Friday, May 29, 2009

Kepulangan Yang Aku Nantikan...

Hari nie aku pulang ke rumah seperti biasa dari tempat kerja aku. Maklumlah, jam menunjukkan pukul 5 petang, mestilah masing-masing dah terdetik niat di hati untuk melangkah pulang dengan hati yang berbunga. Petang tadi, macam biasa. Seperti hari-hari lain juga. Tak ada perbezaan yang ketara. Pulang ke rumah seperti sedia kala dengan abah sebagai pengunjung setia yang mengambil aku dari tempat kerja. Alhamdulillah, terima kasih abah.

Namun, hari nie berbeza berbanding dengan hari-hari sebelumnya. Hari nie aku tiba agak lewat di rumah. Dalam anggaran jam sudah menunjukkan pukul 6.15 petang. Selalunya, aku akan tiba sebelum jarum jam menunjukkan jam 6 petang lagi. Apakan daya, hari nie abah ada perkara penting di pejabatnya yang terpaksa dilaksanakan. Jadi, bermakna, abah terpaksa keluar pejabat agak lewat dari biasa. Tapi, tak mengapa. Aku tak ambil hatipun jika pulang lambat. Asalkan, aku dapat menjejakkan ke teratak indah nie dengan selamatnya.

Hari nie merupakan sejarah pertama yang tercipta untuk edisi kepulangan aku tiba ke rumah. Sebelum nie, statik saja waktu yang aku catatkan untuk tiba di rumah. Sekali-sekala, mesti ada perubahan yang berlaku dari perkara biasa yang pernah kita lakukan. Betul tak?

Walau bagaimanapun, minggu lepas, hari Khamis kalau tak silap aku, adalah merupakan hari yang paling awal pernah aku rekodkan untuk tiba ke rumah usai saja waktu pejabat. Pukul 5.15 petang aku dah meletakkan beg aku di bilik aku. Wow! Bayangkan bertapa cepatnya aku tiba. Hehehe...

Hmm, sekarang nie dah genap 4 minggu aku menjalani latihan industri di FRIM. Hanya tinggal 6 minggu lagi untuk tamatkan sesi nie. Walaupun aku memulakan latihan industri lebih awal berbanding universiti-universiti lain yang menjalani praktikal di sini, namun, mereka akan menamatkan latihan lebih awal seminggu berbanding aku. Mereka kebanyakannya hanya mengambil masa 8 minggu saja manakala aku pula 10 minggu. Perbezaan yang tidak terlalu ketara tapi bakal menampakkan impak di minggu terakhir latihan aku kelak. Biasalah. Kalau dah lelaki terlalu sedikit yang menjalani latihan industri di sini, maka jawabnya, akan wujudlah niche yang terlalu menampakkan perbandingan ketara dalam soal jantina.

Apa boleh buat? Terimalah hakikat bahawa kaum Hawa lagi ramai daripada kaum Adam nie. Hmm, minggu depan apa pula agenda aku ya?

1 comments:

Hmm...
Minggu depan, Insya Allah, siapkan projek LI...
Kalau takpun, siapkan thesis report dulu...
Tak adalah kerja bertangguh...
Hehehe...
:)