Friday, July 3, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 33)

Aku mengelamun panjang. Memerhatikan suasana pagi yang masih lagi dibasahi embun. Pagi Sabtu sebegini seringkali dihiasi dengan aktiviti kokurikulum sekolah. Aku menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi pergerakan pengakap di sekolahku. Hampir setiap minggu aka nada aktiviti yang diaturkan bersama oleh ahli-ahli patrol dengan persetujuan dan kebenaran daripada pemimpin. Namun, hari ini terasa tawar hati untuk aku menghadiri perjumpaan pada minggu ini. Persoalan yang dilontarkan oleh Dr. Syamsul masih lagi segar terngiang-ngiang bermain di benak fikiranku. Walaupun telah berlalu beberapa hari sejak aku dimasukkan ke hospital.

“Amirul Amar tu ayah kandung Amirkah?” Soalan yang bergema di ruang legar telinganya sehingga mampu bersarang di akalnya pula. Amir duduk menjuntaikan kakinya ke dalam kolam buatan yang ada di halaman rumah. Kolam ikan yang dibela oleh abahnya sebagai penghibur di masa lapang. Membiarkan kakinya dikerumuni oleh ikan-ikan tersebut. Geli. Namun, dibiarkan. Fikirannya masih lagi dibuai dengan gemaan yang masih lagi menodai ketenteramannya sehingga kini.

“Betulkah aku ni anak angkat abah dan mama? Mengapa kad pengenalan aku masih tertera nama abah di hujungnya? Di manakah ayah dan ibu kandungku selama ni?” bertalu-talu perskripsi soalan yang menjengah dirinya ketika itu. Tapi, segala persoalan yang muncul tersebut hanya dahagakan jawapan yang tidak langsung dipunyai olehnya.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments: