Monday, May 11, 2009

Minggu Kedua, Hari Pertama...

Assalamualaikum dan Salam Saujana kepada korang semua...

Camner dengan korang semua cuti nie? Mestilah best kan? Betul tak? Atau korang dah dilanda kebosanan yang teramat sehinggakan nak turun tangga ke bawah untuk makan pun malas, ye tak? Hehehe, jangan marah ye wahai si empunya diri yang terasa dengan kiasan ayat tadi tue.

Camner lak dengan rakan-rakan seperjuangan yang sedang menghadapi Latihan Industri sekarang nie? Apa cerita korang? Mesti sibuk sekarang nie dengan pelbagai agenda dan projek yang perlu disiapkan memandangkan masa yang ada tak mencukupi. Semoga korang berjaya dan sukses selalu hendaknya. Cayalah...

Baiklah, minggu nie, aku dah memasuki minggu kedua menjalani Latihan Industri kat FRIM nie. Hari nie lak merupakan hari pertama dalam minggu kedua. Biasalah, dah namanya hari Isnin, jadi, mestilah jadi hari pertama dalam setiap minggu bagi hari bekerja (untuk negeri-negeri selain Kedah, Kelantan & Terengganu). Hari nie, macam biasa jugalah, aku meneruskan pencarian aku bagi projek mini aku kelak. Namun, tiba-tiba, pagi tadi, aku diberitahu oleh penyelia aku yang aku akan menukar tajuk projek aku manakala As pula dah digandingkan dengan penyelia yang baru. Jadi, aku kena buat tajuk eksperimen dia, manakala dia pula dapat tajuk baru. Tuelah serba sedikit rencah kehidupan aku hari nie. Tapi, sebelum tue, ada lagi aku tak beritahu korang semua.

Hari nie juga, aku masuk makmal buat eksperimen dengan penyelia aku. Sebelum nie, aku bertiga dengan As sekali, namun, As dah ditukarkan ke penyelia lain, jadi, aku berdua sajalah dengan penyelia aku. Hari nie, kitorang buat eksperimen mengenai 'Protein Quantification' menggunakan kit yang ada. Jadi, mudahlah kerja hari nie. Tak payah susah-susah nak sediakan reagent untuk uji kandungan protein yang ada dalam setiap sampel yang kita ada.

Best juga jadual hari nie. Banyak jugalah aku berkongsi cerita dan ilmu dengan penyelia aku nie. Alhamdulillah, setakat nie, dia 'sporting' habislah. Bebas nak berbicara dengan dia.

OKlah, aku nak berehat. Nak menonton berita dan perkembangan hal ehwal semasa. Insya Allah, nanti aku khabarkan kepada korang semua apa aktiviti aku yang seterusnya pula. Chow, wassalam...

0 comments: