Wednesday, June 17, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 8)

Ada empat hari saja lagi sesi persekolahan akan bersambung semula setelah bercuti selama 2 minggu. Cuti Pertengahan Tahun yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pelajar sekolah. Namun, hati ini terpaut pada rentetan situasi yang bisa merubah keseluruhan rona hidup keluargaku dalam sekelip mata. Cuti yang sememangnya membawa 1001 coretan duka yang menyelubungi hayatku kini.

Sejak peristiwa keguguran tersebut, abah semakin cekung tubuhnya. Semakin tidak terurus. Panas baran menjadi teman akrabnya. Segala-gala yang dirasakan tidak kena terhadapnya, terus saja dibambu dan dihamburkan kata-kata amarahnya terhadap sesiapa saja yang dirasakan sesuai untuknya melepaskan ‘keluhan’. Kadang-kala, mamapun turut terkena bahangnya. Aku? Tidak perlulah dikhabarkan lagi. Aku menangis melihatkan sikap dan reaksi abah yang semakin jauh terpesong hidupnya daripada mengingati Ya Rabb. Seolah-olah abah tidak percaya dengan ketentuan dan ketetapan yang telah tercatit sejak azali lagi. Abah mula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba kepada-Nya. Solat 5 waktu sehari semalam seakan-akan tiada lagi di hatinya. Abah mula berjinak-jinak dengan pengambilan alkohol apabila sering pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Mama pula sering menjadi mangsa belasahan abah sekiranya menegur atau menasihati kelakuan dan tingkah laku abah yang sudah jauh menyimpang dari agama. Hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya hati mama melihatkan perubahan transformasi drastik yang berlaku terhadap diri abah. Walaupun diperlakukan seperti seorang hamba lagaknya, mama sedikit tidak ambil kisah. Malah, masih lagi terus tabah mengharungi detik-detik zaman kegelapan dalam bahtera rumahtangga mama. Namun, seringkali aku menghulurkan diri aku untuk mama berkongsikan segala status permasalahan yang melanda keluarga. Itu saja yang terdaya untuk aku lakukan terhadap mama sebagai salah satu cara untukku membantunya. Hanya itu cuma…


Bersambung...

*Sekuel cerpan nie boleh dilayari di laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati.

0 comments: