Sakit Mata Tatkala Keluar Bersiar-siar
Hati saya bungkam. Pedih. Marah. Bengang. Kasihan. Semuanya berbaur dalam satu rasa. Entah di mana silapnya, saya pun tak mengerti. Inilah saya. Saya yang sememangnya jarang sangat untuk keluar bersiar-siar tatkala waktu-waktu begini. Ketika cuti. Memang kasihan kepada keluarga saya yang ingin bersama-sama keluar melepaskan tekanan dan dalam masa yang sama memenuhi tuntutan keperluan yang perlu dipenuhi di rumah.
Namun, itulah diri saya. Terlalu malas untuk keluar dari kepompong dan kekangan. Semuanya gara-gara mata. Ya. Mata. Mata saya sudah sakit dijamu dengan pelbagai suapan yang tidak sepatutnya diri ini melihat. Sememangnya, mata adalah salah satu deria yang amat penting dalam memenuhi tuntutan kehidupan, namun ianya semakin terpaksa dihadkan penggunaannya. Mata adalah penentu bagi hati. Mata adalah kunci kepada hati. Baiknya seseorang itu adalah ditentukan oleh hatinya. Dan baiknya hati seseorang itu adalah ditentukan oleh pandangan matanya.
Ya Allah, semoga Kau tetapkan mata dan hati kami agar terlindung dari fitnah dan angkara syaitan.
0 comments:
Post a Comment