Sunday, May 31, 2009

Jangan Ditanya Mengapa...

Sekadar perkongsian bersama-sama...
  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Risau jikalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana pada waktu pagi itu dibuka pintu berkat)
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi bersama syaitan
  • Jangan keluar rumah tanpa memasang niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang pada bila-bila masa
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan, kelak rosak persahabatan kita hilang bahagia
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya

0 comments: