Friday, May 22, 2009

Berlalunya Minggu Ketiga...

Assalamualaikum dan Salam Bicara Mengutus Ceria...

Kali nie, terutamanya bagi seluruh rakan yang sedang menjalani latihan industri di seluruh pelusuk tanah air, kita hanya tinggal lagi tujuh minggu untuk melengkapkan agenda bagi semester nie. Insya Allah, diharapkan berbekalkan kudrat dan semangat yang kental, kita akan bersama-sama mengharunginya dengan jaya.

Dalam kita melaksanakan segala latihan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh penyelia industri, sama ada pegawai penyelidik mahupun pembantunya atau sesiapa saja, moga-moga segala berkat ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka dapat memberikan kita sedikit sebanyak gambaran sebelum melangkah ke alam yang seterusnya kelak. Sedar atau tidak, kita telahpun menyempurnakan 3/10 daripada keseluruhan minggu latihan industri kita.

Bagaimana dengan pencapaian anda semua ketika nie? Semestinya, ada di kalangan kita yang telahpun memulakan projek yang telah diberikan oleh penyelia industri masing-masing. Paling tidakpun, semestinya telah sedikit sebanyak memulakan untuk menulis dan merangka struktur laporan latihan industri. Insya Allah, saya harapkan agar anda semua berusaha dengan lebih gigih dalam melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Saya kini baru memasuki fasa menulis laporan latihan industri bagi pengenalan syarikat/organisasi dan yang seantero dengannya. Buat masa nie, saya masih lagi belum memulakan apa-apa projek yang sehingga kini hanya menunggu masa untuk memulakannya. Insya Allah, jika diberi keizinan oleh-Nya, saya akan memulakan projek saya pada minggu hadapan. Doakan saya supaya dipermudahkan urusan kelak.

Sepanjang saya menikmati ilmu dan pengalaman di organisasi nie, saya menimba sedikit demi sedikit ilmu yang sememangnya bakal saya aplikasikannya kelak di masa-masa yang akan datang. Setakat nie, saya menimba ilmu dan pengalaman dalam hal-hal yang melibatkan proses pengambilan sampel terus dari kawasan hutan dan pengendalian kerja-kerja makmal yang berkait rapat dengan projek saya kelak.

Oh ya. Hampir terlupa saya sebentar tadi. Sebelum nie, saya belum pernah lagi menyatakan secara teliti mengenai jabatan mahupun unit yang saya berada ketika menjalani latihan nie. Tatkala nie, saya diselia di bawah 'Drug Discovery Centre', di mana pusat nie berada terus di bawah pemantauan Ketua Pengarah FRIM sendiri.

Wow! Bayangkanlah betapa tingginya status pusat nie sehinggakan terus diterajui dan dipantau sendiri oleh Ketua Pengarah FRIM. Betapa pentingnya pusat nie demi pembangunan penyelidikan di masa akan datang. Sungguh saya tak percaya sama sekali sehinggalah pada 21 Mei yang lalu, di mana sedang saya leka memerhatikan sejenak carta organisasi FRIM. Barulah ketika tue, saya sedar yang saya kini berada di tempat yang begitu memerlukan ahli-ahlinya berada dalam keadaan yang proaktif, selain kesanggupan dan kesungguhan dalam menjalani penyelidikan demi meningkatkan potensi perubatan di masa muka, terutamanya di Malaysia.

Hmm, setakat nie dahulu coretan yang mampu saya warkahkan buat tatapan umum, khasnya kepada rakan-rakan yang sedang menjalani latihan industri ketika nie. Insya Allah, akan saya khabarkan perkembangan dan pengembaraan menjelajah ilmu dan pengalaman yang ditimba di FRIM nie. Sehingga bertemu lagi untuk penulisan coretan yang seterusnya. Sekian.

Wassalam dan Selamat Malam...

0 comments: