Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru...

Assalamualaikum dan Salam Bahagia Ukhuwah Bersama...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan buat ke sekian kalinya dalam ruangan blog nie. Anda semua, sahabat-handai bagaimana? Diharapkan anda semua sihat hendaknya. Insya Allah. Baiklah, seperti yang kita semua sedia maklum, esok merupakan detik bersejarah buat semua insan yang bergelar sebagai guru. Tarikh keramat untuk Hari Guru di Malaysia; 16 Mei.

Bercerita mengenai Hari Guru nie, mesti anda semua terkenang kembali situasi dan suasana semasa di zaman sekolah dahulu ketika meraikannya. Kini, saya terimbau kembali sejarah-sejarah tersebut semasa saya hendak menunaikan solat Jumaat pada tengah hari tadi. Ketika hendak ke Masjid at-Taqwa, Selayang Bharu, saya perlu melintasi perkarangan sekolah saya sebelum sampai ke destinasi tersebut. Bayangkan, alangkah sayunya hati nie menyingkap kembali detik-detik himpunan memori tatkala menjejakkan kaki di sekolah nie sewaktu ketika dahulu. Namun, semuanya tinggal kenangan dan memori. Bagaimanakah keadaan para cikgu saya ketika nie?

Tentunya anda juga mempunyai naluri persoalan dan perasaan yang sedemikian rupa tatkala berhadapan dengan suasana yang sebegitu rupa. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan salah seorang yang terlalu banyak menyumbangkan tenaga, keringat, idea dan segala-galanya demi maruah dan masa hadapan sekolah anda yang turut sama melibatkan masa hadapan anda.

Di kesempatan nie, saya berdoa agar seluruh cikgu di Malaysia, terutamanya, para guru di SK Bandar Baru Selayang, Selangor, SK Taman Universiti Satu, Johor, SK Si Rusa, Negeri Sembilan dan SMK Selayang Bharu, Selangor agar kalian semua dirahmati dan diberkati hidup kalian oleh Yang Maha Esa. Terima kasih yang tidak terhingga daripada anak muridmu nie. Tidak akan saya berada di sini jika cikgu sekalian tidak pernah lekang dan lelah memberikan tunjuk ajar dalam mengharungi hidup nie. Tidak dilupakan juga terhadap para pensyarah yang berada di Kolej Matrikulasi Johor dan Universiti Teknologi Malaysia kerana khidmat bakti anda semua dalam terus menabur jasa dan mencurahkan ilmu kepada saya yang tidak mengenal erti penat dan berbelah bahagi. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Semoag kalian semua mendapat rahmat daripada-Nya. Amin.

Sekian, wassalam...

0 comments: