Monday, June 15, 2009

UTM di Persada Akhbar...

Ihsan dari sumber Utusan Malaysia Online


UTM Anjur Program University Social Responsibility
TEMERLOH 14 Jun - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur akan mengadakan Program University Social Responsibility (USR-UTM) di Parlimen Temerloh dari 17 hingga 21 Jun ini

Penolong Pendaftar (Perhubungan Pelajar), Mohd. Shahril Abdullah berkata, program USR-UTM dianjurkan Kampus Antarabangsa UTM sebagai memenuhi tanggungjawab sosial universiti itu kepada masyarakat.

Katanya, matlamat utama program itu ialah untuk membina jati diri mahasiswa supaya mereka memiliki sifat-sifat kepimpinan, inovatif dan progresif.

''Pihak universiti berharap program USR-UTM itu dapat membentuk kewibawaan mahasiswa menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat luar bandar serta mewujudkan kerjasama yang erat antara mahasiswa dan masyarakat," kata Mohd. Sharil kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Sila klik di sini untuk pembacaan selanjutnya.

0 comments: