Sunday, August 30, 2009

Merdeka: Adakah Kita Benar-benar Merdeka?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah, semoga kita berada dalam rahmat-Nya. Insya Allah. Esok, tanggal 31 Ogos merupakan detik yang menjadi suatu noktah dalam sejarah terbebasnya Malaya menjadi sebuah negara yang berdaulat dari cebisan tangan-tangan penjajah.

[merdeka.jpg]

Kini, pembebasan negara sebenarnya masih lagi dinodai dengan blok pemikiran yang terikat dengan mekanisme-mekanisme yang ditaburkan oleh warga penjajah. Bukan saja dari skop pemikiran, malah budaya serta pelbagai aspek lain masih lagi dirantai oleh pihak Barat.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah sejenak, di manakah tahap kemerdekaan kita sebenarnya.

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 52 dan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua.



Mohd Fahmi bin Muhammad Mubarak
Mahasiswa Jurusan Biologi Industri
Fakulti Biosains & Biokejuruteraan
Universiti Teknologi Malaysia

0 comments:

Saturday, August 29, 2009

Diari Ramadhan: Amalan Di Bulan Mulia

Ehsan dari iLuvislam.com

4.00 pagi

1. Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu

3. Mandi dan membersihkan diri

4. Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian


4.20 pagi
1. Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa

2. Solat sunat Tahajjud
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH

3. Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita

4. Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita


5.00 pagi
1. Makan sahur
2. Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut


5.30 pagi
1. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari

2. Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan


7.00 pagi
1. Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik

2. Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkati-NYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah saw samada menyebutnya atau di hati

3. Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat


10.00 pagi
1. Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan

2. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa: Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja



12.45 tengah hari
1. Bersiap untuk solat Zohor

2. Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah

3. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembah-NYA



4.15 petang
1. Bersedia untuk solat Asar

2. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah

3. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembah-NYA


5.30 petang
1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita



6.30 petang
1. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah saw: "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima

2. Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka:

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka.”

3. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak

4. Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat Maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat


8.00 malam
1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawikh

2. Cuba pertahankan solat tarawikh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam
1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur

2. Berniatlah untuk puasa esok hari

3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah


4. Bacalah doa tidur:


"Dengan nama-MU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."


P/S: Semoga aku istiqamah dalam melakukan ibadah berkenaan. Amin...

0 comments:

Ramadhan: Keistimewaan Di Sebaliknya

Ehsan dari iLuvislam.com

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.



Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual. Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

0 comments:

Wednesday, August 26, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 44)

“Amir, duduklah dulu. Sekejap ya, aku ke dapur,” kata Nazmi seraya berlalu meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu rumahnya. Aku diam. Hanya mata saja melilau memerhatikan keindahan hiasan dalaman rumah Nazmi. Rumah keluarganya yang terletak di Bangi.

“Nah, airnya. Maaflah, lambat. Mak ayah aku tak ada kat rumah. Keluar pergi ziarah rumah kawan,” sambil menghulurkan segelas air mangga kepadaku. Aku mencapainya seraya mengucapkan terima kasih. Secangkir senyuman turut aku lemparkan kepadanya. Gelas air berkenaan aku hirup. Perlahan-lahan. Sambil cuba menghayati hiasan rumah kediaman keluarga Nazmi. Kagum.

“Amir, mama dan abah kau macam mana sekarang ni? Sihat?” Tiba-tiba terpacul soalan berkenaan dari mulut Nazmi. Soalan yang sama sekali ingin aku hindari daripada terus menerpa aku. Namun, kali ini aku tidak dapat mengelak.


Bersambung...

0 comments:

In-Team: Kasih Kekasih

Artis: In-Team
Lagu: Kasih Kekasih


Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku
Oh, kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah akan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan
Oh, kasih

Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahagia
Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

0 comments:

Monday, August 24, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 43)

“Waalaikumsalam. Eh, Nazmi. Apa khabar? Sihat?” balasku.

“Alhamdulillah, sihat. Kau pula macam mana? Dah lama kita tak berjumpa ya? Rasanya dah lebih dari 5 tahun,” ujar Nazmi seraya memeluk tubuhku. Erat.

“Yup. 5 tahun dah. Akhirnya, ketemu juga kita. Kau buat apa sekarang ni? Sejak kau menyambung pengajian kau ke Jerman dulu, sejak tu aku dah putus khabar daripada kau.”

“Aku? Aku sekarang ni balik bercuti. Cuti semester. Lepas ni aku akan terbang semula ke Jerman. Dalam tempoh 2 tahun lagi aku tamatlah pengajian kedoktoran aku,” terang Nazmi. Wajahnya tampak ceria.

“Alhamdulillah, hebatlah kau. Akhirnya, cita-cita kau termakbul jua. Jadi, berapa lama kau cuti?”

“Aku cuti dua bulan. Malas aku nak duduk lama-lama kat Jerman tu. Rimas aku dibuatnya. Lebih baik aku balik Malaysia. Boleh jugalah aku tolong keluarga aku. Eh, kau pula macam mana? Dengar khabar, kau dah graduate pengajian kau. Betulkah?”

“Ya, betullah tu apa yang kau dengar. Sekarang ni impian aku dahpun tercapai. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya. Tak sia-sia usaha kita selama ni, Nazmi.” Aku menepuk-nepuk bahu Nazmi.

“Alhamdulillah, berkat usaha kita bersama, akhirnya membawa kita ke arah cahaya kejayaan. Eh, kau buat apa kat sini? Siapa yang kau ziarah?” ujar Nazmi setelah terjengket-jengket kakinya mencari lokasi yang telah aku lawati. Dirinya tertanya-tanya. Riak wajahnya seakan-akan ingin mengetahui perkara duduk sebenar.

“Aduhai, mengapa sekarang mesti kau bertanya soalan sebegini, wahai sahabatku.” Hatinya berperang dengan dirinya. Dirinya ingin melarikan diri daripada menjawab persoalan itu.

“Aku… Aku ziarah kubur ayah dan ibu aku.” Aku cuba berselindung dari perihal yang sebenar. Sememangnya aku menziarahi kubur ayah dan ibu. Cuma, aku selindungkan hal yang lagi satu daripada pengetahuannya.

“Oh, jom. Aku hantarkan kau balik ke rumah. Tapi, sebelum tu, singgah rupa aku dulu. Bolehlah kita borak panjang. Jom,” pelawa Nazmi. Aku mengangguk tanda setuju. Namun, hati aku mula berasa gelisah.

“Ya Allah, mengapa dengan aku ni? Gelisah tak tentu pasal.” Monologku di dalam hati. Kakiku melangkah menuju ke kereta masing-masing. Nazmi mengisyaratkan supaya aku mengikutinya terus ke rumahnya sebelum memasuki ke kenderaan persendirian.

Aku mula menghidupkan enjin kenderaan BMW EX5 kesayanganku. Hatiku masih lagi dilanda perasaan gelisah yang teramat.

“Astaghfirullah. Mengapa dengan aku ni?” Getus hatiku sendirian.


Bersambung...

2 comments:

Sunday, August 23, 2009

Kelebihan Ramadhan al-Mubarak: Suatu Kesempatan

Abu Hurairah menyatakan: "Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, dan Baihaqi

Daripada Abu Hurairah: "Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Diriwayatkan oleh Imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban, dan Baihaqi

Abu Hurairah telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad, dan Baihaqi

Daripada Abu Hurairah telah berkata: "Rasullah saw telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda saw bersabda: Adapun perjanjian, maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam).
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: "Rassullah saw telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa, maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa, maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad di tangan-Nya, maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah,
Ibn Habban, dan Baihaqi



0 comments:

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan yang sebelumnya. Insya Allah.




"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

(Al-Baqarah: Ayat 183)

0 comments:

Friday, August 21, 2009

Influenza A (H1N1): RM 80

Ehsan dari malaysiakini

Ubat H1N1 maksimum RM 80
Orang ramai boleh mendapatkan ubat antivirus bagi merawat influenza A (H1N1) dengan harga tidak melebihi RM80 sekotak di semua rangkaian klinik atau hospital yang menyertai kempen klinik cegah dan rawat wabak tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3O1fm6NMzoUnui1-xu-urXq4G9UKJ-0O0VHSfDOISQojD9dKX_smEyolFJikgUYBDvH7Q2uiT-XiwPWmlWTBtdCqcaN2chwFpz0o71vjX39Dm2vRbg74j2HkMuF7FciXulx13njcrkqU/s320/liow+tiong+lai.jpg
Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, sebanyak 85 klinik dan hospital swasta di seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.

Beliau berkata di bawah kempen itu, klinik atau hospital swasta yang menyertainya akan diberikan harga istimewa bagi membeli ubat antivirus FluHalt (Oseltamivir Phospate) keluaran Syarikat Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd.

"Apabila kita beri kata putus, iaitu klinik jangan jual harga antivirus ini lebih tinggi daripada RM80."

"Saya rasa dengan jelas orang ramai boleh mendapat antivirus ini dengan lebih murah. Satu ketika dulu harganya meningkat sehingga RM180."

"Kita rasa ini adalah musim pandemik dan dengan sokongan pembekal ubatan farmasi, kita dapat mengurangkan harga ini."

"Saya harap klinik-klinik mendapatkan bekalan dan memberi rawatan dengan cepat kepada pesakit H1N1," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen klinik cegah dan rawat influenza A (H1N1) di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu tawaran harga rendah, klinik atau hospital swasta di bawah kempen ini juga digalakkan untuk mengenakan caj yang minimum bagi konsultasi kes-kes penyakit seakan-akan influenza (ILI) bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada pesakit.

Liow turut menegaskan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana klinik atau hospital swasta yang enggan memberikan rawatan kepada pesakit H1N1 sebaliknya meminta pesakit dirujuk di klinik atau hospital kerajaan.

"Sebelum ini, ramai pesakit yang pergi ke klinik dan hospital swasta diminta merujuk kepada hospital kerajaan."

"Saya harap ini tidak berlaku lagi. Sudah tiba masanya semua klinik dan hospital swasta memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam menangani wabak H1N1," katanya.

Alriz, sebuah syarikat bumiputera, dan Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan kempen bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan rawatan bagi influenza A(H1N1) dengan lebih mudah dan pada bayaran lebih rendah, di klinik-klinik peserta swasta di seluruh negara.

Sebuah laman web pelbagai bahasa www.h1n1.net.my telah disediakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai H1N1 serta membolehkan mereka mengesan klinik peserta yang terdekat dengan kawasan mereka.

Liow berkata Malaysia telah pun membuat tempahan awal bagi vaksin H1N1 dan bekalan pertama 400,000 dos akan tiba pada Oktober sementara yang kedua pada Januari.

Terdahulu, di Hospital Ampang, Liow menggesa syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa influenza A (H1N1) yang membeli insurans dengan mereka terutamanya jika pelanggan meninggal dunia akibat wabak itu.

"Ia adalah tanggungjawab sosial yang perlu mereka jalankan memandangkan ketika ini tidak semua syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa H1N1," katanya.


P/S: Vaksin yang ada kini hanyalah vaksin terdahulu yang sebenarnya tidak mampu untuk menghapuskan sepenuhnya H1N1. Produktiviti vaksin mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk dihasilkan setelah wujudnya penyakit berkenaan.

0 comments:

Idealisme Zaini Ujang & Saifuddin Abdullah: Tonggak Revolusi Semasa

Ehsan daripada HarakahDaily.Net

Selepas meninggalkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 23 tahun lalu, hanya beberapa kali saya singgah di kampus Jalan Semarak itu meskipun sering melintasinya ketika pulang dari pejabat.

Namun pada 11 Ogos lalu, saya tergerak untuk mengikuti syarahan perdana Naib Canselor, Prof Dr Zaini Ujang, bertajuk Universiti, Kreativiti, Inovasi. Dan memang berbaloi saya mengorbankan 'waktu tidur petang' selepas menyiapkan deadline Harakah.

Zaini, 43, naib canselor termuda, merupakan teman lama sewaktu aktif dalam gerakan pelajar sekitar 1984-86. Walaupun tidak berkesempatan menyerlahkan sepenuhnya daya kepimpinan beliau sewaktu menggerakkan Persatuan Mahasiswa UTM, bakat alam Zaini cukup terserlah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjOlPJbEHMw8aAxSt-siu_76k7DJXxkkmGnlCqebZsk7OXKh7LSlXO70soG_XBuECx27PG40d8sQcpAiywPdGIaFqPcDm4Npbx-aOxX69oSRMDIkML2PNK6WOap1UET0KbWd9oekJriskl/s320/vczaini_convo.jpg
Zaini Ujang

Intipati syarahannya pada petang Selasa itu mengingatkan saya idealisme Zaini yang tidak pernah pudar. Tanggapannya terhadap konsep universiti, budaya ilmu dan tugas kesarjanaan kekal segar.

Ini tidak menghairankan; Zaini dikenali sejak mahasiswa sebagai ulat buku, pencinta ilmu, yang kemudiannya penulis prolifik yang memenatkan para editor di Penerbit UTM Press!

Bayangkan untuk tahun ini sahaja sudah enam judul bukunya diterbitkan.

Antara lain Zaini mengungkapkan senario semasa yang perlu diubah: "... betapa menjadi pensyarah tidak lagi memerlukan kemantapan intelektual dan kesegaran idealisme terhadap akademia ... Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, 'kegilaan membaca dan menulis' dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting.

"Tidak ada lagi debat atau diskusi ilmiah tentang isu-isu pokok yang membabitkan perkembangan isu semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi. Kalaupun ada jarang sekali dianjurkan. Itu pun dengan segala macam syarat dan perkiraan supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif. Akhirnya aktiviti kampus yang sepatutnya meriah ilmu menjadi hambar dan lesu ..."

Walaupun kehadiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah adalah untuk merasmikan majlis syarahan perdana itu, namun ucapannya juga menggugah pemikiran dan mencetuskan minat audien.

http://profabdullah1.files.wordpress.com/2009/08/saifuddin_001.jpg
Saifuddin Abdullah

Agak lama tidak mendengar pak menteri bercakap dengan nada dan lenggok Saifuddin, terutama selepas Anwar Ibrahim dipecat. Kupasannya tentang dunia ilmu nampak original dan selari dengan Zaini.

Lebih dari itu, secara peribadi saya melihat Saifuddin mempunyai 'keberanian' tersendiri khususnya apabila membicarakan soal idealisme mahasiswa dan kaitan dengan dunia politik.

Dalam satu program Astro Awani, Saifuddin ditanya hal pembabitan mahasiswa dengan pergolakan semasa. Timbalan menteri dalam jawapannya banyak memberi ruang buat pelajar untuk bereksperimen. "Biar mahasiswa menentukan diri mereka sendiri," begitulah antara yang beliau sering tekankan.

Dari sudut ini, saya kira, jalur pemikiran Saifuddin nyata berbeza dengan rakan-rakannya dalam Umno dan kerajaan. Malah ketika menyampaikan ucaptama dalam kongres anjuran Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), 8 Ogos lalu, beliau dilaporkan memuji penganjurnya kerana lantang berjuang supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda.

Dalam sidang media selepas itu, Saifuddin berkata, selepas pindaan Auku, mahasiswa boleh terlibat lebih banyak dalam politik.

Ditanya sama ada kementeriannya telah mengenal pasti mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi anti-ISA, 1 Ogos, Saifuddin hanya menjawab "tidak ada". Lebih menarik apabila beliau menyoalnya kembali: "Apa masalahnya dia hendak demonstrasi?"

Saifuddin dan Zaini mungkin dilihat sebagai watak-watak baru yang diharap berupaya memecahkan kongkongan lapuk di kampus-kampus, yang sekian lama menderita terpasung.

Malangnya lebih ramai pentadbir universiti, apatah lagi golongan penguasa, yang terus terikat dengan pendekatan kuno, dan meletakkan warga kampus dalam penjara terbuka.

Moga-moga dua anak muda ini, yang rasanya rapat secara peribadi dengan Perdana Menteri, berjaya menggapai impian mereka meskipun saya masih sangsi Najib Razak akan membuka ruang selesa buat mereka.

0 comments:

Thursday, August 20, 2009

Ijazah: Mengaplikasikan Ilmu Atau Sekadar Dalam Genggaman Semata-mata?

Assalamualaikum dan Salam Warkah. Alhamdulillah, akhirnya telah selesai jua sebuah Majlis konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke 43 pada tarikh 19 Ogos lalu. Ucapan dan kalungan tahniah saya tujukan khas buat para graduan yang telah berjaya memperoleh segulung ijazah dalam genggaman mereka. Pada firasat saya, belum terlambat lagi untuk melontarkan ucapan penghargaan berkenaan kepada kalian semua.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ53zHgt8vrHiqicIjl3xW3hxDGOuF_wxaawV9aoNgxkSWByynNCo8oTJnSWZn18Yx3LLQh6dkb6Z5c_OOJaTVl9Df56QBfJ4-LfWusZzBJOWnmxo7rSN2830cqg-ew7abIVPbVA9g/s1600/36108499.jpg

Majlis konvokesyen yang diadakan pada kali ini agak berlainan sekali berbanding yang sebelumnya selama mana saya menuntut gagasan ilmu di universiti tercinta ini. Inilah merupakan kali pertama majlis konvokesyen diadakan dalam suasana yang berjaga-jaga dengan status kesihatan Influenza A (H1N1) yang teruk melanda global kini. Sebagai langkah pencegahan daripada terusnya menular wabak penyakit berkenaan yang telahpun diisytiharkan sebagai status pandemik pada beberapa bulan yang lain oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesemua graduan serta ahli keluarga diwajibkan untuk memakai topeng penutup mulut dan hidung. Ini adalah langkah dan inisiatif daripada pihak pentadbiran universiti bagi membendung masalah wabak ini daripada terus merebak.

Untuk pengetahuan semua, majlis konvokesyen pada kali ini telahpun memasuki edisi yang ke 43. Majlis konvokesyen ini dianjurkan oleh pihak pentadbiran universiti adalah sebagai salah satu wadah penganugerahan dan pengiktirafan terhadap segala usaha dan penat lelah para graduan dalam mengharungi detik-detik dan liku-liku hidup sepanjang kelana ilmunya di universiti. Namun, pernahkah kalian semua terfikir mahupun tergambar di fikiran dan minda bahawa sejauh mana ijazah yang kita bakal dan telahpun peroleh mampu kita aplikasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ianya adalah sekadar suatu simbol bahawa kita telahpun mengakhiri sesuatu fasa dan tempoh dalam memperoleh ijazah berkenaan? Apakah kita mampu mengaplikasikan dan menterjemahkannya dalam kehidupan harian kita terutamanya untuk ditaburkan kepada masyarakat agar boleh digunakan sebagai manfaat bersama? Saya sendiri masih lagi tertanya-tanya sehingga kini, adakah segala ilmu yang telah saya pelajari selama ini hanyalah untuk diabdikan terhadap peperiksaan semata-mata. Sehingga kini, saya masih lagi terkesan dengan tutur kata daripada seorang pensyarah saya mengenai isu ini. Di manakah letaknya ilmu seseorang sekiranya ijazah yang diperolehnya kelak hanyalah sebagai suatu lambang dan simbol, namun hasilnya tiada terhadap diri dan masyarakat di sekelilingnya.

Di sinilah persoalan yang menjadi tema utama, di mana kompetensi bakal-bakal graduan yang lahir ini, mampu untuk cemerlang dan mengadaptasikan segala proses ilmu yang diperolehnya semasa melalui alam pekerjaan kelak. Saban tahun, kita sendiri ada yang mendengar khabar berita bahawa graduan yang menganggur semakin meningkat nilainya, lebih-lebih lagi dengan kemelesatan ekonomi global yang melanda negara.

Kebanyakan ilmu yang dipelajari hanyalah bersifatkan teori semata-mata. Namun, di sinilah cabarannya bermula apabila para graduan melangkah ke alam pekerjaan. Bermula pada detik tersebut, pengaplikasian ilmu menjadi nadi dan tonggak utama dalam menentukan bahawa bernilainya seseorang graduan berkenaan terhadap sektor pekerjaan terbabit.

Oleh yang demikian, pembelajaran ilmu secara teori dan praktikal perlu diseimbangkan agar piawaian graduan lepasan universiti kelak mampu bersaing secara kompetitif dengan kumpulan masyarakat di luar sana. Biarlah graduan yang dilahirkan nanti mampu untuk cemerlang dan berjaya sebagai seorang insan yang boleh berdikari dan bersaing secara sihat meskipun berada dalam situasi yang sukar.

Semoga majlis konvokesyen edisi kali ini yang telah berakhir kelmarin berupaya memberikan suatu dimensi baru terhadap para graduan dalam meneruskan perjuangan kehidupan di peringkat yang berbeza serta menjadi medan terhadap para mahasiswa yang masih lagi menuntut untuk berusaha dengan lebih gigih lagi agar supaya menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Insya Allah.

Selamat Maju Jaya dan wassalam.

0 comments:

Bermulanya Bahtera Perjalanan PSM...

Salam Muhibbah. Alhamdulillah, akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga mahasiswa Fakulti Biosains & Biokejuruteraan (FBB) menjadi realiti. Hari pmebentangan proposal Projek Sarjana Muda (PSM) yang diadakan bermula kelmarin, 19 Ogos, bertempat di 3 lokasi berbeza, iaitu di C08 408, C08 409 dan Bilik Mesyuarat C08. Pembentangan proposal di ketiga-tiga lokasi berkenaan dijalankan serentak bermula jam 2 petang. Sesi berikutnya akan disambung pada 26 & 27 Ogos hadapan.

Situasi di Bilik Mesyuarat C08

Situasi di kelas C08 409

Situasi di kelas C08 408

Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa proses pembentangan ini merupakan kali kedua diadakan secara rasmi, di mana seluruh mahasiswa tahun akhir diberi pendedahan bagaimana untuk membentangkan hasil kerja dan projek kajian masing-masing dalam suasana dan simulasi sebenar sebelum melangkah masuk ke simposium sebenar yang wajib dihadiri semasa berada di semester akhir kelak. Jadi, sekurang-kurangnya 2 orang panel penilai akan menilai setiap mahasiswa yang akan memmbentangkan hasil kajian mereka. Meskipun ini hanyalah sekadar pembentangan proposal, namun, jika proses tersebut diambil enteng oleh mahasiswa, maka, kemungkinan besar tajuk kajian mereka akan ditolak dan diminta untuk mencari tajuk yang baru dengan merujuk semula kepada penyelia mereka masing-masing. Betapa gusarnya saya ketika mendengar situasi terbabit.


P/S: Kepada mereka yang akan membentangkan proposal PSM pada sesi akan datang, marilah kita bersama-sama mengharungi dengan jayanya. Amin...

0 comments:

Wednesday, August 19, 2009

Kawalan Jangkitan Influenza A (H1N1) Semasa Di Rumah

Ehsan dari iLuvislam.com



1. Amalan adab batuk yang baik
• Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri

Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol.
• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi

• Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4. Menjarakan diri (social distancing)
• Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit (sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.

Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah

Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:
1. Sukar benafas.
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.
3. Sakit dada berterusan.
4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas 3 hari pulih.
6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang respon kepada rangsangan, sawan.
7. Penig bila berdiri.
8. Kurang membuang air kecil.

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 42)

15 Tahun Kemudian…

“Abah, mama. Amir datang ni.” Aku mengusap-usap batu nisan di hadapanku. Hatiku sayu melihatkan dua orang insan yang begitu penting bagi diriku telah pergi menyahut Ilahi. Sudah 3 tahun lamanya aku menongkah hidupku tanpa kelibat mereka di sini. Kubur ayah dan ibuku juga terletak tidak jauh dari tempat abah dan mama dikebumikan.

“Mama, abah. Amir datang ni nak beritahu yang Amir bakal berkahwin tak lama lagi. Tapi, Amir rasa perkahwinan Amir ni tak meriah sebab mama dan abah tiada di sisi Amir untuk bersama-sama meraikannya.” Bintik-bintik air jernih mula berjurai rebah namun disekaku, cepat.

“Mama, abah. Semoga perkahwinan Amir dengan bakal isteri Amir ni mendapat restu mama dan abah. Amir doakan mama dan abah sentiasa bahagia dan tenang di sana. Tunggu Amir ya.”

Setelah selesai menjirus dengan air mawar, aku menggulung tikar mengkuang yang dibawaku bersama. Kubur ayah dan ibu juga telah aku ziarah. Kini, aku melangkah longlai. Pulang.

“Assalamualaikum,” sapa seseorang dari belakangku.


Bersambung...


*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Tuesday, August 18, 2009

Bingkisan Sempena Pembentangan Proposal PSM...

Salam Harmoni kepada semua. Warkah pada kali nie khas ditujukan kepada semua rakan taulan yang bakal membentangkan proposal Projek Sarjana Muda (PSM) yang bakal bermula secara rasminya pada esok hari, 19 Ogos 2009. Semoga kalian semua berjaya menempuhinya. All the best guys.


P/S: Semoga kita semua berjaya melaluinya dengan gemilang. Amin...

0 comments:

Selamat Hari Lahir Sahabat...

Assalamualaikum dan Salam Harmoni...

Untuk edisi warkah kali nie, saya ingin tujukan khas kepada sahabat saya yang seorang nie, bersempena dengan tarikh hari lahirnya yang ke 21 pada 17 Ogos. Maaflah sebab terlewat sehari menukilkannya. Kesibukan yang melampaui batas namun, alhamdulillah, saya berpeluang juga mencoretkan sesuatu di sini kepadanya.

Profil Diri
Nama: Mohd Fadzli Ismail
Negeri Kelahiran: Kelantan Darul Naim
Status: Masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal Tulen




P/S: Semoga berjaya menjawab soalan ujian pada malam nie dan esok ya.

0 comments:

Sunday, August 16, 2009

Kesibukan Bermaharajalela

http://dianechamberlain.com/blog/uploads//2008/02/iStock%20workload.jpg

Hidupku kini disirami dengan suasana sibuk yang tidak tahu bila ianya akan berakhir. Namun, itulah hakikatnya kehidupan sebagai seorang pelajar. Tidak pernah lekang daripada kesibukan yang sentiasa meniti sepanjang laluan seiring dengan perjalanan seseorang pelajar tersebut.

Seringkali, aku pernah terfikir, sejak bila aku mempunyai kehidupan aku yang agak bersenang-lenang? Sepanjang pengamatan hidup aku sehingga kini, aku belum pernah lagi merasai hidup yang agak relaksdan bersahaja. Sejak aku di bangku sekolah lagi, aku selalu saja tidak pernah melekat di rumah tercinta. Ada saja perkara dan hal yang perlu aku selesaikan. Hmm, mungkin benar apa yang diperkatakan oleh teman-teman aku semasa aku di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dahulu.

Teman 1: Fahmi, kau nie asyik sibuk aje? Mengalahkan perdana menteri. Perdana menteri tak macam kau, tahu?

Teman 2: Kau nie ke mana, Fahmi? Sibuk memanjang aje. Sampaikan masa dengan kitorang pun kau tak ada.

Teman 3: Kenapa dengan kau nie, Fahmi? Dari tadi lagi aku tengok kau nie asyik mengelamun aje. Apa yang merunsingkan kau nie? Ceritalah kat aku.

Teman 4: Fahmi, tadi Pn. Rabiah nak jumpa kau. Ada perkara penting katanya. Pn. Nora pun nak jumpa kau juga. Haa, baru aku teringat. Tadi, En. Jasmin ada benda nak bagi kat kau. Pasal raptai untuk perbarisan kejohanan sukan sekolah nanti.


Begitulah senario kehidupan aku terdahulu. Tak pernah lekang daripada kesibukan yang sentiasa mencari dan memburu bayang-bayang aku. Sehingga kini pun, aku masih lagi terasa senario yang sebegitu rupa. Namun, yang amat menghairankan aku, mengapa aku seringkali tidak menyedari yang aku terlalu sibuk? Hanya teman-teman rapatku yang seringkali mengutarakan pertanyaan yang sebegitu rupa. Adakah aku nie sebenarnya telah lali dengan kehidupan yang sebegini rupa atau sebenarnya mereka yang berada di sekeliling aku ni risau dengan pergerakan aktif aku nie? Hmm...

0 comments:

Ke Mana Arah Tujuku Kini?

http://www.dukembanetimpact.org/img/Direction.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu nie, bermulalah sebuah coretan kehidupan aku yang terlalu sibuk dan memenatkan. Segala tugasan yang diberikan oleh para pensyarah menampakkan bahawa tiada lagi jalan keluar dan pintas untuk mencari secicip kedamaian dan keharmonian yang digilai oleh setiap insani.

Namun, saya amat terkesan dan terkesima dengan ucapan dan perkataan yang diberikan oleh salah seorang pensyarah saya secara bersahaja, namun penuh makna.

Pensyarah: Saya mahu pelajar saya yang berada dalam kelas ini benar-benar mencapai standard dalam memiliki degree anda nanti. Saya tak mahu ada di kalangan anda yang keluar dari universiti ini hanyalah berdasarkan degree berkenaan namun tiada apa yang boleh dibanggakan. Saya mahu graduan yang keluar dari universiti ini mempunyai high quality.

Begitulah ayat-ayat yang diucapkan olehnya. Sehingga ke hari nie, saya masih lagi memikirkan baris ayat-ayat tersebut sehinggakan saya terbawa-bawa dalam setiap episod perjalanan diri saya. Hmm, memang benar apa yang diperkatakan oleh beliau. Saya sendiri tidak pasti apa yang saya pelajari selama saya berada di universiti nie mampu memberikan sesuatu yang bermanfaat dan berguna terhadap masyarakat.

Ya Allah, aku mohon pada-Mu. Berikanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku agar aku mampu memberikan sesuatu yang berguna dan bermanfaat terhadap mereka yang berada di sekeliling aku. Berikanlah kefahaman yang tinggi terhadap apa jua ilmu yang aku pelajari dan juga aku mampu untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

0 comments:

Friday, August 14, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 41)

“Ayah dan ibu Amir dah lama pergi. Mereka meninggal dunia,” sambung mama lagi setelah kekuatan yang dicarinya hadir dari sinar mata Amir. Amir tersentak dengan kenyataan mama. Namun, dikawal jiwanya itu. Ada lagi yang perlu diketahuinya daripada pengetahuan mama.

“Ibu Amir meninggal sewaktu melahirkan Amir. Beberapa tahun kemudian, ayah Amir pula pergi sewaktu misi pengaman tentera di wilayah Afrika Selatan. Ketika itu abahpun turut sama menyertai misi pengaman tu bersama-sama dengan ayah Amir.” Mama terhenti seketika. Dilihatnya Amir. Masih diam membisu menantikan kenyataan seterusnya. Mama masih lagi mengusap jemari Amir yang halus itu.

“Ayah dan abah sebenarnya adalah adik-beradik. Abah adalah adik kepada ayah Amir.” Beberapa butir manik jernih jatuh menimpa tangan Amir. Mama menangis. Amir bingung. Menangis kerana akhirnya realiti kenyataan telahpun dirungkai atau hatinya pilu memikirkan keadaan diri anaknya yang seorang ini. Amir mula dirundum perasaan serba salah.

“Mama, terima kasih ya sebab menjelaskan situasi sebenar kepada Amir. Rasanya, cukuplah apa yang mama perihalkan terhadap persoalan yang Amir tanya tadi. Terima kasih Amir ucapkan kepada mama kerana sanggup menjaga dan membelai Amir dengan kasih sayang. Terima kasih kerana sanggup menerima Amir untuk menjadi sebahagian daripada keluarga mama. Amir benar-benar terhutang budi. Amir, Amir…” Ayat Amir terhenti di situ. Seakan suaranya hilang punca untuk meneruskannya. Air matanya berjurai jatuh membasahi pipinya yang kelihatan cekung.

“Sudahlah Amir. Mama mengerti apa yang Amir rasa. Mama minta maaf sekiranya merahsiakan hal ni daripada Amir untuk suatu tempoh yang lama. Amir tak sampai hati nak khabarkan kepada Amir.” Esakan kecil Amir mula beralun dan bergabung dengan suasana ketika itu.

“Amir nak minta ampun dan maaf daripada mama. Amir dah banyak menyusahkan kehidupan mama dan abah dalam membesarkan Amir. Amir dah banyak buat silap dan dosa terhadap mama dan abah.”

“Amir, Amir. Mama dan abah tak pernahpun anggap kehadiran Amir dalam hidup kami sebagai bebanan. Malah, kami sendiri bersyukur kerana dengan adanya Amir, hidup kami taklah sunyi. Amir adalah segala-galanya bagi mama dan abah. Mama dan abah dah anggap Amir ni macam anak kami sendiri.”

“Mama, nanti, hujung minggu ni kita pergi ziarah kubur ayah dan ibu ya. Amir teringin sangat nak pergi.”

“Insya Allah, nanti mama bincang dengan abah ya.”

“Terima kasih mama.” Aku terus memeluk erat tubuh mama. Akhirnya, segala kekusutan dan persoalan yang dirantai selama ini terungkap sudah. Aku bersyukur kepada-Nya kerana mempunyai insan yang sanggup menjaga aku seperti anak kandung mereka sendiri. Tidak sedikitpun kurangnya kasih sayang yang mereka curahkan kepada aku. Malah, aku ini boleh diibaratkan sebagai ‘menatang minyak yang penuh’. Tidak satupun kekurangan yang wujud hadir dalam kamus hidupku.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments:

Belasungkawa: Pergi Tak Kembali

Ihsan dari Berita Harian Online

Vokalis Utama Rabbani Meninggal
KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat sakit jantung, pagi semalam.

Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan.

Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang, Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.


Berita selanjutnya boleh dibaca di sini.


P/S: Semoga arwah dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan dalam golongan yang soleh. Amin...

0 comments:

Wednesday, August 12, 2009

Reunion JKM'08

Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita semua berkumpul untuk mengadakan reunion nie. Terima kasih yang tak terhingga kepada penganjur program nie. Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke akhirnya. Kepada sahabat-sahabat perjuangan, jangan lupa kenangan dan memori kita sepanjang kiat bersama. Meskipun kita pernah bertikam lidah dan hati terguris sejak kita bekerja bersama-sama, namun, tue adalah lumrah kehidupan. Adakalanya kita bermasam muka, ada ketikanya kita bergelak ketawa. Sem0ga ianya diabadikan dalam ingatan dan sanubari kita.

Berikut adalah gambar yang sempat saya ambil buat tatapan memori kita bersama.
Tarikh: 11 Ogos 2009
Lokasi: Rumah Limas, Danga Bay
Masa: 2030 - 2330










P/S: Saudara Mohamad Hafifi Mohd Kahar tidak hadir ke majlis tersebut disebabkan pertembungan dengan acara fakultinya. Insya Allah, semoga kita semua dapat berkumpul lagi di pertemuan akan datang.

2 comments:

Renungan Bersama...

Assalamualaikum dan Salam Kasih. Terima kasih kepada semua sahabat Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) 2009 kerana memberikan komen dan nasihat. Semoga ukhuwah di antara kita berkekalan dan terus teguh hingga ke akhirnya. Insya Allah.

Sebahagian JKM siswa yang hadir

Sebahagian JKM siswi yang hadir

"Jadilah seperti pohonan kelapa yang berdiri teguh menghadapi badai ombak. Namun, janganlah jadi seperti butiran pasir di persisir pantai. Semakin terhakis tatkala ombak menghempas pantai."

0 comments:

Sunday, August 9, 2009

Perginya Sebuah Kenangan...

Salam Warkah. Hari ini berlalu pergi sebuah cerita yang sama-sama dibina sejak awal lagi. Meskipun terpisah disebabkan perkara tersebut, namun, Insya Allah, apa yang saya harapkan adalah agar kalian semua tabah dalam memacu diri ke hadapan. Ingatlah bahawa kasih dan ukhuwah sesama kita akan dipereratkan lagi. Sesungguhnya, kalian yang hadir adalah sebuah permata yang menyinari dan merencana kehidupan ini.

0 comments:

Semarakkan Ramadhan...

Assalamualaikum dan Salam Pedoman.


Alhamdulillah, akhirnya, berlangsunglah sudah sebuah program yang dianjurkan oleh Pusat Islam, Masjid Sultan Ismail pada hari Jumaat lepas. Ceramah yang disampaikan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, iaitu Dato. Noh Gadot sememangnya dinanti-natikan oleh seluruh warga kampus Universiti Teknologi Malaysia. Meskipun, tanpa kehadiran Yang Berbahagia, Prof. Dato. Ir. Dr. Zaini Ujang kerana mempunyai beberapa urusan penting yang perlu dilaksanakan, alhamdulillah, penganjuran program sebegini sememangnya membangkitkan semangat mengimarahkan Ramadhan yang bakal bertandang kurang dari 2 minggu saja lagi.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Pusat Islam kerana menyahut seruan yang sebegitu rupa. Semoga kegemilangan institusi Masjid Sultan Ismail sebagai Pusat Islam mampu membawa dimensi yang gah dalam memperjuangkan syiar Islam di bumi UTM ini, khasnya dan seluruh pelusuk tanah air, amnya.

0 comments:

Thursday, August 6, 2009

Intellectual Discourse Lagi?

Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Pada hari Rabu yang lepas, bersamaan dengan 5 Ogos 2009, sebuah program yang dinamakan 'Intellectual Discourse' telah diadakan di C08 408. Nie adalah program kedua seumpamanya diadakan setelah ianya dilaksanakan pada minggu lepas. Sepatutnya, minggu nie telah bermulanya sesi pembentangan proposal bagi Projek Sarjana Muda (PSM) untuk fakulti saya.

Penceramah, Dr. Majed Abd Kadeer semasa sesi berkenaan

Sebahagian para pelajar dan pensyarah yang turut hadir semasa sesi berkenaan

Namun, disebabkan hadirnya tetamu khas dari luar, maka program berkenaan perlu dilaksanakan dan sesi pembentangan tersebut dianjakkan tarikhnya 2 minggu dari sekarang. Alhamdulillah, dapatlah juga saya bernafas untuk seketika meskipun tiada ruang yang secukupnya untuk melepaskan lelah sepuas-puasnya. Tajuk Intellectual Discourse nie adalah 'Selective Topics in Molecular Biology and Organic Chemistry' dan penceramahnya berasal dari Yaman. Dr. Majed Abd Kadeer yang berkelulusan dalam bidang Protein Crystallography dari Nottingham.


P/S: Kini, diri saya masih lagi sedang bertungkus lumus menyiapkan slide presentation yang bakal ditunjukkan kepada penyelia saya pada esok hari. Aduhai...

6 comments:

Wednesday, August 5, 2009

Dekan Nak Jumpa?

Salam Warkah semua. Hari nie, dalam masa beberapa minit tadi, saya baru saja membuka email saya. Seperti biasa, saya akan membaca setiap helaian email yang dihantar kepada saya. Namun, saya tertarik terhadap satu email yang saya rasakan amat lain. Rupa-rupanya, mesej daripada dekan saya melalui Facebook.

Mesej tue tertera:
Proposal dah siap?
Salam Fahmi. Boleh tak you dan Syuk datang jumpa saya dengan proposal dan ppt?

Mak aih. Berderau darah saya masa tue. Terkedu. Memang saya terkejut. Tapi, dalam masa yang sama, saya mampu berfikiran waras dengan terus menelefon teman saya, Shukri untuk memberitahu perkara tersebut. Memang masing-masing dah boleh duga mengenai hal nie namun tak sangka bahawa dekan saya sanggup menghantar mesej sedemikian rupa dengan menggunakan aplikasi Facebook.

Nampaknya, kena berhempas pulaslah beberapa hari nie untuk siapkan PowerPoint presentation slide. Aduhai...


P/S: Apalah agaknya reaksi dekan nanti ya?

0 comments:

Tuesday, August 4, 2009

JKM '08: Kembali Bersua...

Assalamualaikum dan Salam Kasih kepada semua. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menitipkan sesuatu di sini. Warkah kali nie, saya ingin mencoretkan sebuah perjumpaan yang diadakan buat julung kalinya setelah kami semua berpisah atas dasar pegangan tanggungjawab dan amanah yang telah terlerai dalam genggaman kami semua setelah ianya dilaksana selama setahun.

Semalam, tanggal 3 Ogos 2009, jam 9 malam bertempat di Dewan Merdeka, Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia, telah diadakan sebuah perjumpaan di kalangan kami, kaum keluarga Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra bagi sesi lepas, iaitu sesi 2008. Agenda perjumpaan nie adalah menjurus terus terhadap beberapa isu dan perkara yang ingin kami selesaikan iaitu antaranya adalah program reunion yang bakal kami adakan kelak. Alhamdulillah, saya merindui saat-saat sedemikian rupa. Bergelak ketawa, bergurau senda malah tidak lupa juga sesi bertikam lidah.

Tuelah lumrah kehidupan dalam berorganisasi. Adakalanya kita sering seiringan dalam sesuatu pendapat atau cadangan, namun ianya juga tidak lekang dengan segala bangkangan dan ketidak puasan hati yang melanda terhadap sesuatu isu dan agenda yang dibangkitkan. Baiklah, letih nak menaip baris-baris ayat, namun saya sempat mengambil beberapa foto buat tatapan semua. Setiap yang terakam dalam foto nie membawa pelbagai ritmanya yang tersendiri.

Penulis bersama-sama dengan mantan Timbalan Pengerusi JKM '08, saudara Amir Hamzah Othman

Sebahagian keluarga siswi yang hadir ke perjumpaan tersebut

Sebahagian keluarga siswa JKM '08 yang hadir

Penganjur bersama perjumpaan nie, saudari Nik Shazwani Afifah Nik Sazali (tiga dari kanan) dan saudari Nur Haizarisha Suratman (dua dari kanan)


P/S: Hanya saudari Siti Safirah Adiman saja yang tidak dapat hadir ke perjumpaan tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

0 comments:

H1N1: Suatu Propaganda Yahudi?

Ihsan dari iLuvislam.com

Sehingga hari ini, dilaporkan 429 kematian diseluruh dunia disebabkan oleh virus H1N1. Laporan ini dikeluarkan berdasarkan statistik yang dibuat merangkumi 135 buah negara. Jumlah kematian tersebut jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah jangkitan yang dilaporkan iaitu 94,450 kes. Berdasarkan perkiraan, kadar kematian ini hanyalah 0.45%, iaitu kurang daripada 1%. Adakah ia bermakna bahawa penyebaran virus ini bukanlah suatu yang membimbangkan?

Pelbagai langkah keselamatan yang telah dilakukan oleh negara-negara seantero dunia bagi memastikan virus tersebut tidak menular masuk ke dalam negara mereka. Jakarta sebagai contoh telah mengambil langkah dengan memberi 73,000 vaksin kepada pusat kesihatan awam dan hospital di seluruh bandar tersebut. Burma dan Singapura pula tidak ketinggalan dengan perancangan mengawal pergerakan masuk dan keluar penumpang di lapangan terbang masing-masing, dengan mengambil suhu badan para penumpang dan menggunakan pengimbas suhu badan (thermal scanner).

Kata-kata ‘mencegah lebih baik daripda merawat' (prevention is better than cure) adalah apa yang diamalkan, untuk mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini daripada terjadi di dalam sesebuah negara. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari iaitu, "Allah SWT tidak akan menurunkan sesuatu penyakit tanpa turut memberi penawarnya. "Melalui hadis ini, kita dapati bahawa setiap penyakit pasti ada penawar ataupun ubatnya yang disediakan oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sehingga hari ini, masih ada penyakit yang tidak ditemui penawarnya. Tetapi, hadis tersebut juga membawa makna bahawa mencegah adalah salah satu cara untuk merawat bagi penyakit-penyakit yang masih tidak ditemui ubatnya ini. Malah, tidak dapat dinafikan bahawa mencegah adalah salah satu bentuk antidote yang berkesan!

Dalam usaha semua negara di atas muka bumi ini bersiap sedia menghadapi sebarang serangan yang bakal dibuat oleh virus ini, timbul beberapa persoalan yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita.


Senjata Biologi
Pernahkah anda dengar tentang ‘senjata biologi' (biological weapon)? Mungkin ada antara kita yang pernah dengar tentangnya, tetapi tidak begitu mengetahui mengenainya. Mungkin kerana sikap diri yang merasakan tidak perlu untuk mengetahui tentang sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri sendiri. Sedangkan perlu untuk diketahui bahawa seseorang yang cetek ilmunya akan mudah ditindas dan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu. Maka, sewajarnya sebagai seorang individu muslim,untuk sentiasa bersiap sedia dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Musuh; sama ada yang mampu dikesan oleh pancindera ataupun tidak, sentiasa berlegar-legar untuk menjatuhkan kita. Musuh ini terkadang bukan sahaja berniat tidak baik terhadap umat Islam, malah kepada sesiapa sahaja yang pada pandangan mereka yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

http://syntheticbiology.site.googlepages.com/bacteriahydrocarbons-jj-001.jpg/bacteriahydrocarbons-jj-001-full.jpg
Gambar Hiasan

Senjata biologi ini boleh ditakrifkan sebagai ‘senjata' yang diperbuat menggunakan agen seperti mikrob (bakteria, virus dan lain-lain) untuk melumpuhkan musuh. Agen ini akan merosakkan proses biologi (biological process) sel-sel badan manusia atau pun haiwan serta tumbuhan, yang dianggap sebagai ‘musuh' tadi. Ciri-ciri yang membolehkan pemilihan kepada sesuatu agen ini ialah ianya murah serta mudah didapati, senang untuk dipindahkan daripada satu individu ke satu individu yang lain, dan bertoksik tinggi.

Virus influenza H1N1 berasal daripada virus influenza type A. Virus dikategorikan sebagai benda bukan hidup (non living thing), tetapi, berbeza dengan benda bukan hidup yang lain, virus mampu membiak dengan bantuan sel rumah (host cell). Kebiasaannya, sel rumah yang digunakan untuk tujuan pembiakan virus ini ialah sel-sel badan manusia, haiwan mahupun tumbuhan-tumbuhan. Hal ini adalah kerana, sel-sel ini mempunyai keupayaan untuk memberi nutrient kepada virus tersebut untuk membiak.

Bagi mereka yang mempunyai ilmu tentang ini, sudah tentu mereka akan mempunyai pandangan yang lebih jauh ke hadapan. Maka, bukanlah suatu yang mustahil jika ada pihak yang mendakwa bahawa virus influenza H1N1 ini, adalah salah satu bentuk penyerangan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu.


Trudeau Institute
Dakwaan-dakwaan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa bukti dan perkaitan yang mungkin mempunyai hubung kaitnya. Antaranya ialah apabila Pengarah Makmal Universiti of Rockefeller diberi anugerah perubatan beberapa hari sebelum berita tentang influenza ini terjadi. Pengarah tersebut juga merupakan Ketua Pengarah di sebuah institut penyelidikan vaksin yang dilantik oleh kerajaan Amerika, Trudeau Institute . Institut ini juga bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan Amerika. Individu yang dimaksudkan ialah Dr. Ralph Steinman. Kepakaran yang dimiliki oleh beliau dalam bidang "dendritic cells" dan pemvaksinan memungkinkan beliau dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu. "Dendritic cells" berperanan dalam menghasilkan tindak balas terhadap immune badan. "Dendritic cells" ini juga memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan badan kerana ia termasuk di dalam sistem pertahanan pertama (primary immune response). Apabila suatu mikroorganisma berbahaya bertindak untuk menyerang badan manusia, sistem pertahanan pertama memainkan peranan yang penting dalam mengawal kemasukan mikroorganisma tersebut. Jadi, peranan yang dimainkan oleh sel tersebut adalahyang terpenting. Seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang nya mampu memanipulasi, mahupun mengawal fungsinya. Jadi, apabila apabila ada pihak yang mahu menggunakan senjata biologi sebagai alat untuk menyerang, adalah suatu yang penting untuk mereka ketahui proses perjalanan sistem pertahanan badan manusia.

http://esciencenews.com/files/images/200902121124581.jpg
Trudeau Institute

Dakwaan yang kedua pula ialah berdasarkan ucapan yang telah dibuat oleh Dr. David L. Woodland, iaitu Presiden dan Direktor Trudeau Institute. Ucapan tersebut dibuat oleh beliau pada bulan Oktober tahun 2008, iaitu lebih kurang 5 bulan sebelum virus influenza H1N1 menghantui penduduk dunia. Institut tersebut turut diberi bantuan sebanyak $1.6 juta atas tujuan pembiayaan untuk pembangunan vaksin bagi sesuatu pandemik influenza. Apabila diteliti ucapan yang dibuat oleh beliau, beliau seperti dapat menjangka bahawa satu pandemik akan muncul di atas muka bumi ini. Jadi, timbul suatu keraguan diatas ucapan tersebut. Apakah beliau, mahupun pihak-pihak yang bersekutu mempunyai suatu kuasa yang membolehkan mereka menjangkakan dan meramal sesuatu yang terkehadapan? Ataupun adakah mereka yang mendalangi pandemik tersebut? Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.

Peristiwa runtuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001, juga di dakwa sebagai salah satu muslihat yang dibuat oleh pihak tertentu untuk memburukkan nama Islam. Bermula daripada tarikh tersebut perkataan "terrorism" semakin mendapat tempat di bibir penduduk dunia. Penggunaan istilah tersebut didakwa digunakan oleh pihak tersebut dalam usaha mereka mendesak U.S Senate untuk membuka semula Biological Weapon Programme yang pernah ditutup dibawah Protokol Geneva. Secara generalnya, protokol ini telah menghentikan sebarang penggunan senjata biologi, dimana boleh dikatakan seluruh negara telah menandatangai protokol ini sebagai persetujuan. Namun, ada pihak yang menjadikan peristiwa 11 September sebagai alasan untuk menggunakan kembali senjata biologi ini dengan alasan bahawa ada kemungkinan "terrorist" menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Bukanlah suatu yang mudah untuk menentukan sama ada sesuatu pandemik yang terjadi itu adalah hasil daripada serangan secara biologi oleh pihak yang tertentu, ataupun tidak. Jika benar ia adalah suatu penyakit yang telah dirancang dengan hebatnya, sudah tentu si perancang akan berusaha untuk menafikan segala perbuatannya. Penafian demi penafian akan dibuat, dalam masa yang sama segala bukti akan cuba ditutup dan dikaburkan agar agenda mereka yang sebenar tidak kelihatan. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.


Waspada dan Beringatlah
Bagi pihak yang yakin dengan usaha penyerangan menggunakan senjata biologi ini, sudah pasti penyiasatan demi penyiasatan akan dilakukan sehingga mereka dapat membongkar satu demi satu kebenaran. Seharusnya, sebagai salah seorang penduduk di muka bumi ini, kita perlu untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Apabila sekali kita telah dicerahkan dengan satu pembongkaran dan diberi maklumat tentang sesuatu, tentang kepincangan sesuatu, usah lagi berdiam diri, sebaliknya bertindaklah. Jikalau pun kita tidak mampu untuk menyiasat hingga ke akar umbi, paling tidak, beringatlah! Apabila muncul satu demi satu musibah dan masalah, ligatkan akal untuk berfikir mengenainya. Bukan bersangka buruk terhadap sesetengah pihak semata, tetapi berfikir juga untuk menyelamatkan ummah. Jika benar ianya adalah perancangan daripada pihak musuh, kita berikhtiar untuk ‘menyelamatkan' diri dan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, dengan berfikir untuk ‘menyelamatkan' diri dan masyarakat daripada dijangkiti oleh virus influenza H1N1, ia sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam ini sendiri. Istilah ‘menyelamatkan' ini merangkumi melindungi mereka (umat Islam) yang membantu membawa agama Allah ini, agar tiada yang menjadi ‘mangsa korban' bagi influenza ini.

Bukan itu sahaja, malah umat Islam juga diberi kelebihan dan kekuatan dengan berdoa. Maka, manfaatkanlah segala kelebihan dan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita, sebagai umat Islam, disamping bersyukur kepada-Nya, kerana diberi nikmat Islam ini. Disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Ghafir, ayat 60,

Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina."

Mensyukuri nikmat keberadaan di dalam Islam perlu difikir secara dalam-dalam, terutama apabila kini, dunia dilanda dengan masalah pelbagai penyakit. Islam banyak mengajar umatnya nilai-nilai yang sebenarnya mampu menyelamatkan umatnya, jika kita berusaha mengikutinya sebaik mungkin. Melihat kepada hadis ke-23 daripada himpunan 40 hadis Imam Nawawi, ada dinyatakan bahawa;

"Kebersihan adalah sebahagian daripada iman..."

Kebersihan yang dititikberatkan oleh Islam bukan sahaja kebersihan jasmani, tetapi juga rohani. Apabila dilihat kepada langkah berjaga-jaga yang diambil oleh masyarakat sekarang, semuanya akan menitikberatkan tentang kebersihan. Antaranya ialah membasuh tangan selepas dan sebelum menyentuh sesuatu untuk mengelakkan daripada penyebaran virus dan penggunaan sanitizer. Dalam sedar atau tidak sebenarnya setiap masa pun kita (umat Islam) akan berada dalam keadaan yang bersih, kerana sebelum solat, kita dituntut untuk bersuci, iaitu berwuduk. Dalam masa kita berwuduk itu juga, bukankah kita dituntut untuk membasuh tangan hingga ke siku? Jadi, tanpa perlu untuk menunggu pandemik pun sebenarnya umat Islam sentiasa membersihkan diri mereka. Paling kurang pun, 5 kali sehari.

Kita juga perlu ingat bahawa kesibukan kita menjaga keselamatan diri dan masyarakat sekeliling, bukanlah bermakna kita perlu melepaskan tanggungjawab kita terhadap masyarakat Islam yang berada di negara yang tertindas seperti Palestin, masyarakat Islam Uighur dan lain-lain. Sedangkan terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang persaudaraan sesama Islam;

... Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya...

Jadi, tiada alasan untuk sekali pun untuk kita melupakan saudara seagama kita yang lain. Luangkan masa kita, walau sekejap cuma, selepas menunaikan solat, untuk mendoakan kesejahteraan mereka. Bersiap sedialah kita dalam menjalankan hak-hak syahadah dalam hidup sehari-hari ini!


Rujukan lanjut boleh dilayari di sini.

0 comments: