Sunday, October 25, 2009

Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2009/2010 Universiti Teknologi Malaysia

e-Learning@UTM

Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua, terutamanya warga Universiti Teknologi Malaysia.

0 comments:

Saturday, October 24, 2009

Pasangan Bercinta: Lontaran 10 Nasihat

Ehsan dari iLuvislam.com

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.


P/S: Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

0 comments:

Friday, October 23, 2009

Kebejatan Masa Berterusan...

Assalamualaikum dan Salam Hormat...

Hari ini dahpun menginjak ke hairi Jumaat, di mana hanya beberapa jam saja lagi akan memasuki hari Sabtu. Minggu belajar hampir tiba ke penghujungnya. Aku masih lagi terkial-kial mencari formula untuk mengisi minggu belajar dengan ulangkaji. Namun, apa yang diharapkan tidak menjadi realiti sepenuhnya.

Di kala niat yang telah terpasang di hati ingin fokus terhadap subjek-subjek bagi semester ini, hadirnya Projek Sarjana Muda (PSM) mengisi senarai subjek yang seharusnya tidak diletakkan sebagai senarai prioriti dalam waktu-waktu sebegini. Tapi, adakan daya. Ianya terjadi juga. Mungkin ada hikmah di sebaliknya PSM ini menyelit di antara ruang-ruang waktu yang sekelumit cuma ini.

Sudah lama aku tak mengemas kini ruang blog ini. Sibuk yang teramat dengan hal urusan akademik. Terutamanya PSM. 4 hari berturut-turut berada di makmal dari pagi hinggalah ke lewat petang. Tiada definisi 'tidak' bagi PSM ini meskipun subjek-subjek lain memanggil dan meminta untuk didampingi. Terdetik juga di ruang lingkup hati ini, mengeluh terhadap apa yang terjadi. Namun, aku buangkan jauh-jauh. Tidak mahu persepsi negatif itu menyelubungi minda sehingga memberi impak terhadap putaran kehidupan yang sedang berpusar.

Semester ini juga penentu untuk masa hadapan aku kelak. Selama 4 semester berturut-turut aku menghampakan hasrat ayahanda dan bonda meskipun mereka berdua tidak menunjukkan sekelumit perasaan kecewa tersebut. Aku tahu, jauh di sudut hati mereka, mereka masih menyimpan rasa kecewa tersebut walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang tanda pada riak wajah mereka. Selama 4 semester ini, aku telah mengecewakan harapan mereka terhadap aku. Semoga semester ini, aku dapat memberikan keputusan yang baik dari semester sebelum ini kepada mereka berdua. Amin...


Walaupun, semester ini aku hanya berhadapan dengan jam kredit yang agak berkurangan daripada semester-semester sebelumnya, namun semester inilah yang sebenarnya memberikan impak kesibukan yang teramat sehinggakan makan, minum, tidur dan segala-galanya hanya mampu diisi sekadar secukup rasa. Aku tidak kisah semua itu asalkan kejayaan yang manis di hujungnya mampu aku genggam dan nikmati bersama-sama dengan insan tersayang di sisiku kelak.

Semoga semester ini akan memberi kejayaan yang aku harapkan. Amin...

Selamat Maju Jaya kepada anda semua yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester kelak.

0 comments:

Sunday, October 18, 2009

Percintaan & Pelajaran: Bolehkah Disebatikan?

Assalamualaikum dan Salam Mesra...

http://media.bigoo.ws/content/glitter/hearts/heart_52.gif

http://www.cardinalspellman.org/pics/graduation_cap.jpg

Hmm, sebenarnya, nak tanya pendapat dan persepsi di luar sana mengenai topik nie. Terbaca sebuah blog sahabat yang meluahkan firasat dan pandangannya mengenai hal berkenaan.

Apa pandangan anda ya?

Bagi saya, dah nama pun pelajar, jadi fokus terhadap pelajaran dulu. Soal percintaan nie, tolak ke tepi dulu. Jangan dicampur adukkan. Kelak diri juga yang binasa.

1 comments:

Sejauh Mana Perjalanan Peperiksaan Akhir Semester Anda?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Esok, 19 Oktober 2009, mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memasuki minggu belajar (study week) secara rasminya. Kepada mereka yang bakal berjuang untuk menghadapi baki-baki ujian dan tugasan akademik yang masih lagi terbengkalai untuk diuji dan dihantar, semoga anda semua tabah dalam menghadapinya serta berjaya ya.


Untuk warkah kali nie, saya sebenarnya ingin berkongsi tarikh-tarikh peperiksaan akhir semester kali nie terutamanya kepada rakan-rakan perjuangan sefakulti. Nie adalah tarikh-tarikh tersebut:

26 Oktober 2009
SSG 3152 Bioremediation and Biodegradation

28 Oktober 2009
SSG 3313 Mycology

30 Oktober 2009
SSg 3242 Tissue Culture Technology

1 November 2009
SSG 3162 Techniques in Molecular Biology
SSG 3192 Introduction to Bioethics

3 Novermber 2009
SSG 3183 Bioenergetics
SSG 3522 Bioprocess Engineering

5 November 2009
SSG 3352 Industrial Microorganisms

6 November 2009
SSG 3212 Molecular Biotechnology

9 November 2009
SSG 3572 Biological Control and Environmental Conservation

Semoga berjaya ya sahabat. Bersama-samalah kita menempuhinya dengan sabar dan tabah. Insya Allah, moga-moga Allah mempermudahkan urusan kita kelak. Amin...

Photobucket

P/S: Kepada junior sekalian, terutamanya junior Fakulti Biosains & Biokejuruteraan, all the best to you too.

2 comments:

Saturday, October 17, 2009

3 Minggu Getir...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sedar atau tak, kini, kita semua baru saja memasuki fasa minggu belajar, yakni 'study week' bagi mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), khasnya dan bagi institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain, amnya. Sudah hampir seminggu saya tidak mengkhabarkan sesuatu di sini. Maklumlah, terdapat pelbagai perkara utama yang perlu diberikan perhatian dan penekanan yang serius.

Baiklah. Setelah kembalinya dari cuti perayaan Adidilfitri 3 minggu yang lalu, saya tidak menyangka bahawa baki perjalanan hidup bagi semester ini bakal saya hadapinya dengan cukup getir sekali. Pertama kali dirasakan sebegini rupa. Pelbagai ujian, kuiz, tugasan akademik dan Projek Sarjana Muda (PSM) menjengah sekaligus tanpa memberikan sebarang khabar berita mengenainya. Memang benar apa yang pernah diperkatakan oleh mereka yang telahpun melalui liku-liku seperti ini. Perjalanan bagi mahasiswa tahun akhir tidak semudah yang disangkakan meskipun segala persediaan telah dirancang dan dibuat dengan teliti sebelum melaluinya. Namun, kita hanya merancang, hanya Allah saja yang menentukannya. Sehinggakan saya mampu mengalirkan air mata dek ketidak sanggupan saya untuk menanggung beban tersebut.

Mungkin ini merupakan pengajaran yang perlu saya terima daripada-Nya. Dan juga salah satau cara untuk-Nya memberikan sesuatu iktibar dan hikmah kepada saya. Semua dugaan dan ujian yang berlaku sebenarnya adalah mengikut kemampuan hamba-hamba-Nya. Cuma, kita sebagai hamba kepada-Nya, tidak mampu mentafsirkan aspek tersebut dengan persis dan jitu. Kini, sedikit demi sedikit saya merasa aman untuk melalui perjalanan peperiksaan akhir semester yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga ketenangan yang sebegini rupa berkekalan hingga tamatnya liku peperiksaan akhir semester kelak. Amin.

Photobucket

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, semoga kalian berjaya menempuhi dan menjawab peperiksaan akhir semester dengan jayanya.

Wassalam dan Selamat Mengulangkaji Pelajaran.

0 comments:

Sunday, October 11, 2009

Warkah Buat Insan Tersayang...

Assalamualaikum dan Salam Kasih...

Hmm...

Tak tahu nak mula dari mana. Sejak akhir-akhir nie, hati aku seringkali terguris dengan suasana sekeliling. Nak menangis? Aku tak mampu untuk mengeluarkan air mata. Hanya terpendam jauh di dasar hati. Terlalu banyak aku memendamkan perasaan nie sehinggakan aku dapat rasakan yang secebis hati nie tidak mampu lagi untuk menanggung derita dunia. Namun, apakan daya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Aku cuba bermuhasabah diri lewat malam tadi. Semasa di pembaringan, aku memikirkan kembali perjalanan hidup aku. Bermula semasa diri ini masih lagi di bangku sekolah sehinggalah kini. Pernah terdetik di hati aku rasa kasihan melihat mama dan abah yang bersusah payah membesarkan aku. Aku lahir di kala mereka kehilangan bakal anak sulung mereka. Akulah menjadi pengganti tersebut. Hadir setelah kehilangannya. Namun, terlintas di hatiku suatu perkara. Insan di sekeliling yang pernah mengenali diri aku, semestinya gembira sekiranya aku tidak wujud dalam dunia nie.

Ya. Pernah terlintas perkara tersebut. Berkali-kali aku berbisik kepada diriku. Namun, hanya Allah saja Yang Mengetahui sebaik-baik kejadian. Setiap ujian dan dugaan yang diberikan oleh-Nya kepada hamba-hamba-Nya adalah yang termampu untuk dilaluinya. Mungkin aku tidak setabah Nabi Muhammad dalam menyebarkan syiar Islam dan tidak mampu menjangkaui pengorbanan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Aku gagahi jua menempuh rona hidup nie. Sememangnya, kitab hidup nie tertulis sedemikian rupa untukku, maka, aku rela ianya menyelubungi hidupku.

Mungkin, akan tiba masanya aku mampu menghadapi ujian dan dugaan nie. Aku berterima kasih kepada sesiapa yang mengenali diri nie dan sanggup untuk menerimaku dalam kamus hidup kalian. Meskipun, di saat warkah nie dicoret, kalian sedang berperang dengan perasaan marah terhadapku. Tak mengapa. Kalian berhak berbuat demikian. Aku sekadar pungguk yang hinggap di jendela tanpa diundang. Insya Allah, selepas nie, aku tidak lagi mengganggu bingkisan hidup kalian.


Terima kasih sekali lagi di atas segala-galanya yang kalian berikan terhadapku. Hanya Allah saja yang mampu membalas pengorbanan dan jasa kalian. Mohon maaf di atas perkenalan kita sejak di awal pertemuan. Sambutlah salam kemaafan ikhlas daripada secebis hati nie.

Salam Seribu Kemaafan.

Daripada insan yang pernah mengenali dirimu.

0 comments:

Wednesday, October 7, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian Akhir)

3 Bulan Kemudian…

Aku duduk memerhatikan mentari yang bakal menghilang di sebalik ufuk barat. Aku baru saja pulang dari menziarahi pusara abah dan mama serta ayah dan ibu.

Nazmi telahpun selamat dikahwinkan dengan gadis pilihan keluarganya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sungguh meriah sekali majlis perkahwinan mereka meskipun dilangsungkan dalam suasana yang sederhana. Aku sempat menghadiri majlis tersebut. Masih lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga mengenai gurauan yang dihamburkan oleh Nazmi tempoh hari.

“Amir, aku dah kahwin. Kau pula bila lagi?”

“Aku? Kenapa dengan aku pula?”

“Yalah. Kau dah lupa janji kita dulu? Masa kita masih lagi dalam zaman persekolahan?”

“Janji? Janji apa ni, Nazmi? Aku lupalah.”

“Aiseh. Kita sama-sama buat janji di antara kita. Kalau sesiapa di antara kita yang naik pelamin dulu, orang yang belum kahwin tu kenalah belanja orang yang dah kahwin. Haa, kau dah ingat?

“Alahai, aku baru teringat. Aku lupa. Dah lama benar kita buat janji tu, ya. Nampaknya, terpaksalah aku tunaikan janji tu sekarang ni,” ujarku sambil ketawa kecil.

“Jadi, macam mana dengan impian kau?” balas Nazmi setelah melihat ketawa aku sedikit reda.


“Impian?” balasku dengan sedikit kebingungan.

“Ya. Impian kau. Arina Ain Syairah Muhammad.”

Aku kembali ke dunia realiti. Ya. Nama itu. Arina Ain Syairah Muhammad. Dialah insan yang telah mematri dan memagari hatiku daripada berterbangan. Ke mana gadis itu ketika ini? Jiwa aku bermonolog sendirian mengenai persoalan berkenaan.

TAMAT

0 comments:

2 Minggu: Ada Apa Dengannya?

Assalamualaikum dan Salam Mesra kepada semua...

http://www.artsjournal.com/bookdaddy/Home_Photo_books.jpg

Baki semester pengajian terutamanya bagi mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) bakal berakhir tidak lama lagi. Bagi aku, semester nie berlain sekali dengan perjalanan dan laluan liku kehidupan yang aku lalui pada semester-semester sebelum nie. Rasanya, belum pernah lagi aku melalui kehidupan yang penuh dramatik dan tragis di mana baki semester yang hanya tinggal dua minggu saja lagi bagi mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dipenuhi dengan rona-rona kejutan dan kesibukan yang amat sehingga waktu rehat tiada dalam kamus hidup ketika nie. Bukan saja erti rehat, malah mukadimah tidur pun belum tentu mampu diluahkan dalam bentuk kata-kata mahupun tulisan.

Kini, aku sedang bertungkus lumus menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) aku dalam minggu nie. PSM aku nie terbahagi pada tiga bahagian. Jadi, penyelia PSM aku telah memberikan kata putusnya bahawa keputusan untuk projek bahagian pertama mesti dihantar kepadanya dalam minggu nie juga sebelum aku menghantar laporan penuh PSM aku, di mana tarikh akhirnya adalah dalam minggu nie juga.

Hmm, memang menarik kisah hidup aku sepanjang minggu nie. Sepanjang minggu lepas, aku berhempas pulas menyelesaikan tugasan akademik yang diberikan oleh beberapa orang pensyarah dan program Degree ++ yang dikelolakan oleh pihak pentadbiran fakulti. Minggu nie pula, aku dihidangkan dengan suasana ujian dan PSM. Minggu hadapan? Ya. Bagaimana status dan situasi yang bakal aku hadapan minggu hadapan ya? Jawapannya, kita tunggu dan lihat sejauh mana keadaannya kelak.

Ketika warkah nukilan nie diterjemahkan di laman maya, aku berada di makmal lebih daripada 24 jam bermula dari jam 6 petang, 6 Oktober. Ditambah pula dengan kamus tidur yang tidak menjengah dalam diri bermula malam tadi, menyebabkan aku redha dengan apa yang aku terima kelak. Malam nie, sekali lagi bakal menyaksikan aku terus-terusan bersengkang mata untuk menyiapkan PSM nie. Dilema yang sememangnya ngeri dan trauma bagi kebanyakan mahasiswa tahun akhir. Tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi.

Semoga rakan-rakan seperjuangan yang kini berada di makmal, ayuh, kita berjaga bersama-sama demi menyiapkan PSM nie dengan jayanya. Insya Allah...


P/S: Korang semua nak balik bilik pukul berapa?

0 comments:

Tuesday, October 6, 2009

Pertemuan Yang Tak Dirancang, Perselisihan Yang Tak Diduga

Hmm...
Sebenarnya, berita ini baru saja aku tahu daripada kawan perempuan aku. Aku dan dia pernah satu sekolah semasa sekolah menengah dulu. Bermula dari Tingkatan 2 sampailah ke Tingkatan 5. Satu kelas. Cuma, Tingkatan 1 satu kelas Pendidikan Islam saja. Nama dia Mastura Mustafa. Aku add dia dalam Facebook secara tak sengaja. Maksud aku, terjumpa profile dia secara kebetulan. Jadi, aku mesej dengan dia guna Facebook. Inilah antara bualan ayat dalam Facebook itu.


Mastura Mustafa

Aku: Salam...
Mastura: Wassalam...
Aku: Kau kenal aku tak?
Mastura: Mestilah kenal. Bila exam?
Aku: Aku? Hujung bulan nie. Kau?
Mastura: Samalah. Nak tanya?
Aku: Tanya? Tanyalah. Insya Allah, mana-mana yang boleh aku jawab, aku jawablah...
Mastura: Kau praktikal kat FRIM bulan 6 hari tue?
Aku: Yup. Kenapa?
Mastura: Betullah. Kaulah orang tue yang aku nampak.
Aku: Lar, kenapa kau tak tegur aku? Aku tak perasan kau.
Mastura: Aku takut kalau aku salah orang. Aku nampak kau masa nak balik kerja.
Aku: Owh...
Mastura: Hmm, nampak sangat kau nie tak pandang perempuan...
Aku: Haah. Betullah apa yang kau cakap tue...

Jadi, konklusinya, dia yang cam muka aku meskipun dah terpisah lebih dari 4 tahun tanpa khabar berita. Tapi, kenyataan dia yang buat aku tertanya-tanya. Macam mana dia boleh tahu yang aku ini tak pandang perempuan? Hmm...


P/S 1: Perempuan ini ada naluri yang sangat kuat. Macam mana dia ini boleh describe aku macam itu? Any comment?
P/S 2: Maaf ya, Mas. Aku guna gambar kau letak kat blog aku ini tanpa kebenaran kau dulu. Mohon maaf ya.

0 comments:

Friday, October 2, 2009

Kejutan Di Hujung Minggu

Salam Mukadimah kepada semua...

Hmm, hari ini sudah menginjak ke hari kedua di bulan Oktober. Baru saja tadi hantar 2 tugasan akademik kepada pensyarah. Satu untuk subjek Bioprocess Engineering manakala satu lagi subjek Molecular Biotechnology. Alhamdulillah. Akhirnya, kuranglah sedikit bebanan yang ditanggung. Namun, rehat hujung minggu yang dirancang pada awalnya terpaksa dirombak semula kerana program yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran fakulti yang boleh dikategorikan sebagai agak terburu-buru.

http://images.easyart.com/i/prints/rw/lg/6/0/Gavin-Penn-Crying-Ballerina-60563.jpg

Program tersebut adalah anjuran bersama SPACE UTM dengan kerjasama pihak pentadbiran fakulti. Meskipun hati ini sedikit terkilan dengan tarikh yang diumumkan oleh pihak berkenaan, namun, kemungkinan ianya mempunyai makna tersirat mengapa ianya diadakan pada hujung minggu ini. Hanya Dia saja yang lebih layak mengetahui segala-galanya.

Berikut adalah jadual yang menghiasi sepanjang hujung minggu ini:
3 Oktober 2009
0800 - 0815 Registration
0815 - 1015 What Employers Look for When Recruiting Graduates
1015 - 1030 Break
1030 - 1130 Strategies on How to get Yourself Hired
1130 - 1230 How to Make a Positive First Impression
1230 - 1400 Break
1400 - 1600 How to Write an Effective Resume
1600 - 1700 Surviving Your First Job

4 Oktober 2009
0900 - 1000 Mock Interview I
1000 - 1015 Break
1015 - 1115 Mock Interview II

Hmm, nampak gayanya aku terpaksa mencuri masa untuk menyelesaikan apa jua yang patut untuk tugasan dan ujian seterusnya. Biarkan episod berlalu pergi. Kini, tiba masanya untuk melakukan lonjakan yang seterusnya. Semoga aku berjaya melakukannya. Amin...


P/S: Baru tadi tengok senarai markah untuk ujian 1 Molecular Biotechnology. Aduhai, teruknya markah. Nampaknya, kenalah buat tugasan untuk ujian itu untuk melonjakkan markah yang sedia ada. Abah, mama, maafkan anakanda ya. Anakanda telah mengecewakan abah dan mama.

0 comments: