Bingkisan Suara Siswa: Siswa Jenama Malaysia
Tuesday, June 15, 2010
By
Unknown
Luahan Insan
0
comments
Baru saja saya usai menonton rancangan diskusi di TV1 sebentar tadi yang dipengerusikan oleh Dr. Fazley Yaacob. Tajuk pada kali ini benar-benar mengupas persepsi kita, terutamanya mahasiswa sendiri terhadap meningkatkan kualiti penjenamaan Malaysia itu sendiri. Panelis-panelis yang diundang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada kali ini diberi peluang untuk mengupas persoalan yang menjadi topik diskusi dan bual pada malam ini.
Saya sebenarnya tertarik dengan pengalaman yang dilalui oleh Dr. Fazley sendiri semasa hayatnya sebagai seorang mahasiswa, iaitu ketika berada di luar negara untuk menuntut pengajian, rakan-rakannya menitik beratkan soal atau aspek patriotisme yang tinggi sehinggakan masakan ibunda diketengahkan meskipun berada di luar negara. Namun, tatkala pulang ke tanah air, unsur-unsur sebegitu hilang sebegitu saja, malah menidakkan aspek tersebut. Ke mana hilangnya aspek-aspek patriotisme yang diampuh semasa menyelusuri kehidupan di luar negara? Adakah disebabkan kita yang berada di negara orang hanya untuk memperagakan semangat tersebut semata-mata? Atau sebenarnya kita malu dengan maruah dan jati diri rakyat negara terbabit yang ampuh mendaulatkan semangat kenegaraan mereka?
Pokok pangkalnya, berbalik semula terhadap diri kita sendiri. Jangan sewenang-wenangnya kita menunding jari kepada pihak lain, menyalahkan mereka, memberatkan bahu mereka dengan kesalahan dan kesilapan yang tidak seharusnya mereka bebani. Kita. Diri kita sendiri yang mesti menjawab segala tohmahan dan lontaran tersebut. Adakah kita benar-benar mempunyai semangat patriotisme terhadap negara?
0 comments:
Post a Comment