Wednesday, September 30, 2009

Penghujung September: Pengertian Di Sebaliknya

Assalamualaikum dan Salam Mukadimah kepada semua...

Sedar atau tidak, hari ini telahpun menginjak masuk hari yang ke 11 Syawal, dari tarikh blog ini dinukilkan. Dan, antara sedar atau tidak, para mahasiswa yang sedar melanjutkan pengajian masing-masing di institusi pengajian tinggi di Malaysia bakal menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi. Ketika ini, setelah pulangnya kita dari bercuti berhari raya, semestinya, rutin harian kita sebagai seorang pelajar telah kembali sedia kala. Tugasan akademik, ujian, kuiz dan pelbagai lagi isu yang berhubung kait dengan kehidupan rutin mahasiswa kembali berjalan seperti biasa.

http://www.rotherham.ac.uk/site_images/other/learningCentre1.jpg

Namun, masih ada lagi di kalangan kita yang masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah dan mengeksploitasi masa yang ada dengan perkara & hal yang kurang memberi manfaat terhadap persediaan dan persiapan ke arah peperiksaan akhir yang bakal menjelang kurang dari sebulan saja lagi. Jadi, di kesempatan ini, saya mengajak kalian semua serta diri saya sendiri agar bersama-sama mengoptimumkan masa yang ada dengan rutin ilmiah dan akademik. Percayalah, masa yang ada kini sebenarnya hanyalah waktu kecederaan yang sememangnya singkat dan sekiranya kita benar-benar menggunakannya.

Ayuh, semarakkan masa yang ada dengan kamus ulangkaji. Ingatlah harapan dan doa ibu bapa yang sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada anak-anaknya. Jangan kita menghampakan impian, harapan, hasrat dan doa mereka saban hari.

Selamat Mengulangkaji Pelajaran.

Wassalam dan Salam Mesra...

2 comments:

Sunday, September 27, 2009

Rawatan Kemoterapi

Ehsan dari iLuvislam.com

Rawatan kemoterapi merupakan rawatan ke atas penyakit dengan menggunakan bahan kimia. Rawatan ini bertujuan untuk membunuh sel-sel yang rosak termasuk sel-sel yang baik untuk badan. Rawatan kemoterapi adalah spesifik untuk mikroorganisma dan sel kanser tumor. Konsep kemoterapi adalah biasanya untuk membunuh sel yang membahagi secara tidak normal contohnya sel kanser.

Namun, dalam masa yang sama ia akan membahayakan sel yang membahagi secara normal. Antara jenis bahan atau ejen yang digunakan dalam rawatan kemoterapi adalah:

1) Ejen Alkilat (Alkylating Agent)
Fungsinya adalah untuk penambahan kumpulan alkil terhadap kumpulan elektronegatif dalam sel. Antara contoh-contoh ejen ialah Cisplatin, Carboplatin dan Oxaplatin. Ejen ini juga akan mengubah sel DNA


2) Anti-metabolites
Antara contohnya ialah purine dan pyramidine. Tujuannya adalah untuk pembinaan blok terhadap DNA. Ia akan menghalang bahan-bahan daripada menjejaskan DNA dan dalam masa yang sama akan menghentikan pembangunan normal dan pembahagian sel.


3) Plant Alkaloid dan Terpenoid
Antara contoh-contohnya ialah Vinca alkaloid dan .i. Fungsinya adalah untuk melindungi fungsi microtubule (amat penting dalam pembahagian sel)


4) Padophyllotoxin
Ia bertujuan untuk membantu penghadaman dan menghalang sel daripada memasuki fasa G1 (permulaan replika DNA) dan fasa S.


Namun, rawatan kemoterapi mendatangkan kesan sampingan terhadap pesakit. Antaranya ialah:
-Kurang penghasilan sel darah (myelosuppression)

-Keradangan penghadaman (mucositis)
-Keguguran rambut (alopicia)
-Kesakitan
-Kering mulut
-Hilang berat badan
-Muntah

Dalam masa yang sama, mungkin akan terjadi kerosakan organ seperti:
-Jantung (cardiotoxicity)
-Hati (Hepatotoxicity)
-Buah pinggang (Nephrotoxicity)
-Dalaman telinga (Ototoxicity)

0 comments:

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 47)

“Nazmi, apa bendanya yang kau nak bagi ni? Macam penting saja,” ujarku dengan nada yang penuh kehairanan. Nazmi mendekati aku sambil di tangan kanannya memegang sekeping sampul surat berwarna merah jambu. Dihulurkannya terus kepada aku.

“Apa ni, Nazmi?”

“Kau bukalah sampul tu. Kau tahulah nanti apa isi kandungannya.”

Aku terus membuka sampul berkenaan. Perlahan-lahan aku mengeluarkannya. Aku terkedu. Aku menjeling ke arah Nazmi.

“Nazmi, betul apa yang aku baca ni?” soalku dengan suara seolah-olah tidak percaya.


“Betul, Amir. Insya Allah, kalau tak ada aral melintang, lagi 2 bulan aku kahwin. Kau tengoklah sendiri tarikh yang tertera dalam kad jemputan tu.”

“Tahniah, Nazmi. Tahniah. Aku tumpang gembira dengan perkhabaran gembira ni.” Aku terus memeluk erat tubuh Nazmi. Linangan air mata kegembiraan mengalir laju, menyelubungi seluruh genap ruang tamu ketika itu.


Bersambung...

0 comments:

Saturday, September 26, 2009

Kembali Semula ke Destinasi Asal

Asslamaualaikum dan Salam Harmoni kepada semua...

Alhamdulillah, akhirnya, hampir jam 1 tengah hari, aku selamat tiba di Sri Puteri, Skudai. Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru sememangnya memberikan impak kepenatan yang tersendiri meskipun hanya duduk saja menantikan tibanya destinasi yang ingin ditujui.

Bas yang aku naiki bertolak dari Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.55 pagi. Mama, abah dan adik aku setia menanti aku di sisi sebelum pemergian aku ke sini. Sayu rasanya tatkala meninggalkan mereka. Yang mampu aku berikan hanyalah lambaian dan senyuman yang nyata amat berat untukku lontarkan kepada mereka. Namun, perjalanan hidup harus diteruskan jua. Begitulah reaksi aku setelah agak lama tidak pulang ke rumah. Pulang ke pangkuan mereka. Terlalu berat hati ini untuk berpisah dengan mereka tetapi demi masa hadapan aku, aku gagahi juga. Insya Allah, mama, abah, adik, nantikan kepulangan anakanda ini tatkala menjelangnya Hari Raya Aidiladha kelak. Doakan keselamatan dan kejayaan anakanda dalam menempuhi baki-baki waktu yang ada dalam semester ini.


P/S: Sebenarnya, cuti akhir semester ini memang tak balik rumah sebab nak siapkan Projek Sarjana Muda (PSM) yang sememangnya memakan masa sekiranya tidak diselesaikan dalam waktu cuti tersebut. Jadi, kemungkinan besar, untuk balik semasa Hari Raya Aidiladha adalah amat tipis. Terpulanglah terhadap PSM itu nanti.

0 comments:

Friday, September 25, 2009

Lawatan Industri ke Singapura

Assalamualaikum dan Salam Syawal kepada semua...

Nukilan kali ini hanyalah sekadar nak menitipkan sebuah lagi memori yang tercipta di antara kami, keluarga Biologi Industri sesi 2007/08 yang kini berada di tahun akhir pengajian. Dalam sedar atau tak, kami dah bersama selama hampir 3 tahun. Pelbagai suka duka, pahit manis dan pelbagai ragam tercipta di kala mengharungi kehidupan di UTM ini.

Pelbagai program yang telah kami anjurkan sebagai ahli jawatankuasa pelaksana program sepanjang penglibatan kami di UTM ini, lebih-lebih lagi setelah kursus kami telah dipindahkan ke sebuah pentadbiran fakulti baru, iaitu Fakulti Biosains & Biokejuruteraan (FBB) daripada pihak pengurusan Fakulti Sains. Alhamdulillah, merasa juga bernaung di bawah pentadbiran fakulti baru ini.

Baiklah. Bercakap mengenai soal pelaksanaan program, baru-baru ini, iaitu pada tarikh 3 September, kami telah pergi ke Singapura untuk melawat 2 buah syarikat yang berkaitan dengan konsep kejuruteraan bioproses bersempena dengan subjek yang kami ambil semester ini. Lawatan ini merupakan salah satu tugasan yang membawa kepada 10 peratus bagi peperiksaan akhir semester kelak. Syarikat terbabit adalah A-Bio Pharma Pte Ltd (A-Bio) dan Bioprocessing Technology Institute (BTI). Kami memilih lokasi lawatan di Singapura kerana kemudahan dan prasarana teknologi yang pesat dalam bidang bioteknologi, maka bersesuaianlah sekiranya Singapura menjadi destinasi kami. Malaysia juga mempunyai syarikat seperti yang berkonsepkan bioteknologi namun, bilangannya amatlah terhad dan kemungkinan teknologi yang ingin kami pelajari dan lihat sendiri tidak dapat memenuhi kriteria yang ingin dicapai.

Baiklah. Sebenarnya, saya nak berkongsi dengan pembaca semua beberapa keping gambar yang diambil daripada Facebook milik teman saya semasa lawatan tersebut.


Sebahagian pelajar yang telah selesai membuat lawatan ke A-Bio



Kaum keluarga 3 SSB bergambar bersama-sama dengan pengiring di hadapan bangunan A-Bio setelah selesainya lawatan di syarikat berkenaan



Ketika berada di Rumah Limas, Danga Bay sebelum waktu berbuka puasa



Pengiring yang bersama-sama mengiring kami ke Singapura



Dr. Goh Kian Mau, koordinator lawatan ini memberikan sedikit taklimat sebelum bertolak ke Singapura



Singapore Science Park II, terletaknya lokasi syarikat A-Bio



BTI terletak di kawasan Biopolis, hub untuk bioteknologi Singapura


P/S: Alhamdulillah, seronok dan kagum melihat perkembangan pesat khususnya dalam bidang bioteknologi ini. Semoga Malaysia mampu menjadi seperti Singapura tatkala siapnya Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kelak. Insya Allah...

1 comments:

Mesej Lebaran 1430H

Assalamualaikum dan Salam Syawal kepada semua...

Hari ini, genaplah hari yang keenam Syawal bertandang menemui kita. Jadi, setelah mengharungi detik-detik sepanjang 6 hari di bulan Syawal ini, terlalu banyak mesej yang saya terima daripada sahabat-handai, lebih-lebih lagi saya memiliki 2 nombor telefon bimbit, maka telefon bimbit murah saya tidak henti-henti mengalunkan iramanya.

Jadi, disebabkan kapasiti simpanan memori telefon bimbit saya yang terhad, maka ingin saya mengabadikan segala ucapan mesej Aidilfitri yang telah saya terima. Namun, melalui proses pengalihan dari telefon bimbit ke laman ini, sedikit pengubahsuaian akan saya lakukan demi penyesuaian di sini.

Terima kasih kepada sahabat yang sudi menghantar mesej anda kepada saya.

Berikut adalah rentetan mesej berkenaan:

Salam Aidilfitri semua. Selamat bercuti, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat tiba di destinasi masing-masing. Mohon maaf zahir & batin
Nur Farhana Jaafar, JKM '08

Salam Eidil Fitri. Maaf Zahir & Batin atas segala perkara yang pernah menyakiti hati. Daripada: Muhammad Abd Hadi bin Bunyamin (UTM Skudai, KMPP, MRSM Muar, Sek Tinggi Melaka, Sek Ujong Pasir)
Muhammad Abd Hadi Bunyamin, JKM '07

Salam Hari Raya Eidil Fitri. Di kesempatan ini saya memohon sejuta kemaafan atas lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati yang penuh prasangka, serta semua sikap yang pernah dan sempat menyakitkan semua. Harap kalian dapat memaafkan diri yang lemah dan hina ini. Maaf Zahir & Batin
Nur Amalina Mazlan, JKM '09

Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertatap, tapi izinkan hati mohon maaf, zahir & batin...
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Mohd Helmi Johari Masran, 3 SSG

Selamat Hari Raya pembuka bicara
Maaf coz ucap awal before hari raya
Bukan excited @ teruja
Cuma dah agak esok 'line' mesti buzy giler...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin
Nur Hayati Mohamed Amin, 3 SSB

Anak-anak pulang ke bandar
Bertemu dengan rakan & taulan
Maaf dipinta supaya sedar
Pastu bolehlah gi jenjalan

SALAM AIDILFITRI 1430H...
:)
Daripada Fifi & isteri
Muhamad Hafifi Mohd Kahar, JKM '08

Ya Allah, bulan Ramadhan yang mulia ini akan meninggalkan kami. Ampunkan dosa-dosa kami, terima doa dan ibadah kami dan berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang".
*Salam Aidilfitri 1430H, MOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH & SILAP.
Nik Shazwani Afifah Nik Sazali, JKM '08

Salam Aidilfitri. Nak minta maaf zahir dan batin. Originally from Rose
Rose Fadzilah Abdullah, JKM '08

Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang...
Mohon maaf segala kekhilafan kerana ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata & hati tersalah menduga.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin...
Nur Hidayah Jamalullil, 3 SSB

Setitik embun di atas daun
Jatuh ke bumi laksana hujan
Dosa bertimbun mohon diampun
Terdetik khilaf minta dimaafkan
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Nur Wahidah Abd Hakim, JKM '09

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
Mohon ampun dan maaf di atas kesalahan, keterlanjuran kata-kata yang menyakitkan hati ketika sengaja mahupun tidak...
Minta halal segala yang terlebih dan terkurang...
Mohon dimaafkan...
Selamat Hari Raya...
:D
Siti Nur Fatimah Subari, JKM '09

Esok pagi hari raya
Pergi masjid sembahyang raya
Hati-hati di jalan raya
Apa 'klas' hantar kad raya
Hantar SMS barulah bergaya
Nie mana duit raya
Selamat Hari Raya!!
=)
Muhammad Shukri Exrimah, 3 SSB

Seputih hati sebersih nurani
Sesusun jari menyuci diri
Semoga ikatan terus bersemi
Salam Aidilfitri tulus daripada hati
;)
Mohd Fadhli Rosli, 3 SSB

شلآمت عيدالفطري‎ هاري‎ راي‎
‎. معاف‎ ظاهير‎ دان‎ باطين

Radhiahtul Raehan Mustafa, 2 SQG

To all my dearest triends,
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.
Maaf dipinta sekiranya kita ada tersilpa kata terkasar bahasa.
Mohon ampun setulus hati andai ada kesilapan yang kita pernah lakukan mengguris hati kawan-kawan semua.
0-0 ya!
;)
So, jom kita ghaye!!
Yeay!
Nurliana Azhar, 3 SSB

Walau jauh bukan halangan
SMS dihantar tanda kasih kemesraan
Kupohon maaf selama berkawan
Salam Aidilfitri tanda ingatan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
Ruqaiyah Bevee Rizal, 3 SSB

Mangan kupat karo lodeh
Kupat dgawejanur kelopo
Konco-konco ne wes ku ampun kabeh
Kok eneng dosoku, kue ampuni podo
:SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Muhammad Shahrul Shafendy Ibrahim, JKM '09

Ketupat rendang dari Melaka
Dirasanya enak tidak terperi
SMS dihantar pengganti kad raya
Tanda ingatan di Aidilfitri
SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Intan Mariani Ahmad, JKM '07

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan...
Ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Ana ingin mohon maaf atas segala salah silap ana kepada semua rakan-rakan sepanjang kita bersama di UTM...
Mohon ampun & maaf...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...
Abdul Qayyum Nazri, 3 SBQ

Selamat Hari Raya Bro
Maaf Zahir Batin...
Mohd Farid Md Yunos, JKM '09

شلآمت‎ هاري‎ راي‎
‎ ..معاف‎ ظاهير‎ دان‎
عيدالفطري.. باطين
:)
Noor Aizat Kamaruzaman, AS3.11, Kolej Matrikuasi Johor

Salam Lebaran...
Maafkan ana...
Selamat Menyambut Aidilfitri...
Nurul Syakina Malek, 2 SQG

Salam Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin
Nur Masliah Zulkefli, JKM '07

Hi Fahmi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...
Jika ada salah dan silap harap diampun...
Enjoy the holidays OK
=)
Md Roslan Md Ikubar, 3 SSB

Satu Syawal menjelang tiba
Takbir bergema menggegar jiwa
Sekiranya ada salah & dosa
Ampun dipinta di hari mulia
"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN"
Suhaimi Sapar, 2, SBW

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
;)
Daripada AINUDDIN aka PANOD (SKSM, SMK SB, SMKA Simpang 5, SBPI SB, KMM, UTM Skudai)
Mohd Ainuddin Khairuddin, 2 SBS

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Semoga lebaran ini lebih bererti, mohon keampunan seikhlas hati...

Daripada Amie & suami...

Eh, lupa belum kahwin lagi...
;p
Hehehe...
Selamat Hari Raya!
Siti Aminah Mokhtar, JKM '08

Godok kupat neng ngisor ondo
Godonge nipah di gawae atep
Salah silap ku njaluk ngapuro
Ketemu meneh neng taun ngarep
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
Mohd Izwan Sapari, 3 SSC

Terngumpat, terkutuk, tertampar, termarah, tertengking, tersakitkan hati & macam-macam ter lagilah...
Sejuta kemaafan diphon atas ketersalahan itu...
SALAM AIDILFITRI daripada S@fw@n
Mohamad Safwan Ahmad Puad, 3 SSB

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
May you have a cheerful and joyful raya day.
Iezzat Emeer Affandi, 2SQB

Salam Eid Mubarak!
Kullu am wa antum bi khair!
Maaf ya kalau ada salah silap!
Ahmad Fawwaz Mohd Raji, 3 SSB

WELCOME TO
www.raya.com

TYPE A PASSWORD
R
RA
RAY
RAYA

ACCEPTED!

New member processing...

REJECT!
REJECT!

Puasa tak cukup...

Salam Aidilfitri...
(^_^)

Soory ek?
Kalau ada buat salah...
Take care...

Ehem!

Hali laya sula mali
Baju laya satoo loli
Satu tawun satu kaly
Wa mikun cilap wa vely soli
Silamat hali laya
Waa maw luit laya...
Ahakz...
Nur Amelia, junior SMK Selayang Bharu

Lisan kadang2 tak terjaga
Janji kadang2 terabai
Hati kadang2 berprasangka
Sikap kadang2 menyakitkan

Hidup ini menjadi indah jika masih ada rasa maaf dalam menyambut Aidilfitri.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
:)
Suriana Aming, 3 SSB

Takbir bergema di pagi mulia
Menusuk kalbu menggetarkan hati
Walaupun jauh & tidak bersama
Namun dirimu sentiasa diingati.

Salam Aidilfitri buatmu sahabat, didoakan semoga dikau berbahagia. Ampun & maaf dipinta diatas segala salah & dosa. Sehingga berjumpa lagi...
Mohd Hazwan Hassim, JKM '08

Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertatap, tapi izinkan hati mohon maaf, zahir & batin...
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Muhamad Farizad Mat Noor, 3 SSB

Setelah Ramadhan Kareem berlalu
Syahdy Syawal menjelma lagi
Membawa 1000 rahmat dari Ilahi
Kehadiran lebaran ini sudah tentu menjanjikan kemeriahan buat kita semua
Ampun dan maaf dipinta, andainya tersilap kata dan perbuatan...
Semoga berbahagia di hari mulia...
Di samping keluarga dan sahabat tersayang...
Salam Lebaran, Maaf Zahir & Batin
Nur Hidayah Junaidi, 3 SSB

Jika kesilapan semalam belum terampun,
"MAAFKANLAH"

Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati,
"LUPAKANLAH"

Jika kesilapan esok & mendatang, janganlah dibawa ke AKHIRAT

Inginku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf

SALAM AIDILFITRI
Minal Aidilwal Faizin
Nurfatin Aqilah Mohd Yusof, JKM '09

Laungan takbir menjelang Syawal
Memecah sunyi keriangan diseri
SMS pengganti kad raya & diri
Bukan lupakan tradisi tapi ikut teknologi di hujung jari
"SALAM KEMAAFAN DI AIDILFITRI"
Mohd Khairuddin Malek, 3 SSG

Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertatap, tapi izinkan hati mohon maaf, zahir & batin...
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Noor Syahadah Tukimin, JKM '08

Selamat Hari Raya
:)
Liew Siew Fong, 3 SSB

Lisan kadang2 tak terjaga
Janji kadang2 terabai
Hati kadang2 berprasangka
Sikap kadang2 menyakitkan

Hidup ini menjadi indah jika masih ada rasa maaf dalam menyambut Aidilfitri.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
:)
Daripada Nazreen, isteri & anak2
Nazreen Abdul Lateef@Yaacob, 3 SSG

Jika kesilapan semalam belum terampun,
"MAAFKANLAH"

Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati,
"LUPAKANLAH"

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
Siti Shahirah Jalaludin, JKM '07

Selamat Hari Raya my friend.
Hope you can enjoy your joyful moment with your family together.
:D
Chai Yit Phin, 3 SSB

Eid Mubarak 1430...
May Allah show His blessing upon us and grant us jannah...
Nadia Abu Baharin, JKM '06

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa
Walau terlanjur tapi jika ruang masih ada
Kemaafan jualah yang dipinta...
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Mohammad Irfan Abdul Samad, JKM '07

Salam Aidilfitri...
Maaf atas salah & silap...
Semoga Syawal kali ini diberkati Allah..
Khairina 'Izzati Amir Hussain, 2, SQB

Pejam celik, pejam celik dah sebulan puasa
Pejam celik, pejam celik dah raya
Pejam celik, pejam celik dah banyak buat dosa
Sebelum pejam tak celik-celik, ampun maaf dipinta...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Daripada Mohd Fadzly Sarip, bakal isteri dan bakal anak-anak...
Hehehe...
Mohd Fadzly Sarip, JKM '09

Kelmarin saya tengah makan kuih...
Tiba-tiba...
KABOOM...
Rupanya handphone saya meletup sebab banyak sangat mesej raya daripada korang...
Tue sebab saya lambat balas...
Hehehe...
:)
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Nur Afifah Basri, JKM '08


P/S: Kebanyakan mesej yang dihantar kepada saya telah saya ubahsuai mengikut kesesuaian tatapan pembaca. Dan, kepada mereka yang menghantar mesej berserta bakal isteri & keluarga, semoga termakbul hajat anda. Amin...
SALAM AIDILFITRI 1430H...

0 comments:

Thursday, September 24, 2009

Ringkasan Amalan di Hari Raya

Di hari mulia Syawal ini, umat Islam adalah amat digalakkan untuk:


1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata:
"Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya: mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut: "Nabi saw tidak keluar di pagi hari raya Aidilfitri sehinggalah Nabi saw menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun
Seharusnya umat Islam jangan terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda saw adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" yang membawa erti: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat:
Berkata Wathilah, aku bertemu Rasulullah saw pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab: Ya, taqabbalallahu minna wa minka"
Riwayat Al-Baihaqi

5) Memakai pakaian terbaik yang ada
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa:
"Nabi saw biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya."
Riwayat Al-Bukhari

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi

0 comments:

Wednesday, September 23, 2009

4 Syawal 1430H

Hari ini sudahpun memasuki hari keempat umat Islam menyambut kedatangan bulan Syawal. Kebanyakan penjawat jawatan sektor awam sudah mula kembali memulakan tugas rutin harian mereka. Ada yang sudah pulang dari kampung halaman menuju ke laman kota. Setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, sudah menjadi tradisi di mana seluruh kaum keluarga akan pulang ke kampung halaman dan berkumpul bersama-sama dengan kaum kerabat yang lain bagi sama-sama menyambut kemeriahan Aidilfitri di samping bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Namun, bagiku, suasana tersebut telah luput dalam kehidupanku.

http://lh4.ggpht.com/tessellar/RsaNtiYLmvI/AAAAAAAABxM/EsGZ-66e3pw/s800/Kampung+Naga.jpg

Aku sendiri tak menyedari sudah berapa lama aku tidak pulang ke kampung halaman mama dan abah ketika menjelangnya Aidilfitri. Setahu aku, kami akan pulang ke kampung di luar waktu-waktu berkenaan, yakni waktu yang tidak akan kaitan dengan Aidilfitri. Kebanyakannya adalah dalam lingkungan waktu di mana menjelangnya kenduri kahwin atau hal-hal penting yang perlu penglibatan seluruh kaum keluarga.

Entahlah. Aku sendiri tidak merasai apakah suasana beraya di kampung. Bagiku, di sinilah kampung halamanku. Selayang. Tempat aku dilahirkan dan dibesarkan oleh mama dan abah. Aku seringkali termenung mengenangkan rakan taulan yang bergurau senda di pagi hari raya dalam suasana kampung. Namun, bagiku, semua itu tidak berlaku terhadap diriku. Aku tidak bersedih dengan situasi yang aku hadapi kini. Cuma, pernah terdetik di hati aku untuk merasa suasana nikmat berhari raya di kampung. Tapi, aku menolak ke tepi perasaan berkenaan.

Bukannya aku bertindak kejam dengan tidak pulang ke kampung, namun hanya menuruti kehendak mama dan abah. Aku tahu, insan yang paling disayangi buat mama dan abah telah pergi. Kedua-dua orang bonda mereka telah pergi selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi. Semestinya, suasana berhari raya seakan janggal untuk disambut tanpa mereka di sisi. Aku sudah lali dengan perasaan tersebut. Seboleh-bolehnya, aku akan biarkan ianya berlalu pergi tanpa meninggalkan sekelumitpun di hati.

Tapi, aku juga pernah terdetik untuk merasa sekali cuma berhari raya dengan dikelilingi suasana kampung. Mungkin masanya belum lagi. Tak mengapalah. Semoga kaum keluarga di sana mampu menerima ucapan dan kalimah maaf dan Aidilfitri dari sini menerusi perantaraan telekomunikasi telefon.

Semoga suatu hari nanti, aku dapat merasai nikmatnya. Insya Allah.

4 comments:

Alexa: Jangan Kau Lepaskan

Artis: Alexa
Lagu: Jangan Kau Lepas




Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

[Reff:]
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ho..ho..ho..ho..

0 comments:

Tuesday, September 22, 2009

Resolusi Sempena Musim Perayaan: Bahagian 3

Tulisan sebelum ini pernah mengutarakan mengenai soal faktor atau mekanisme berlakunya kecelakaan jalan raya yang semakin menghimpit dalam masyarakat Malaysia terutamanya tatkala menjelangnya musim perayaan. Kini, angka korban dek kecelakaan tersebut terus merajai carta Ops Sikap yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2001 lagi. Mengikut ramalan statistik yang telah dibuat oleh Asian Development Bank (ADB), pada tahun ini dijangka seramai 300 000 orang maut dan 24 juta cedera di jalan raya Asia Tenggara. Apakah kita boleh menganggap bahawa kematian di atas jalan raya merupakan satu fenomena biasa? Kenderaan sememangnya boleh membunuh. Kenyataan ini tidak boleh dinafikan lagi sejak mangsa pertama, Bridget Driscoll yang menemui mautnya dalam kemalangan jalan raya pada 17 Ogos 1896. Kini, nilainya sudahpun mencecah 24 juta orang yang maut dalam kecelakaan jalan raya di seluruh dunia.

Namun, apabila kita menerima kenderaan sebagai salah satu keperluan hidup pada zaman ini, kita juga mesti berusaha keras untuk mengurangkan angka kematian akibat daripada kenderaan. Usaha yang dimaksudkan bukanlah hanya bersamndarkan terhadap Kempen Keselamatan Jalan Raya yang sudah tepu itu. Malah, kempen itu perlu dinilai semula apakah kesannya setimpal dengan perbelanjaan yang dikeluarkan dan masa yang dihabiskan untuk tujuan tersebut. Seharusnya, kita mesti melakukan sesuatu terhadap lokasi yang menjadi perangkap maut para pengguna jalan raya dan juga mencari alternatif lain yang juga menyumbang terhadap fenomena ini daripada terus berleluasa.

Semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini mampu menyimpan 1001 kenangan manis di samping insan tersayang. Salam Aidilfitri kepada semua.

http://i149.photobucket.com/albums/s52/brokenscrew/ridesafewalksafedrivesafe2.jpg

P/S: Kepada sahabat-sahabat yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, semoga kalian semua dapat pulang semula ke UTM dengan selamat ya.

0 comments:

Monday, September 21, 2009

Resolusi Sempena Musim Perayaan: Bahagian 2

Merujuk terhadap konteks statistik angka kecelakaan maut yang dipaparkan dalam tulisan yang sebelum ini, dapatlah kita beranggapan bahawa faktor utama penyumbang terhadap peratusan jumlah kematian adalah berpunca daripada golongan pengguna jalan raya itu sendiri, yakni mereka yang langusng tidak berdisiplin dan berhemah tinggi dalam aspek pemanduan. Lihatlah saja usaha pihak berkuasa terutamanya dalam mengendalikan Ops Sikap semenjak ianya dilancarkan dari tahun 2001 sehingga kini. Hasilnya, kurang berkesan malah semakin menjadi-jadi sehinggakan permasalahan ini boleh disifatkan sebagai salah satu agenda atau isu perdana tatkala menjelangnya musim perayaan.

Tindakan
Ternyata kita tidak boleh mengharapkan pihak polis semata-mata untuk mengurangkan kemalangan. Polis bertindak di peringkat akhir iaitu di atas-atas jalan raya. Tetapi, kita juga wajar bertanya bagaimana pula dengan keadaan jalan yang sering berlaku kemalangan?

Lihat saja statistik ini, pada Ops Sikap 1 tahun 2001 seramai 223 nyawa terkorban daripada 9014 kemalangan (165 darinya adalah kemalangan maut). Pada Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2007, sebanyak 225 nyawa terkorban daripada 15911 kemalangan (202 adalah kemalangan maut).

Sepanjang 2001 hingga 2007, apa yang kita lakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya? Adakah faktor utama kadar kemalangan maut antara 2001 hingga 2007 ialah sikap pemandu atau sebab-sebab lain yang tidak pernah dibangkitkan sebelum ini? Mengapa ada beberapa lokasi dikenalpasti sebagai zon bahaya jikalau bukan faktornya ialah keadaan jalan raya? Pihak polis telah mengenalpasti lokasi bahaya tetapi pihak yang bertanggungjawab di lokasi berkenaan tidak mengambil sikap proaktif untuk mengatasi masalah ini. Maknanya, kemalangan maut bukan saja disebabkan oleh sikap pemandu tetapi faktor keadaan jalan itu sendiri.

Pernahkah kita menyalahkan pihak yang berkuasa terhadap lokasi-lokasi bahaya yang dikenalpasti oleh pihak polis ini? Saban tahun, kita hanya meletakkan kesalahan kepada pemandu meskipun kita tidak dapat menafikan bahawa sikap pemandu juga menyumbang ke arah kemalangan maut. Jalan persekutuan ternyata menjadi lokasi yang menyumbang terhadap kemalangan maut dan buktinya, dalam Ops Sikap ke 15 tahun 2007, sebanyak 81 kemalangan maut daripada 3522 kemalangan berlaku di jalan persekutuan berbanding 21 kemalangan maut yang dilaporkan berlaku di lebuh raya daripada 1350 kemalangan.

Adakah kita boleh membuat kesimpulan bahawa pemandu di lebuh raya lebih berhemah berbanding jalan persekutuan? Atau sikap pemandunya sama di mana-mana juga tetapi keadaan jalan yang membezakan angka kemalangan maut antara lebuh raya dan jalan persekutuan? Apakah yang telah dilakukan terhadap jalan-jalan persekutuan yang menjadi lokasi bahaya ini?

Secara jujurnya, adakah kita serius untuk berusaha mengurangkan kemalangan maut ini kecuali retorik belaka? Polis telah menjalankan tugas dengan cemerlang tetapi bagaimana pula dengan pihak-pihak lain? Kita semua tahu pihak yang bertanggungjawab ke atas lebuh raya tetapi kita agak kabur siapakah yang bertanggungjawab ke atas jalan-jalan persekutuan. Kementerian Kerja Raya, kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT)? Ini yang tidak pernah ditanya apabila saban tahun perayaan bertukar menjadi tragis dek kemalangan maut di jalan raya.


Bersambung...

0 comments:

Sunday, September 20, 2009

Resolusi Sempena Musim Perayaan: Bahagian 1

Assalamualaikum dan Salam Syawal kepada semua...

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs242.snc1/8929_102802566399801_100000101731558_74727_461844_n.jpg
Kemalangan ngeri yang membabitkan empat buah kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Gurun

Baiklah, sebentar saja lagi kita bakal menginjak masuk hari kedua dalam bulan Syawal. Antara sedar atau tidak, Aidilfitri telah selamat disambut oleh umat Islam yang meraikannya pada hari ini. Alhamdulillah. Namun, terdetik di benak fikiran saya tatkala membaca dan mendengar hebahan di media-media massa mengenai statistik angka kecelakaan jalan raya yang kian meningkat sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, berdasarkan pada Ops Sikap 20.

Saban tahun, kita sering disajikan dengan perkhabaran yang tidak enak dan memilukan apabila berita kematian dan angka korban nahas jalan raya meningkat dari hari ke hari sepanjang musim perayaan berlangsung. Pada hari Khamis lalu, 17 September, di Kilometer 76, Jalan Kota Bharu - Machang, lima orang yang menaiki sebuah kereta maut dalam kecelakaan jalan raya yang membabitkan tiga buah kenderaan. Inilah hidangan berita yang sentiasa diajukan ke halwa telinga kita saban tahun apabila menjelangnya hari raya.

Hasrat kerajaan dengan menubuhkan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang telah diwujudkan sejak 30 tahun lalu nyata hanya memberikan gambaran resolusi yang sebenarnya menjadi sogokan terhadap mata kita. Namun, persoalannya di sini, mengapa kempen ini yang menjadi antara kempen yang paling dominan berbanding kempen-kempen lain yang dicanang masih lagi memberikan keputusan paling hambar dan paling gagal dalam mengurangkan peratusan kadar maut kecelakaan jalan raya?

Kempen Keselamatan Jalan Raya yang sedia ada kini tidak mampu untuk mengubah angka statistik kecelakaan jalan raya yang kian bermaharajalela. Antara persoalan yang turut sama menjelma di sini adalah, adakah peratusan bilangan kenderaan bertambah saban tahun atau keberkesanan kempen tersebut tidak lagi relevan dan memberi impak kepada para pengguna jalan raya terhadap kesedaran pemanduan berhemah?

Saban tahun, terutamanya musim perayaan, seharusnya kita menyambutnya dengan rasa gembira dan ceria di samping insan dan sanak saudara tersayang dan dikasihi. Namun, realitinya, ia sering kali disulami dengan linangan air mata dan sedu-sedan oleh kaum keluarga akibat perginya insan yang disayangi buat selama-lamanya di dunia ini akibat daripada tempias insiden yang menyahat hati ini.

Jangan terkejut apabila statistik menunjukkan bahawa purata 17 orang maut dalam kecelakaan jalan raya di negara ini. Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh Drive and Stay Alive Inc., sebuah agensi bebas yang berpusat di New York menunjukkan Malaysia mempunyai kadar kematian penduduk tertinggi di dunia iaitu 27 orang dalam 100,000 orang. Ini termasuklah kematian disebabkan kemalangan jalan raya. Statistik Ops Sikap 1 (2001) sehingga Ops Sikap 4 (2003), misalnya, mencatatkan 872 kemalangan maut.


Bersambung...

0 comments:

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri 1430H



Assalamualaikum dan Salam Syawal kepada semua...

Baiklah, bersempena dengan kehadiran bulan Syawal yang baru saja menjelma, ingin saya hulurkan setulus ikhlas ucapan kepada:
1. Seluruh ahli keluarga Biologi Industri sesi 2007/08 Universiti Teknologi Malaysia
2. Seluruh ahli warga yang bernaung di bawah Fakulti Biosains & Biokejuruteraan (FBB), Universiti Teknologi Malaysia
3. Seluruh pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia
4. Seluruh sahabat seperjuangan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra sesi 2008
5. Seluruh sahabat seperjuangan JKM Kolej Rahman Putra sesi 2009
6. Rakan taulan KH07PH43 Kolej Matrikulasi Johor sesi 2006/07
7. Seluruh pensyarah di Kolej Matrikulasi Johor
8. Warga 5 Einstein 2005
9. Warga 3 Helium 2003
10. Teman-teman semasa di SMK Selayang Bharu dari tahun 2001 - 2005
11. Seluruh guru yang mengajar semasa hayat saya di SMK Selayang Bharu
12. Teman-teman semasa di SK Bandar Baru Selayang tahun 1999 - 2000
13. Seluruh guru yang mengaajar saya semasa di SK Bandar Baru Selayang
14. Teman maya blog
15. Seluruh insan yang mengenali diri ini

Ucapan Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin khas diutuskan kepada anda semua. Halalkanlah makan minum dan segala ilmu selama mana kita bersua. Semoga di hari yang mulia ini, dapat kita meraikannya dengan suasana harmoni di samping dengan insan dan keluarga tercinta. Insya Allah.

0 comments:

Selamat Hari Lahir Kak Ina

Assalamualaikum dan Salam Mesra...

Baiklah, bersempena dengan tarikh hari ini, iaitu 19 September 2009, jadi, ingin saya nukilkan sesuatu di sini kepada salah seorang kakak yang amat penting peranannya dalam pembabitan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) bagi sesi 2008. Tanpanya, mungkin saya dan sahabat-sahabat yang lain terkapai-kapai dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang telah diamanahkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Ina kerana dengan bimbingan dan sokongan yang diberikan oleh Kak Ina sedikit sebanyak membantu melancarkan lagi prospek kehidupan dalam organisasi JKM ini. Oleh itu, terimalah daripada saya, dengan ucapan Selamat Hari Lahir yang ke 23. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup Kak Ina dan dimurahkan rezeki oleh-Nya. Amin...



Profil Diri
Nama:
Normarina binti Mansur Hamal
Tempat Lahir: Muar, Johor Darul Ta'zim
Tempat Tinggal: Muar, Johor Darul Ta'zim


P/S: Semoga Kak Ina sukses selalu. Jangan pulakan kami di sini ya. Insya Allah, dalam masa 5 tahun lagi kita akan berkumpul lagi seperti mana Kak Ina janjikan.

0 comments:

Friday, September 18, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 46)

“Tak.”

“Tak apalah. Aku yang meminta mereka supaya berjanji tak menceritakan hal ni kepada kau. Lagipun, yang pergi biarlah ianya pergi,” ujarku sambil memegang erat bahu Nazmi.

“Amir…”

“Ya, Nazmi,” sambutku seraya memandang tepat ke wajahnya. Ada butir-butir jernih di tubir matanya.

“Nazmi, kau menangis?”

“Ya, Amir. Ya. Aku kasihan melihat liku-liku keperitan hidup kau. Dari dulu, sejak aku mengenali kau sampailah sekarang ni. Kau masih lagi mampu tersenyum dan berdiri tabah. Aku kagum dengan semangat waja kau, Amir.”


“Nazmi, aku sebenarnya lemah. Yang ada terhadap aku ni hanyalah percaya dengan Qada’ dan Qadar daripada-Nya. Dia Lebih Mengetahui terhadap apa yang berlaku. Yang dah pergi tu, biarlah. Tak guna kita meratapi apa yang telah pergi selamanya.” Aku menepuk lemah bahu Nazmi. Tidak aku sangka bahawa Nazmi seorang yang begitu murah dengan linangan air mata. Selama mana aku mengenali Nazmi, tidak aku duga ini adalah salah satu perwatakan Nazmi.

“Amir, aku ada benda nak bagi kepada kau. Sekejap ya.” Nazmi berlalu pergi menuju ke salah satu sudut di ruang tamu. Laci meja dibukanya.


Bersambung...

0 comments:

In Team: Rabiatul Adawiyah

Artis: In Team
Lagu: Rabiatul Adawiyah



Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai baying-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

0 comments:

Bingkisan Ucapan Daripada Naib Canselor UTM




P/S: Balik bercuti hari raya, jangan lupa dengan tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa ya. Salam Aidilfitri kepada semua.

0 comments:

Thursday, September 17, 2009

Masih Lagi Berdampingan Dengan Tugasan...

Salam Mesra dan Salam Ramadhan semua.

Malam ini adalah malam kedua aku berada di rumah. Segala nikmat yang telah hilang sebelum ini mampu untuk dirasai kembali. Namun, ianya tak lama untuk digenggam kerana lambakan tugasan subjek yang terpaksa saya harungi. Meskipun hanya 2 saja tugasan yang masih lagi tertangguh dalam senarai untuk disiapkan, tapi ianya melibatkan kesabaran yang tinggi kerana kedua-dua tugasan tersebut mempunyai skop yang berbeza, iaitu salah satu daripadanya adalah tugasan berkumpulan.

Tugasan berkumpulan ini sebenarnya mampu membantu meringan beban yang ditanggung oleh seseorang pelajar kerana ianya melibatkan perkongsian ilmu, pencarian, penyelesaian masalah sehinggalah ke arah penghantaran tugasan tersebut kepada ketua kumpulan. Di sebalik kebaikan yang terserlah dalam aspek kerja berkumpulan, ianya masih lagi diruntun masalah ketidak lengkapan tugasan, sikap acuh tak acuh dalam pelaksanaannya dan sikap mementingkan diri yang akhirnya menyebabkan mana-mana individu terpaksa berkorban untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan sebaik mungkin agar ianya tidak memudaratkan terhadap aspek pemarkahan kelak yang bakal mengundang 1001 masalah lain pula.

http://images.clipartof.com/small/33151-Clipart-Illustration-Of-A-3d-Stressed-Out-Silver-Person-Kneeling-Before-A-Broken-Laptop-Computer.jpg

Saya, kini sedang menghadapi masalah berkenaan di mana, sebahagian ahli kumpulan saya yang masih lagi tak menyiapkan tugasan tersebut seperti mana yang dipinta. Akhirnya, saya terpaksa mengorbankan masa dan tenaga saya untuk menyiapkan bahagian tugasan tersebut demi kemaslahatan semua pihak. Kini, saya sedang berhempas pulas untuk menyelesaikan bahagian tugasan tersebut sedangkan rakan-rakan saya yang lain pulang dengan hati dan fikiran yang tenang tanpa diulit dengan permasalahan yang sebegitu rupa.

Maaf kerana perasaan agak emosional ketika ini memandangkan tugasan yang diberikan ini mesti disiapkan setelah sekembalinya dari cuti perayaan. Aduhai...


P/S: Semoga saya mampu untuk menyelesaikan tugasan yang satu ini. Insya Allah...

0 comments:

Selamat Hari Lahir ke 21

Assalamualaikum dan Salam Harmoni...

Untuk edisi warkah kali nie, saya ingin tujukan khas kepada teman saya nie, bersempena dengan tarikh hari lahirnya yang ke 21 pada 17 September. Bukan seorang, malah dua lagi. Mari kita tinjau sedikit informasi mengenai diri mereka nie.




Profil Diri:
Nama: Muhammad Shukri Exrimah
Tempat Lahir: Melaka Bandaraya Bersejarah
Tempat Tinggal: Ulu Tiram, Johor Darul Ta'zim




Profil Diri:
Nama: Siti Safirah Adiman
Tempat Lahir: Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Tempat Tinggal: Kota Kinabalu, Sabah Negeri Di Bawah Bayu


P/S: Semoga panjang umur dan murah rezeki serta diberkati oleh-Nya.


0 comments:

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Segalanya...

Salam Mesra dan Salam Ramadhan kepada semua...

http://www.helenmusselwhite.com/USERIMAGES/Home%20Sweet%20Home.jpg

Alhamdulillah, akhirnya saya tiba juga di kampung halaman saya dilahirkan, iaitu Selayang. Sebenarnya, kepulangan saya ke rumah ini langsung saya ambil secara tidak serius sebab masih lagi mempunyai komitmen terhadap tugasan dan Projek Sarjana Muda yang masih lagi meruntun diri ini. Jadi, kepulangan pada kali ini, segala keperluan yang saya rasakan perlu untuk dibawa pulang hanyalah dilakukan semasa hampir untuk bertolak menaiki bas. Bayangkan betapa ketidak seriusan saya terhadap kepulangan pada kali ini. Fikir saya masih lagi mencongak segala tugasan dan hal-hal yang berkaitan dengan akademik.

Saya bertolak meninggalkan perkarangan kampus pada jam 1045 dan tiba di Taman Sri Puteri 10 minit kemudian. Akhirnya, saya selamat menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur pada jam 1130 dan tiba di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 1550. Baiklah, saya nak berehat dahulu dan bersedia untuk membuat persiapan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga saya yang lain buat pertama kalinya. Secara kebetulan, adik saya juga pulang pada hari ini dari Kolej Matrikulasi Johor bersempena dengan cuti perayaan.


P/S: Aduhai, tugasan, kuiz, ujian dan segala-galanya masih lagi penuh mengisi ruang minda. Semoga ianya dapat diselesaikan dengan tenang. Amin...

0 comments:

Tuesday, September 15, 2009

Tanda-tanda Anda Dilamun Cinta

Sekadar bingkisan renungan...


Ehsan dari iLuvislam.com

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa, Allah Rabbul Jalil.



Di sini, aku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan Yang Maha Pencipta.
  • Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
  • Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.
Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu mengorbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

0 comments:

Solat: Rahsia Di Sebalik Kewajipannya

Ehsan dari iLuvislam.com



Solat adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, daripada takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa. Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat.

Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat.
Ibrahim: Ayat 31

Di dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "agama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran. Antaranya, firman yang bermaksud:

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring."

Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
An-Nisa': Ayat 103

Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun. Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku.
Taha: Ayat 14

Solat adalah tanda kesyukuran. Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.
Hadis Riwayat Muslim

Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
al-Ankabut: Ayat 45

Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
Al-Mukminun: Ayat 1-2

Solat dapat menenteramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus menjadikan kehidupannya lebih ceria. Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka.
Al-Ma'arij: Ayat 19-23

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

0 comments:

Akhirnya, Cuti Kembali Bersua...

Syukur, alhamdulillah. Akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah hampir 11 minggu bergelumang dengan pelbagai tugasan dan ujian serta kuiz, nikmat untuk berehat tiba jua meskipun ianya hadir agak lewat. Namun, apa yang penting, esok, 16 September, aku akan pulang ke kampung halaman.

Hatiku gembira bukan kepalang. Inilah detik yang aku nanti-nantikan selama ini. Waktu rehat yang sememangnya sering menghantui diriku. Acapkali aku menantikan detik yang sebegini rupa. Ayahanda, bonda. Nantikan kepulangan anakanda ya. Doakan keselamatan anakanda agar selamat sampai ke destinasi. Jumpa esok ya.


P/S: Kepada sahabat-sahabat yang bakal pulang pada malam ini dan esok serta hari-hari seterusnya, aku doakan agar kalian semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga berbahagia di hari yang mulia ini.

0 comments:

Monday, September 14, 2009

Ramadhan: Separuh Masa Kedua Liga

Ehsan dari iLuvislam.com

Assalamualaikum para penonton sekalian.

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)



Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini.

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.


P/S: Bersama-samalah kita mengharunginya.

0 comments:

Sunday, September 13, 2009

Kad Raya Untuk Yang Teristimewa

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah...

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 11 September 2009, jam 0020, kami berenam sempat bergambar di salah sebuah lokasi yang telah dirancang untuk sesi fotografi bagi menyiapkan salah satu tugasan sebelum menjelangnya Aidilfitri. Semestinya kalian semua dapat menduga apakah tugasan tersebut. Ya, penghantaran kad-kad raya kepada insan terpilih dan teristimewa.

http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs205.snc1/7224_131439764756_613259756_2293510_8369415_n.jpg
Dari kiri: Shukri, Roslan, Amir, Penulis, Fadhli dan Fawwaz

Inilah gambar yang telah kami gunakan untuk diselitkan sekali di dalam helaian kad-kad raya berkenaan. Terima kasih kepada saudara Ahmad Fawwaz Mohd Raji kerana gambar ini diupload olehnya ke dalam laman sosial Facebook. Namun, yang seronoknya adalah apabila kad-kad raya ini diterima oleh Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti Biosains & Biokejuruteraan (FBB), Prof. Dr. Noor Aini Abdul Rashid dan Prof. Madya Dr. Madihah Md Salleh. Berikut adalah bingkisan ayat-ayat tutur kata yang lahir daripada mereka.

Prof. Madya Dr. Madihah Md Salleh: Nie gambar artis nasyid mana pula nie? Tak apa. Nanti saya frame kan gambar nie. Terima kasih ya.

Prof. Dr. Noor Aini Abdul Rashid: Siap letak gambar lagi nie, Madihah. Dalam kad nie.

Seterusnya, Prof. Noor Aini membalas kad raya tersebut dengan uacapan daripada beliau. Yang tertariknya adalah perkataan yang tertera di atas kad tersebut setelah dibuka.

"Kepada Jejaka2 Tampan Tahun Tiga"


Memang kami tergelak tatkala membaca kenyataan berkenaan. Walau apapun, terima kasih Prof. dan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin daripada kami.

0 comments:

Repetensi 11 September

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan ini di samping baki hari-hari terakhir Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya kelak bagi memberi laluan kepada bulan Syawal yang bakal menyusul nanti. Semoga baki hari dalam minggu terakhir Ramadhan ini mampu kita semua isi dan melipat gandakan usaha dalam pencarian satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu Lailatul Qadar.

Baiklah. Bulan ini, dalam kalendar Masihi, masihkan kalian ingat suatu peristiwa yang begitu menyayat hati seluruh manusia di muka bumi ini? Bagaimana dengan tarikh ini, 11 September 2001? Masihkah kalian ingat terhadap runtuhnya Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York yang telah menjangkau usia 8 tahun pemergiannya yang masih lagi menjadi tajuk perbualan sehingga ke hari ini? 2 buah pesawat penumpang milik America Airlines telah merempuh kedua-dua buah menara tersebut dalam meranapkan menara terbabit yang menjadi mercu tanda kebanggaan warga Amerika musnah dan rebah ke bumi serta mengorbankan hampir ribuan nyawa yang tidak berdosa termasuk para penumpang yang berada dalam kapal terbang berkenaan. Namun, persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya dan kemusykilan, benarkah segala perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini dilaksanakan oleh golongan Islam yang kini dilabel oleh sekumpulan ‘anti-terrorist’ sebagai pengganas? Di manakah bukti kukuh yang mengaitkan bahawa tragedi ini dilakukan oleh tangan manusia Islam?

Di sini, ingin saya petik beberapa situasi yang mungkin membuka mata dan minda kalian semua mengenai aspek ini. Antaranya adalah:
  • Seramai lebih 5000 orang pekerja Yahudi tidak hadir ke pejabat di WTC sehingga jam 8.20 pagi. Hanya pekerja warga Amerika saja yang datang meneruskan rutin harian mereka.
  • Pentagon merupakan pusat pertahanan negara yang paling canggih dan kebal di dunia. Pentagon dilengkapi dengan pengesan radar yang yang mampu mengesan seluruh pergerakan pesawat yang keluar masuk menggunakan ruang udaranya. Namun, perkara itu tidak berlaku pada hari terbabit kerana Pentagon juga turut diserang menggunakan kaedah yang serupa seperti mana WTC hadapi.
  • Dalam serangan tersebut, salah satu bahagian bangunan Pentagon rosak teruk dan dilaporkan bahawa sebuah pesawat penumpang merempuh bangunan berkenaan. Namun, yang menjadi persoalannya, mengapa hanya bahagian tersebut saja yang runtuh sedangkan jikalau dibandingkan saiz pesawat berkenaan, ianya mampu untuk meruntuhkan sebuah bangunan Pentagon berkenaan.
  • Sebelum rebahnya WTC ke muka bumi, para anggota keselamatan dan penyelamat yang sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa tragedi, mereka terdengar seakan-akan letupan di bawah bangunan WTC.
  • Mengikut saintis dan pakar bijak pandai dalam bidang Fizik, mereka sama sekali menyangkal runtuhnya bangunan WTC berkenaan adalah disebabkan pelanggaran pesawat berkenaan. Dari perspektif Newton yang diperdebatkan, keadaan dan cara bangunan itu runtuh adalah sama sekali disebabkan ledakan bom dan bahan letupan yang diletakkan di dalam bangunan berkenaan, bukannya impak daripada pesawat berkenaan.

Berdasarkan sebahagian daripada situasi dan kenyataan yang dinyatakan di sini, dapatlah kita simpulkan bahawa ianya adalah semata-mata permainan dan propaganda pihak yang mahu menjatuhkan dan memusnahkan Islam itu sendiri. Ayuh, kita bangkit untuk mempertahankan kesucian Islam yang semakin hari dinodai oleh tangan-tangan yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam. Bersama-samalah kita berdoa agar saudara kita di Palestin juga berjaya berjuang untuk menuntut balik hak orang Islam yang dirampas oleh pihak Zeonis yang tidak berperikemanusiaan. Jangan biarkan tanah milik umat Islam dirampas walaupun seinci oleh mereka. Semoga bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, Allah akan memakbulkan doa hamba-hamba-Nya yang berjuang di jalan-Nya.


P/S: Maaf, lambat posting artikel ini pada tarikh 11 September. Sekadar renungan dan luahan perasaan penulis terhadap peristiwa tragedi yang lalu.

0 comments:

Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai: Lebaran Ini

Artis: Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai
Lagu: Lebaran Ini



Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Oh Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahan-Nya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah

Allah...
Allah...

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Oh Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahan-Nya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah

0 comments:

Tuesday, September 8, 2009

Nuzul Al-Quran & Lailatul Qadar

Ehsan dari iLuvislam.com

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
Al-An’am: 38


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq, maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
Al-‘Alaq: 1-5


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Al-Qadar: 1-5

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Mencari Malam Al-Qadar
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

0 comments: