  8. Berwudhuk sebelum tidur
  9. Menutup aurat
  10. Membaca doa masuk tandas
  11. Memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw
  12. Bertaubat, beristighfar
  13. Memperbanyakkan membaca Al-Quran
  14. Membaca surah Yassin pada setiap pagi

0 comments:

Langit Tak Selalunya Cerah

http://www.deskpicture.com/DPs/Nature/PartlyCloudy.jpg

Assalamualaikum dan Salam Warkah. Mesti kalian semua tertanya-tanya mengapa tajuk warkah aku kali nie mempunyai nada sebegitu. Haa, nie yang nak khabarkan kepada kalian semua nie. Sebenarnya, pada hari Khamis lepas, bertarikh 16 Julai, aku bersama-sama dengan beberapa orang rakan seangkatan yang berada di bawah seliaan penyelia *PSM aku, telah menghadap dekan aku di Makmal Mikrobiologi yang bertempat di C08. Sila rujuk peta kampus *UTM Skudai untuk mengetahui lokasi berkenaan dengan lebih lanjut.

Apabila tibanya di lokasi tersebut, kami semua diberi penerangan oleh penyelia aku bersama-sama dengan beberapa orang pelajar pascaijazah serta pensyarah kanannya. Tatkala beliau memulakan penerangan tersebut, sedikit sebanyak, akhirnya aku mengerti bahawa mengapa beliau tidak membalas sebarang email yang dihantar kepadanya semasa aku masih lagi menjalani *LI tempoh hari berkenaan dengan tajuk projek aku. Rupa-rupanya, beliau mempunyai beberapa buah projek yang memiliki potensi besar untuk dikomersialkan di peringkat antarabangsa kelak. Ia juga turut melibatkan penerbitan jurnal di mana nama-nama kami, Insya Allah, akan diterbitkan dalam jurnal terbabit. Haa, bayangkan, betapa terkejutnya aku apabila mendengarkan penerangan terbabit bahawa tajuk yang sebelum nie digugurkan olehnya dan digantikan dengan tajuk projek yang baru. Apa perasaan kalian apabila mendengar situasi tersebut? Hanya diri masing-masing saja yang mempunyai idealisme dan pendapatnya tersendiri.

Memang benarlah kata pepatah Melayu. Langit tak selalunya cerah. Apa yang kita harapkan sebelum nie tak selalunya menjadi realiti dan mengikut apa yang kita impikan. Hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaiknya untuk diri kita, hamba kepada-Nya. Sehingga ini, aku perlu memulakan proses PSM aku nie dari takuk permulaan. Ya Allah, kau bantulah hamba-Mu nie untuk melalui liku-liku cabaran hidup yang penuh dengan onak duri nie.

Langit tak selalunya cerah. Semoga dengan bait-bait perkataan nie mampu memberikan aku peringatan di hari-hari yang seterusnya dalam menyelusuri hidup yang kian mencabar. Amin...


P/S: Antibacterial Activity of Surfactant Zeolite, Silver Zeolite and Surfactant-Silver Zeolite against Bacillus substilis. Aduhai, makin rumitlah hidup aku sepanjang pengajian aku di tahun akhir nie. Huhuhu...

*PSM = Projek Sarjana Muda
*UTM = Universiti Teknologi Malaysia
*LI = Latihan Industri

0 comments:

Friday, July 17, 2009

Maaf: Sukar Untuk Dilafazkan?

Assalamualaikum dan Salam Bicara kepada semua. Dah hampir beberapa hari diri nie diulit rasa kesibukan yang amat. Segala perjalanan hidup kini lebih terarah pada beberapa perkara yang bersangkutan antara satu sama lain. Esok adalah hari yang menjadi saat genting dan ditunggu-tunggu oleh seluruh warga kerja *SUKAM; Majlis Perasmian. Aku secara langsung terlibat dalam penganjuran dan pengelolaan kejohanan bagi kali nie. Ditambah pula dengan status aku sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, lagilah menambahkan sesuatu input yang sama sekali seluruh mahasiswa tidak dapat lari dari realiti kehidupan, iaitu *PSM.

Petang kelmarin, aku telahpun berjumpa dengan penyelia aku bagi PSM nie. Dengan status dekan yang bertakhta terhadap dirinya, semestinya, beliau mempunyai pelbagai idea dan rencana projek yang akan diberikan kepada para pelajarnya kelak. Akhirnya, sesuatu yang tak aku jangka terjadi. Aku telah diberi sebuah projek baru. Sesungguhnya, selama 2 bulan aku mencari segala informasi berkaitan dengan tajuk projek aku sebelum nie, hanyalah tinggal kenangan.

Baiklah, kembali pada tajuk asal nukilan. Maaf. Sebenarnya, adalah seorang hamba Allah nie, aku tahu yang dia nie memang bengang dan kemungkinan benci dengan diri aku nie. Aku terima segalanya apa yang dia lakukan terhadap aku. Meskipun diri aku nie tidak sekelumit pun akan dimaafkan, namun, aku langsung tak berdendam dengannya. Segala kesalahan dan kekhilafan yang pernah dia coretkan terhadap aku, telahpun aku lupakan dan maafkan. Tak ada niatpun untuk aku menyimpan bara tersebut. Tapi, hakikatnya, dia masih lagi tak dapat menerima diri aku nie. Sehinggakan aku berendam air mata dengan sikap acuh tak acuh daripadanya. Meninggalkan aku dalam situasi yang sama sekali aku bingung. Entahlah. Aku bukannya nak menambahkan lagi baranya, tapi, jika kehadiran aku dalam hidupnya tak disenangi, aku rela bawa diri nie pergi bersendirian. Aku berharap agar kau berjaya dalam hidup kau kelak, terutamanya dalam PSM nie. Meskipun aku ditakdirkan oleh-Nya untuk berdampingan dengan kau, bersama-sama melaksanakan PSM nie, sekurang-kurangnya, berilah aku peluang untuk aku membantu kau. Saling membantu. Jika kau tak dapat menerima diri aku nie dalam kehidupan kau, tak mengapalah. Aku mengerti. Aku redha dengan ketentuan daripada-Nya. Jika nie merupakan salah satu ujian daripada-Nya, aku terima.

http://members.dodo.com.au/cooindaonline/god-abled/Forgive.gif

Kini, hanya tinggal diri kau saja. Sama ada kau sanggup menerima diri aku nie ataupun tak. Hatiku nie akan menunggu keterbukaan hati kau dalam menerima aku kembali. Meskipun ianya mengambil masa, aku sanggup menanti detik waktu tersebut. Aku sanggup.

http://www.quotesarcade.com/graphics/forgiveness/forgiveness_quotes_graphics_01.gif


http://jemima.files.wordpress.com/2006/09/forgiveness.jpg


P/S: Semoga kau dapat memaafkan aku, wahai kawan.


*SUKAM = Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa
*PSM = Projek Sarjana Muda

0 comments:

Monday, July 13, 2009

Kem Pemantapan Kepimpinan

Salam Bahagia dan Salam Kembali. Alhamdulillah, hari nie merupakan hari pertama aku menjalani kehidupan rutin aku sebagai seorang mahasiswa. Nie juga merupakan detik pertama aku dalam melangkah arena pengajian tahun akhir. Aduhai, dah tahun akhir dah rupanya. Sedar-sedar aje dah jadi pelajar senior. Huhuhu...

Baiklah, setelah ketiadaan aku selama beberapa hari nie, aku rasa bolehlah aku bagi informasi terkini di blog aku nie, meskipun sedikit namun, biarlah ianya menjadi perkongsian bersama-sama teman yang tiada di sisi.

Kem Pemantapan Kepimpinan nie ditujukan khas kepada semua barisan kepimpinan *JKM Kolej Rahman Putra bagi sesi kali nie. Meskipun berat hati nie untuk melangkah pergi ke kem, namun, diturutkan jua kehendak dan permintaan daripada pihak atasan. Mereka semua telah bersusah payah merangka dan merencana setiap aspek agenda program dari awal hinggalah tibanya kami semula di bumi kolej nie.


Selama 2 hari berada di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur nie, aku mempelajari sesuatu input berharga dan bermakna sekali. Sebenarnya, ianya adalah peringatan dan konsep asas dalam menjalani sulur galur kehidupan. Tapi, biasalah. Manusia. Seringkali alpa dalam hidup. Tanpa adanya peringatan dan nasihat, nescaya hilanglah pegangan hidup dan hala tuju. Selama 2 hari di sini jugalah, aku bersama-sama teman seperjuangan yang lain di'dera' secara ala-ala tentera. Pelbagai arahan dan tugasan diberikan oleh Kapt. Ismadi Ismail bersama-sama dengan jurulatih lain terhadap kami. Sebenarnya, Kapt. Ismadi Ismail adalah Penolong Pengurus Asrama bagi kolej aku. Dan beliau juga merupakan salah seorang pegawai bagi *PALAPES. Haa, ambil ubat. Baru tahu macam mana hidup nie susah apabila segala keperluan yang terhidang di hadapan mata tak dihargai sebaik-baiknya.

Setelah kepulangan aku dari kem nie, aku mula memikirkan pelbagai persoalan yang mula menyelusuri mindaku. Terlalu banyak yang ingin aku fikirkan, namun seperti biasa, jawapan tak juga aku temui. Hmm...

Baiklah, di sini ada beberapa gambar yang sempat aku ambil sebelum keberangkatan pulang kami ke kolej semalam. Maaflah ya. Hanya gambar sekitar kawasan resort aje. Kawasan kem dan sewaktu dengannya tak dapat aku kongsikan di sini disebabkan kamera tak dibenarkan dibawa masuk ketika kami menjalani kem berkenaan. Akhir kata, senyum selalu. Wassalam.






P/S: Kini, aku dilanda tanda-tanda yang tidak sihat seperti tubuh badan lemah, jari dan tapak tangan yang masih lagi sakit dan luka serta bintik-bintik merah yang muncul di sebahagian besar tanganku. Aduhai, kelas dah mula tapi kondisi diri pula yang tak mengizinkan untuk aku aktif.

*JKM = Jawatankuasa Kolej Mahasiswa
*PALAPES = Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

0 comments:

Thursday, July 9, 2009

Kembali Bertapa...

Salam Kasih. Alhamdulillah, akhirnya diri nie selamat tiba di tempat limpahnya ilmu; UTM. Sekembalinya aku di sini, pelbagai permasalahan, konfrontasi dan seantero dengannya telah menghunus dan menerjah segenap ruang jendela hidupku. Perjalanan rutin harian hidup yang mula merencana corak kelana hidupku mula mencengkam erat tubuhku.

http://th01.deviantart.com/fs8/300W/i/2005/338/5/5/Result_of_STRESS_by_CLEMZ.jpg

Dah 2 hari aku menjalani rutin kehidupanku sebagai seorang mahasiswa di UTM nie. Namun, permulaan sebenar kelas hanya akan bermula pada minggu hadapan kerana minggu nie merupakan minggu terakhir bagi *LI. Jadi, dalam kesempatan masa dan ruang yang ada, aku cuba untuk menyelesaikan satu persatu permasalahan yang tiba dan menjengah jendela hidupku. Hanya nie saja yang mampu aku laksanakan sementara masa masih lagi ada.

Hmm, baiklah. Setakat nie saja dahulu warkah kali nie. Ketika nie, jiwa agak kacau dalam merencanakan semula kehidupan, terutama sekali 'mimpi ngeri' *PSM yang dah mula mengekori bayang-bayang hidupku. Sehingga bertemu lagi, Insya Allah. Wassalam.


P/S:
*LI - Latihan Industri
*PSM - Projek Sarjana Muda

0 comments:

Wednesday, July 8, 2009

Selamat Tinggal Selayangku Sayang...

Salam Warkah kepada semua. Warkah kali nie merupakan warkah yang terakhir dinukilkan di mahligai indah di Selayang nie. Beberapa jam dari sekarang, aku bakal menyelak lembaran baru di selatan tanah air. Huhuhu. Sedihnya nak tinggalkan rumah kediaman nie. Namun, perjuangan yang masih lagi berbaki perlu diselesaikan dengan sesempurna mungkin. Insya Allah, akan aku jejak semula kediaman nie menjelangnya Hari Raya Aidilfitri kelak.

Baiklah, nak buat final preparation sebelum masuk ke kamar tidur. Selamat tinggal Selayang. UTM, tunggu kedatanganku. Wahai sahabat sekalian yang merindui diri nie, nantikan dengan penuh sabar ya.


0 comments:

Tuesday, July 7, 2009

Senarai Nama Tumbuhan = Senarai Nama Kolej Kediaman

Salam Ceria. Di sini, selama aku menjalani kisah 1001 hikayat pengalaman di FRIM nie, aku nak berkongsi sedikit ilmu yang telah aku peroleh. Hehehe. Jangan terkejut ya kawan-kawan. Nanti, ada yang tak puas hati pula dengan apa yang aku warkahkan di sini. Warkah kali nie hanyalah sekadar perkongsian aku, bukannya nak mengenakan mana-mana pihak. Mari, kita layan...

Kolej Rahman Putra
Nama Asal: Kampung Meranti
Nama Saintifik Tumbuhan Meranti: Shorea spp.

Kolej Tun Fatimah
Nama Asal: Kampung Belian
Nama Saintifik Tumbuhan Belian: Eusideroxylon malaganga

Kolej Tun Razak
Nama Asal: Kampung Chengal
Nama Saintifik Tumbuhan Chengal: Neobalanocarpus heimii

Kolej Tun Hussein Onn
Nama Asal: Kampung Merbau
Nama Saintifik Tumbuhan Merbau: Intsia palembanica

Kolej Tun Dr. Ismail
Nama Asal: Kampung Resak
Nama Saintifik Tumbuhan Resak: Vatica papuana

Kolej Tuanku Canselor
Nama Asal: Kampung Kempas
Nama Saintifik Tumbuhan Kempas: Koompassia maleccensis


P/S: Hehehe... Semua senarai nama tumbuhan nie aku rujuk menggunakan buletin bulanan FRIM. Jadi, semuanya fakta kecuali spesies tumbuhan Meranti. Tumbuhan Meranti terdapat pelbagai jenis. Untuk menyenangkan, aku letak nama umum bagi tumbuhan Meranti nie.

2 comments:

Jadual Projek Sarjana Muda 1

Salam Mesra. Alhamdulillah, hari nie sedang sibuk mengemas segala keperluan barang. Insya Allah, esok, kalau tak ada aral melintang, bertolak pulang ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. UTM, tunggu kepulangan aku...

Hmm, dalam sibuk mengemas nie, tiba-tiba aku dapat email daripada salah seorang pensyarah fakulti aku. Dr. Goh Kian Mau. Berkaitan dengan Projek Sarjana Muda (PSM) bagi pelajar-pelajar tahun akhir. Ceh, tak sangka aku. Pejam, celik, pejam, celik dah Tahun 3 dah. Aduhai, sekejapnya perjalanan hidup nie. Dulu, berangan-angan nak habis cepat. Haa, sekarang nie, ambil. Nak sangat. Email Dr. Goh adalah mengenai jadual untuk PSM 1 sepanjang semester nie. Dan yang paling mengejutkan aku adalah proposal presentation yang bakal berlangsung sebulan saja lagi dari tarikh hari nie. Pergh, memang sebulan nie, masa gawatlah bagi aku. Tajuk dah dapat lama dah. Tapi, sampai sekarang aku blur dengan tajuk nie. Semua isi, jurnal, informasi mengenai tajuk yang berkaitan dengan PSM aku nie, semua aku redah. Siap simpan lagi dalam softcopy. Hmm, nak kena jumpa dekan kesayanganlah jawabnya. Kalau tak, faham-faham sendirilah ya. Sila imaginasikan situasi tersebut secara bersendirian. Hehehe...


P/S: "Immobilization of Bacterial Cells in MCM41 for Biodegradation of Orange II", di manakah letaknya petunjuk untuk dirimu?

0 comments:

Monday, July 6, 2009

Westlife: My Love



Artis: Westlife
Lagu: My Love

An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller

I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah

And all my love
I'm holding on forever
Reaching for a love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again
My love

Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
My love

I tried to read
I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop
To keep myself from thinking
Oh no

I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah

And all my love
I'm holding on forever
Reaching for a love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again
My love

Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
My love


To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from my heart
You're all I'm thinking of

Reaching for the love that seems so far

So
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again
My love

Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
My love

Say a little prayer
Dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again

Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
My love

0 comments:

Dasar Liberalisasi Merugikan Bumiputera: Tun Mahathir

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Dr. Mahathir Tidak Gembira Dengan Dasar Liberalisasi
http://iifexpress.files.wordpress.com/2008/12/mahathir20mohamad.jpg
Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau tidak begitu gembira dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan ia menghakis kepentingan Bumiputera negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedia diamalkan sama sekali tidak menghalang Malaysia dari terus maju berbanding negara membangun lain tetapi proses liberalisasi akan membantutkan perkembangan Bumiputera.

"Faktanya ialah ketika kuota Bumiputera masih belum dipenuhi, kuota bukan Bumiputera pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan," katanya.


Klik di sini untuk selanjutnya.

0 comments:

Peterpan: Tak Bisakah



Artis: Peterpan
Lagu: Tak Bisakah

Hatiku bimbang namun tetap pikirkanmu
Selalu, selalu dalam hatiku
Kumelangkah sejauh apapun itu
Selalu kau di dalam hatiku

Ku berjalan-berjalan memutar waktu
Berharap temukan sisa hatimu
Mengertilah ku ingin engkau begitu
Mengerti kau di dalam hatiku

Tak bisakah kau menungguku
Hingga nanti tetap menunggu
Tak bisakah kau menuntunku
Menemani dalam hidupku

Ku berjalan-berjalan memutar waktu
Berharap temukan sisa hatimu
Mengertilah ku ingin engkau begitu
Mengerti kau di dalam hatiku

Dara, kau menjadi hidupku
Ke mana kau tahu isi hatiku
Tunggu sejenak aku di situ
Jalanku, jalan menemukanmu

Tak bisakah kau menungguku
Hingga nanti tetap menunggu
Tak bisakah kau menuntunku
Menemani dalam hidupku

Tak bisakah kau menungguku
Hingga nanti tetap menunggu
Tak bisakah kau menuntunku
Menemani dalam hidupku

Tak bisakah kau menungguku
Hingga nanti tetap menunggu
Tak bisakah kau menuntunku
Menemani dalam hidupku

0 comments:

Program Yang Dinanti Menjelang Tiba

Salam Kasih semua. Hari nie, bermulalah era perjalanan baru bagi sesi semester baru. Tapi, aku masih lagi dalam mood LI. Cuma, aku dah dapat pelepasan awal daripada penyelia LI aku untuk menamatkan seminggu lebih awal LI nie. Jadi, bermula pada hari nie, aku akan menikmati cuti aku. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya.

Hari nie, agendanya adalah mengemas segala perkakas dan peralatan penting yang perlu dibawa oleh aku pulang semula ke negeri paling selatan tanah air; Johor Darul Ta'zim. Mengembara semula demi menamatkan segala-galanya yang telah aku mulakan. Banyak juga barang-barang yang perlu aku bawa balik ke kampus, meskipun aku dah saring terlebih dahulu barang-barang yang melepasi tahap ISO untuk dibawa bersama. Hehehe...

Insya Allah, nanti aku akan upload sesi saringan tersebut ya. Buat masa nie, aku nak khabarkan kepada anda semua bahawa, aku baru saja terima surat pemberitahuan mengenai kem pemantapan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) yang bakal diadakan hujung minggu nie di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur melalui emel peribadi aku. Aduhai, baru aje nak masuk study mode, dah datang pula agenda baru. Tak apalah. Demi kemaslahatan semua pihak, aku turuti jua.

Nielah surat yang aku katakan. 3 helai kesemuanya. Namun, hanya muka depan saja yang ingin aku warkahkan di sini buat tatapan umum.


P/S: Nampaknya, kenalah buat persediaan awal untuk ke kem nie. Dah disertakan sekali beberapa senarai barangan dan kelengkapan yang perlu dibawa bersama semasa menghadiri kem nie kelak. Yang mengejutkan adalah pakaian formal termasuk sekali dalam senarai tue. Hmm, konsep apa yang bakal diterapkan kali nie ya? Dengar-dengar lebih terarah pada aspek pengurusan. Aspek ketahanan fizikal turut sama mengiringi sebab Penolong Pengurus Asrama kolej, Kapt. Ismadi Ismail turut sama mengisi slot. Erk!

2 comments:

Sunday, July 5, 2009

Sebagai Tanda Ingatan

Salam Warkah kepada anda semua. Hmm, edisi kali nie, aku cuma nak khabarkan beberapa keping gambar buat tatapan anda semua. Hadiah nie ingin aku tujukan kepada seseorang. Hehehe...




P/S: Gambar mug yang aku beli nie adalah khas pemberian aku kepadanya. Siapakah gerangannya empunya diri yang bakal menerima mug nie ya?

10 comments:

Hari Ini Langit Seakan Berbisik Kepadaku

http://fc01.deviantart.com/fs20/f/2007/231/a/6/Cloudy_by_Richi_Ric.jpg

Cuaca hari nie seakan-akan mendung. Lewat malam tadi, hujan lebat membasahi ruang langit sekitar kawasan perumahan aku. Berlanjutan hingga ke Subuh. Kini, hati aku terasa agak sayu. Sedikit. Mengamati perjalanan hidupku sehingga kini. Entah mengapa aku rasa seperti tue. Mungkin, perjalanan hidup aku selepas nie akan berendamkan air mata, keringat, memori, pengalaman dan segala-galanya yang bisa membawa aku ke suatu dimensi baru kelak. Ketika warkah nie dinukil, lagu-lagu yang bernada seakan-akan melankolik menghiasi ruang kamarku. Antara senarai lagunya adalah:

1. Every Little Thing You Do oleh Westlife
http://www.rockinfuture.com/wp-content/uploads/2009/02/westlife.jpg

2. Tanpa oleh 6ixth Sense
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgs3xOfi9INlqX_UKobAcnlTu3zCRXiL7Xif77_siPebkNCjUO3TL1CmZW6xsZgia0OjoBa6Kg-LUs8evO4tRJVikuSbGrNQ-39p73N_Fk5KO118INxtY37a38rCTuv23358GEIKDF92Ts/s320/6ixth-sense-tanpa.jpg

3. What I've Done oleh Linkin Park
4. New Divide oleh Linkin Park

http://vineetnov.files.wordpress.com/2009/05/pp31321-eulinkin-park-posters.jpg

5. Atas Nama Cinta oleh UNIC
6. Atas Nama Cinta II oleh UNIC

http://abp.bharian.com.my/Entertainment/ABP/ImagesLama/ceritapix/26unic.jpg


P/S: Hari nie ada serba tak kena dengan diri nie. Hmm...
Mengapa ya? Risau sebab PSM? Atau...

0 comments:

Seleksi Diari LI: Minggu 9

Jumaat/3 Julai 2009

0725 Tiba di Makmal Teknologi Biji Benih (MTBB)

0805 Menghantar draf terakhir laporan kepada penyelia industri

1245 Rehat dan Solat Jumaat

1410 Pulang semula ke MTBB

1600 Pengesahan laporan dan buku log

1645 Solat Asar

1700 Bertolak pulang dari MTBB

0 comments: