Dimensi Baru, Dunia Tetap Sama
Wednesday, June 30, 2010
By
Unknown
Luahan Insan
1 comments
Ketika warkah ini dinukil, aku baru saja menyelesaikan suatu misi baru. Misi yang sama sekali tidak pernah terjangkau akal untuk sebegini jauhnya.
Tepat jam 12.40 tengah hari, 30 Jun 2010, aku telah layak digelar sebagai seorang mahasiswa siswazah. Menyambung pengajian ke tahap seterusnya - Ijazah Sarjana. Sekali lagi, kaki ini melangkah memasuki gerbang ilmu yang suatu masa dahulu pernah aku menjejakkan kaki di sini.
Lambang Universiti Teknologi Malaysia yang tertera pada pintu masuk pos kawalan utama di gerbang Skudai ini menjadi saksi pertama kehadiran aku. Setelah tiga tahun aku berendam air mata dan keringat, tawa dan duka, akhirnya, aku kembali dengan misi yang berbeza, namun visi yang serupa.
Kini, aku bukan lagi mahasiswa yang perlu untuk di'sogok'kan ilmu saban hari. Aku perlu menjadi seorang yang dahagakan ilmu. Mencari dan terus mencari. Gali dan sentiasa mengali sehingga aku memperoleh khazanah yang tidak ternilai ganjarannya jika dibandingkan dengan intan permata, ketulan emas mahupun hamparan zamrud.
Semoga perkelanaan aku selepas ini menampakkan ketulusan dan diri aku untuk menuntut ilmu. Bahkan untuk menyalurkan ilmu meskipun sebaris cuma. Insya Allah.
Nota Kaki: Impian dan angan-angan yang akhirnya menjadi kenyataan. Terima kasih abah, mama. Syukur, alhamdulillah.
1 comments:
gud luck =]
Post a Comment