Friday, September 9, 2011

Cerpen: Aku Terima Seadanya... [Bahagian 3]

Pada suatu hari, ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan. Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: "Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?" Ibnu Umar menjawab: "Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya."

Airmataku mengalir. Belumpun sempat untukku luahkan apa yang terbuku di hati, lebih dahulu airmataku berjujuran di pipi.

"Mama, ampunkan segala salah silap Along selama mana Along dibesar dan diasuh oleh mama. Halalkan air susu yang Along minum selama ni." Sedu-sedan mula mencengkam suasana pagi itu. Tangan mama mengusap lembut di kepalaku.

"Mama dah ampunkan segala salah silap Along buat mama. Mama halalkan segala-galanya yang telah mama berikan kepada Along selama ni." Hatiku bertambah sayu dengan ungkapan kata-kata mama. Sungguh mulianya hati seorang insan bernama ibu. Tidak pernah menyimpan dendam mahupun amarah terhadap anak yang dikandung meskipun payah dan jerih dalam membesarkannya. Sekelumitpun tiada. Sungguh besar naungan jiwa seorang ibu buat anaknya. Tidak mengharapkan balasan harta mahupun apa-apa daripada anak. Cuma, hanya perhatian daripada anak-anak yang menjadi sandaran kepada mereka kelak.

*****


Aku berdiri di hadapan pintu rumah. Pintu tidak berkunci. Hanya dipisahkan oleh langsir rona biru langit yang menutupi tirai antara dalam dan luar rumah. Kedengaran riuh sedikit di dalam rumah. Aku memandang ke belakang. Abah dan mama serta sanak saudara yang lain sedang berdiri menunggu aku untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

"Haa, apa lagi? Masuklah. Dah bagi salam tapi tercegat lagi kat luar buat apa?" ujar abah yang sedari tadi hanya tersenyum sejak bertolak keluar dari rumah.

"Err, abah masuk dululah. Along seganlah," balasku seraya membuka laluan kepada abah.

"Haish, bila masa pula pengantin lelaki segan ni?" seloroh abah sambil ketawa sedikit. Pipiku memerah menahan malu.

Ya. Aku memang segan ketika itu. Segan terhadap bakal isteriku. Bakal isteriku itu adalah pinangan kedua orang tuaku. Pilihan mereka sendiri. Pilihan yang diajukan kepada aku  terlebih dahulu sebelum mereka merisik dan masuk meminang untukku. Bagi aku, pilihan kedua orang tua adalah yang terbaik buat anaknya. Bukannya aku terlalu memilih sehinggakan abah dan mama perlu mengorak langkah dalam membina Baitul Muslim untukku, namun sikapku yang lebih suka memberikan keputusan kehidupan aku kepada mereka. Mereka lebih arif dan lebih mengetahui terhadap isu-isu sebegini. Bagi aku, pilihan ibu bapa adalah pilihan yang terbaik.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah setelah abah dan mama mendahului. Mataku tertancap ke arah bakal isteriku yang duduk bersimpuh di ruang dalam bersebelahan dengan ruang tamu. Mengenakan jubah berona putih. Wajahnya hanya ditundukkan ke bawah.

Mataku beralih ke hadapan. Tok Kadi dan bakal ayah mentuaku berada di ruang tamu. Segala prosedur mengenai pernikahan selesai ditandatangani, maka, langkah seterusnya adalah yang menjadi tanda termetrainya ikatan sah antara aku dan bakal isteriku.

"Aku terima nikahnya ..."



Tamat

4 comments:

Nor Hidayah said...

A Great Marriage is not when the perfect couple come together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences. (",)v

Nice cerpen...!!

p/s: dah abis ke?? xda smbungan?

Nor Hidayah

Terima kasih...
Tapi, best ke cerpen nie?
Rasa cam pelik aje...
Semuanya spontan belaka...
Apa yang terlintas di akal, tuelah yang dicoretkan...

Yup...
Dah habis...
Nape?
Nak ada sambungan ke?
Nak jadi seperti Ketika Cinta Bertasbih?
;)

Nor Hidayah said...

Sambungla kehidupan slpas rumahtangga pula. adakah mereka mmpu memikul tggungjwb, liku2 khdupan suami isteri. mgkin bole memberi bnyk maklumat kpd pembaca.

Nor Hidayah

Hmm...
Macam payah sikit sebab kena kaji serba sedikit daripada sketsa kehidupan berumahtangga...
Insya Allah, jikalau ada kelapangan dan idea daripada-Nya, akan diluah dan dicoretkan lagi...

Nak baca cerpan tak?
Nie link cerpan tue...
Konfrontasi Realiti Hati

Nie cerpan ya, bukan cerpen...
Cerita panjang...