Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 11)
Thursday, June 18, 2009
By
Unknown
Insan Kognitif
0
comments
Sudah seminggu abah dimasukkan Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur. Selama itu jugalah mama menghabiskan masanya di hospital menemani abah. Sungguh tinggi kasih seorang isteri terhadap suaminya meskipun pernah diperlakukan tidak ubah seperti hamba selepas peristiwa noktah hitam yang tersemat dalam sejarah keluarga. Abah masih tidak sedarkan diri sejak kemalangan tempoh hari. Doktor yang merawat abah tempoh hari memberitahu bahawa abah kemungkinan besar akan lumpuh separuh tubuhnya bermula dari paras pinggang hingga ke bawah.
“Assalamualaikum. Puan ni Nurul Syifa Alisa Abdul Rahman? Isteri kepada Amirul Amar Zakiyuddin Abdullah?” ucap Dr. Haris Syafie Muhammad Ramli, doktor yang merawat abah.
“Ya, saya Nurul Syifa Alisa, isterinya. Bagaimana keadaan suami saya, Dr. Haris Syafie?” tenang mama bersuara. Namun, dalam hatinya, hanya Tuhan saja yang tahu betapa risaunya mama. Aku berdiri di sini mama memimpin tangan kirinya. Gusar jikalau mama rebah tatkala mendengar penjelasan Dr. Haris Syafie kelak.
“Tak payahlah panggil saya Dr. Haris Syafie. Panjang tu. Panggil Dr. Haris, ok?” balas Dr. Haris dengan wajah tenang sekali. Mungkin sudah acapkali bertentang mata dengan situasi sebegini apabila berhadapan dengan kaum kerabat keluarga yang menantikan jawapan daripada seseorang yang memegang kunci harapan. Tekaku.
“Begini. Saya harap puan banyakkan bersabar dan bertenang dengan dugaan yang melanda puan. Terimalah Qada’ dan Qadar daripada-Nya.”
Aku dan mama mendengar penuh prihatin. Satu-satu tutur kata Dr. Haris kami ikuti. Tidak berganjak sedikitpun pendengaran kami berdua. Menantikan penghujung ayat yang bakal menentukan segala-galanya. Suasana sunyi merajai untuk beberapa ketika.

Bersambung...
*Sekuel cerpan nie boleh dilayari di laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati
0 comments:
Post a Comment