Saturday, July 4, 2009

Di Mana Pergi Manisnya...

http://www.desktoprating.com/wallpapers/animal-wallpapers-pictures/angry-tiger-wallpaper.jpg

Hari nie memang aku agak terasa hati dengan karenah manusia. Atau lebih tepat lagi adalah gelagat orang Melayu yang tak tahu nak bersopan santun dan bertatasusila. Bukannya nak ungkit atau berdendam, cuma aku agak terkilan dengan sikap orang Melayu kita sekarang nie. Bukannya nak menunjukkan aspek positif dalam perilaku sopan, malah tutur bahasapun dah rebak sama sekali.

Situasi nie bermula tatkala aku sedang membayar harga barangan yang aku beli di sebuah pasar raya yang ada di Selayang nie. Terkenal tau pasar raya nie. Hampir satu Semenanjung Malaysia ada. Sedang aku membayar, adalah seorang makcik nie yang nak lalu, pergi ke kaunter hadapan. Aku, seperti biasa, akan memberi walaupun tidak diminta. Namun, dengan sikap yang tergesa-gesa, makcik tue bersuara dengan suara yang agak kasar. "Tumpang lalu dik." Pergh, masa tue memang aku kecewa habis. Bukannya aku tak bagi, tapi, aku cuba memberi ruang yang secukupnya terhadap makcik tue tanpa aku menyakiti orang lain yang turut sama berbaris untuk membayar di kaunter tersebut. Memang hilang terus mood aku ketika tue. Rasa nak aje aku terus balik tanpa singgah lagi ke mana-mana. Namun, aku matikan nawaitu aku tue disebabkan laporan LI aku yang masih belum dibinding.

http://pestabukumalaysia.com/images/budibahasa.gif

Kerajaan kita galak mempromosikan kempen Budi Bahasa terhadap masyarakatnya. Tapi, hasilnya, mengecewakan dan menghampakan. Bagaimana negara kita nak maju menjelang tahun 2020 yang bakal menjengah hampir sedekad saja lagi sekiranya mentaliti dan personaliti masyarakat yang ada kini masih lagi di takuk lama. Renung-renungkanlah sejenak. Jepun, salah sebuah negara yang disegani di pentas antarabangsa disebabkan nilai-nilai ketimuran yang masih lagi menebal dalam setiap jatidiri mereka waima mereka kini berada dalam kepesatan teknologi dan negara yang maju.

P/S: Tepuk dada, tanya iman. Jangan jadi seperti Aiman tak kisah dan ketam yang mengajar anaknya berjalan. Namun, jadilah seperti padi. Semakin berisi semakin sujud ke bumi.
Fikir-fikirkan...

0 comments: