Sunday, May 24, 2009

Tahun 2020: Garapan Impian

Hmm, sedar atau tidak, sekarang ini dahpun menuju hampir ke pertengahan tahun 2009. Tahun yang pastinya mencipta suasana dan cetusan yang bakal tersemat di sanubari. Walau apapun, masih jauh lagi ingin aku gapai apa yang aku impikan selama ini. Dengan baki-baki masa pengajian di peringkat ijazah sarjana muda ini, Insya Allah, jikalau diberi keizinan oleh-Nya, aku nak menyambung pengajian aku di peringkat ijazah sarjana pula.

Mengapa? Sebab aku ingin menunaikan hasrat mama aku yang ingin melihat anak-anaknya, terutama aku bergelar sebagai seorang doktor. Err, rasanya, dah tak mampu nak capai impian yang mama impikan itu, namun, Insya Allah, akan aku lunaskan hasrat itu dengan memegang segulung ijazah kedoktoran di tanganku kelak dalam bidang disiplin yang aku dalami sekarang ini.

Sasarannya adalah menjelangnya sebelum atau pada tahun 2020 kelak. Wow! Lamanya. Tapi, sebenarnya, tak lama saja lagi. Tinggal hampir sedekad saja lagi aku nak melunaskan segala-galanya. Hehehe...

Hmm, dalam masa yang sama juga, aku ingin menamatkan zaman bujang aku dengan insan Hawa yang dijodohkan untuk aku kelak. Insya Allah, jikalau ada jodoh dan rezeki oleh-Nya, tahun 2020 akan aku lengkapkan sejarah terindah buat hidup aku nanti. Dan, kalau boleh (pergh, demand betul aku nie, hehehe) dalam dulan Februari juga aku akan melaksanakan akad aku; dengan insan terpilih buat diriku.

Tidak ketinggalan juga, ingin aku jejak sekali lagi Tanah Suci buat kali yang kedua dalam sejarah hidupku. Kali ini, aku nak bawa seluruh ahli keluargaku ke sana. Insya Allah. Harapan yang sememangnya aku saja yang coretkan tanpa pengetahuan sesiapa (selepas nie, dah tak jadi rahsia dah sebab aku dahpun uar-uarkan dalam warkah nie).

Ingin aku lengkapkan segala-gala impian aku ini setibanya tahun 2020 kelak. Tak sabar rasanya nak bagi kejutan terhadap keluarga, terutamanya abah dan mama, namun, sabar. Bina dahulu apa yang patut dalam masa yang terdekat ini. Kejar dahulu matlamat yang terdekat, barulah difikirkan matlamat jangka masa panjang pula. Bak kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Moga-moga, aku taklah jadi seperti apa yang diibaratkan oleh pepatah itu.


Semoga aku berjaya mencapai impian aku bina ini.

Amin...


0 comments: