Cerpen: Ranjau Kehidupan (Bahagian 4)
Sambungan dari Bahagian 3
Bak kata pepatah, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.” Segala taktik yang aku praktikkan agar tidak diketahui oleh ahli keluargaku akhirnya dapat dihidu. Segala-galanya bermula apabila ayahku terserempak dengan kelibat diriku ketika aku hendak pergi bersolat Jumaat di seberang taman perumahan. Di situlah bermulanya episod di mana aku dihalau keluar dari rumah dan dari keluarga sendiri. Namun, segala apa yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya. Ketika ini, hatiku amat tenang sekali. Alhamdulillah, dengan bantuan daripada beberapa sahabatku, akhirnya aku dapat mengecapi apa yang aku peroleh sekarang. Syukur kepada-Nya.
Kalbuku tersentuh dengan mesej yang aku terima sebentar tadi daripada ibuku. Ibuku sudah mula membahasakan perkataan ‘Amir’ untuk memanggil aku. Tidak lagi dengan nama Charles. Terharu aku. Sejak peristiwa tempoh hari, hanya ibu saja yang acap kali menghubungiku. Namun, ayah masih lagi dengan pendiriannya. Masih lagi dengan ego dan maruahnya. Sehingga sanggup mengadaikan hubungan silaturrahim keluarga sendiri.
“Papa, bilakah agaknya papa nak berubah? Tak ada rasa kasihan langsung terhadap mama. Kalau ikutkan hati ni, nak saja aku tampar papa,” rungutku.
“Astaghfirullah.” Aku mengucap istighfar berkali-kali. Kesal. Kesal dengan apa yang aku rungutkan sebentar tadi. Aku tidak sepatutnya berkata atau berniat sedemikian rupa, namun disebabkan perasaan marah terhadap perilaku ayah tersebut yang menyebabkan aku secara tidak sengaja mengatakan perkataan yang sedemikian rupa.
“Bagaimanalah mama sekarang ni? Adik pula macam mana? Sihatkah mereka berdua?” Bertalu-talu persoalan yang datang menjengah ruang akal tatkala memikirkan insan-insan tersebut. Ingin sekali hajat di hati untuk kembali menziarahi mereka di rumah, tapi apakan daya, selagi ayah tidak menerima kehadiranku dalam kamus hidupnya, tidak akan sekali-kali aku mampu untuk menjejakkan kaki ke sana. Hanya berbekalkan telefon bimbit ini sajalah yang merupakan penghubung antara aku dengan ibu.
“Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati ayah dan ibuku serta adikku untuk menerima hidayah daripada-Mu,” doaku dalam hati.

* * * * *
Amir apa khabar? Dah lama mama tak dengar perkhabaran Amir. Amir sihat? Mama dan papa sihat. Mama dah masukkan wang perbelanjaan bulan ini ke dalam akaun Amir. Harap-harap cukuplah untuk kegunaan Amir. Bila nak balik rumah?
Kalbuku tersentuh dengan mesej yang aku terima sebentar tadi daripada ibuku. Ibuku sudah mula membahasakan perkataan ‘Amir’ untuk memanggil aku. Tidak lagi dengan nama Charles. Terharu aku. Sejak peristiwa tempoh hari, hanya ibu saja yang acap kali menghubungiku. Namun, ayah masih lagi dengan pendiriannya. Masih lagi dengan ego dan maruahnya. Sehingga sanggup mengadaikan hubungan silaturrahim keluarga sendiri.
“Papa, bilakah agaknya papa nak berubah? Tak ada rasa kasihan langsung terhadap mama. Kalau ikutkan hati ni, nak saja aku tampar papa,” rungutku.
“Astaghfirullah.” Aku mengucap istighfar berkali-kali. Kesal. Kesal dengan apa yang aku rungutkan sebentar tadi. Aku tidak sepatutnya berkata atau berniat sedemikian rupa, namun disebabkan perasaan marah terhadap perilaku ayah tersebut yang menyebabkan aku secara tidak sengaja mengatakan perkataan yang sedemikian rupa.
“Bagaimanalah mama sekarang ni? Adik pula macam mana? Sihatkah mereka berdua?” Bertalu-talu persoalan yang datang menjengah ruang akal tatkala memikirkan insan-insan tersebut. Ingin sekali hajat di hati untuk kembali menziarahi mereka di rumah, tapi apakan daya, selagi ayah tidak menerima kehadiranku dalam kamus hidupnya, tidak akan sekali-kali aku mampu untuk menjejakkan kaki ke sana. Hanya berbekalkan telefon bimbit ini sajalah yang merupakan penghubung antara aku dengan ibu.
“Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati ayah dan ibuku serta adikku untuk menerima hidayah daripada-Mu,” doaku dalam hati.
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment