Thursday, May 19, 2011

Ujian Datang Bertandang

Ujian tak datang dalam bentuk yang serupa bagi setiap hamba-Nya.

Ujian juga tidak datang dalam pakej yang serupa meskipun pernah ditempuhi sebelumnya. Namun, ujian yang datang sebenarnya membawa suatu mesej yang sama - meninggikan darjat terhadap para hamba-Nya yang bertaqwa. Itu janji-Nya. Tapi, kita?

Seringkali manusia merungut tatkala sesuatu yang dihajatinya tidak mampu digenggam dan dicapai olehnya. Seringkali manusia alpa terhadap apa yang diluahkan bersempena dengan apa yang dihadapinya. Manusia hanya mampu mengadili apa yang dilihat, dirasa dan dilalui oleh mereka. Tapi, mampukah kita? Berhakkah kita?


Meskipun kita ditimpa dengan pelbagai ujian dan dugaan, lumrahnya, manusia akan terlebih dahulu menganggapnya suatu penghalang bagi apa yang mereka inginkan. Namun, sentiasalah bersangka baik hati terhadap-Nya. Dia telah mengaturkan apa yang terbaik bagi kita. Hanya kita, hamba-Nya yang tidak mampu mentafsirkan setiap butir apa yang ingin disampaikan kita.

Semoga kita semua mampu menerima dan menghadapi ujian dan dugaan daripada-Nya dengan sebaik mungkin. Insya Allah.


Nota Kaki: Proposal projek sarjana masih lagi tidak mencapai tahap piawaian yang sepatutnya. Ujian daripada-Nya. Sabar dan senyumlah selagi masih mampu.

0 comments:

Monday, May 16, 2011

16 Mei 2011


Selamat Hari Guru terutamanya:
Para guru SK Taman Universiti 1, Skudai, Johor
Para guru SK Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
Para guru SK Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor
Para guru SMK Selayang Bharu, Batu Caves, Selangor
Para pensyarah Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak, Johor
Para pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor

Dan, tidak dilupakan juga:
Mama
Abah

Terima kasih kerana menjadi seorang guru yang berguna terhadap diri ini. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian semua. Amin...

0 comments: