Monday, June 15, 2009

Nur Kasih: Aktres Terus Jadi Bualan

Ihsan dari sumber Berita Harian Online



Nama: Tiz Zaqyah Abdul Razak
Tarikh Lahir: 25 Oktober 1988
Asal: Kuala Lumpur
Adik-Beradik: Anak kedua daripada dua adik-beradik
Profesion: Pelakon
Siri televisyen: Impian Illyana, Impian dan Nur Kasih

DRAMA bersiri Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang kini disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam, sudah semestinya akan memperkenalkan lagi nama pelakon baru ini kepada peminat tanah air.

Jika sebelum ini nama Tiz Zaqyah kurang mendapat perhatian, drama terbitan Filmscape itu pastinya membuka mata ramai peminat, dek lakonannya sebagai gadis kampung, Nur Amina. Dalam drama berkenaan, Tiz beraksi di samping Datuk Jalaluddin Hassan, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Ummi Nazeera, Sharifah Sofia, Liza Othman dan Ayu Raudhah.


Klik di sini untuk informasi seterusnya.



Komentar penulis: Drama bersiri ini sebenarnya selari dengan sebilangan novel yang dikeluarkan di pasaran, seperti Ombak Rindu. Meskipun demikian, garapan yang ingin disampaikan oleh pihak pembikinan drama ini diharapkan agar mampu memberikan refleksi terhadap masyarakat yang sudah lali dibuai dengan tohmahan wayang yang menayangkan cerita seperti Remp-It, Bohsia dan seantero dengannya.

Jadi, seboleh-bolehnya, jangan jadikan medan layar perak mahupun kaca televisyen dalam selok-belok pembikinan cerita memaparkan skrip cerita yang menampakkan keruntuhan moral dan akhlak di zaman ini sebagai salah satu cara untuk 'mengajar' masyarakat mengenai aspek tersebut. Sesungguhnya, setiap pembikinan cerita yang ditayangkan mencerminkan siapa kita sebenarnya.

Wallahu'ahlam.

0 comments: