Bingkisan Suara Siswa: Kompetensi Graduan Satu KPI Universiti
Tuesday, June 22, 2010
By
Unknown
Luahan Insan
0
comments
Suara Siswa pada malam ini hangat memperdebatkan topik yang saya fikir merupakan salah satu agenda utama yang sehingga kini menjadi tajuk perbualan di setiap peringkat kasta umur. Tiga orang ahli panel yang dijemput khas dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberikan pelbagai hujah, idea dan cadangan menurut perspektif masing-masing.
Lebih 900 000 mahasiswa dilahirkan setiap tahun oleh seluruh institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. Namun, hanya 230 000 saja mahasiswa yang berjaya meneroboskan diri mereka ke alam pekerjaan, iaitu hampir 25 peratus.
Dari angka jumlah 230 000 graduan yang berjaya mendapatkan pekerjaan, lebih 75 000 (34 peratus) graduan adalah daripada golongan siswa manakala selebihnya adalah golongan siswi.
Suatu fakta yang sama sekali menunjukkan bilangan pasaran pekerjaan dikuasai oleh golongan Hawa. Namun, persoalan di sini, adakah kumpulan lelaki ini tidak layak mendapatkan pekerjaan di pasaran berbanding wanita? Adakah wanita ini sebenarnya mempunyai pakej yang lengkap, yang membuatkan mereka mendominasi pasaran pekerjaan berbanding tenaga kudrat lelaki kini? Atau, golongan lelaki itu sendiri yang sebenarnya tidak mahu untuk berusaha, bersaing dengan kaum saingan mereka agar mereka juga setanding dan berdiri sama tinggi dengan kaum Hawa?
Berdasarkan komentar-komentar yang diajukan terhadap ruangan Facebook Dr. Fazley Yaakob Suara Siswa, rata-rata memberikan reaksi bahawa seseorang mahasiswa itu perlu melengkapkan dirinya dengan empat komponen yang saya rasa bersamaan dengan salah seorang panel dari UPSI yang telah menggariskannya, iaitu:
1. Mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang
2. Pembabitan ko-kurikulum yang aktif
3. Pembinaan utuh modal insan yang dinamik
4. Persediaan graduan dalam melangkah ke pasaran pekerjaan
Saya juga bersetuju dengan panelis dari UIAM yang memberikan kata kuncinya, iaitu pembentukan karektor (sahsiah). Pembentukan ini sangat penting dalam membina skop kompetensi dalam graduan. Dengan pembentukan kualiti yang bermula dalam diri graduan itu sendiri, ianya menjadi titik penentu bagi graduan untuk terus bersaing dan menempatkan diri masing-masing dalam pasaran pekerjaan.
Saya juga tertarik dengan kenyataan penutup yang dikeluarkan oleh Dr. Fazley sendiri bahawa, mentaliti masyarakat kini harus diubah, yakni keputusan pointer yang tinggi sebenarnya boleh memadai untuk membolehkan seseorang graduan mendapat dan menjamin pekerjaan. Apa yang pasti, semua pihak harus menggembleng tenaga dalam menangani permasalahan ini agar ianya tidak menjadi salah satu wabak yang meracuni pembangunan negara dengan lambakan pengangguran bertauliah yang akhirnya membawa kepada kerugian negara itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment