Wednesday, May 6, 2009

Jelmaan Hari Ketiga Latihan Industri...

Assalamualaikum & Salam Ceria...

Sebelum anda semua menerjah pelbagai persoalan & pertanyaan mengenai tajuk yang tertera di atas, baca dulu apa yang ingin aku coretkan untuk warkah pada kali nie.

Sebenarnya, 'jelmaan' yang aku maksudkan tue adalah mengenai tugasan yang dilakukan oleh aku sepanjang hari nie. Barulah hari nie aku merasa melakukan kerja-kerja makmal yang dinanti-nantikan oleh aku dan As. Sudahlah semalam seharian kitorang stress mengenangkan kerja-kerja pencarian maklumat & informasi berkaitan dengan tajuk projek kitorang. Namun, semua tue tiba-tiba hilang dalam bayangan selepas penyelia kitorang ajak kitorang sama-sama buat eksperimen dia. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat & matlamat untuk melihat & dalam masa yang sama mempelajari peralatan radas makmal yang diyakini mempunyai perbezaan & pengkhususan yang tertentu di sini.

Hari nie kitorang tolong penyelia buat eksperimen mengenai 'Extraction of Mahogany', 'Germination Termination' & 'Moisture Seed Weight'. Alhamdulillah, banyak perkara baru yang kitorang belajar terutama sekali mengenai penggunaan cecair nitrogen yang mempunyai suhu sehingga serendah -196 darjah Celcius! Wow, bayangkan betapa sejuknya yang teramat sangat bila pegang 'pestle & mortar' yang digunakan untuk menghancurkan sampel tue. Sehinggakan aku & As agak kaget nak mengisi cecair nitrogen tue dalam bekas 'pestle' kitorang.

Alamak, memandangkan masa yang tidak mengizinkan untuk aku berceloteh, jam kat laptop aku nie dah menunjukkan waktu 2326, maka aku terpaksa beransur diri dahulu dari warkah pada kali nie. Insya Allah, jika diberi kesempatan & keizinan oleh-Nya, akan aku coretkan serba sedikit lagi pengalaman yang dapat aku timba di tempat aku nie.

Sehingga bertemu lagi. Chow. Wassalam & Selamat Malam...

0 comments: