Sunday, June 14, 2009

AS Boneka Dunia: Nafi Kemenangan Ahmadinejad

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


AS Tolak Kemenangan Ahmadinejad
NIAGARA FALLS, Ontario - Amerika Syarikat enggan menerima kenyataan Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran dan menyatakan ia akan melihat kepada dakwaan berlaku penipuan.

"Kami memantau situasi semasa di Iran tetapi seperti masyarakat dunia lain, kami menunggu dan melihat apa yang rakyat Iran putuskan," kata Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton, pada sidang media bersama Menteri Luar Kanada, Lawrence Cannon.

Beberapa minit selepas Clinton bercakap, Rumah Putih mengeluarkan kenyataan dua ayat memuji "perdebatan dan minat mendalam yang dijana pilihan raya itu, terutama di kalangan belia Iran" tetapi menyatakan kebimbangan berhubung "laporan keganjilan".

Clinton dan Rumah Putih tidak menyebut nama Ahmadinejad atau pencabarnya, Mir Hossein Mousavi, atau menerima perisytiharan kemenangan oleh Presiden Iran itu.

Pihak berkuasa Iran menyatakan Ahmadinejad dipilih semula dengan 62.6 peratus undi. Namun Mousavi, bekas Perdana Menteri Iran, menolak keputusan itu dan menuduh pihak berkuasa menentukan keputusan pilihan raya kelmarin. - AP


Komentar penulis: Secara logiknya, adakah AS mempunyai hak untuk mendakwa sedemikian rupa, mengatakan bahawa kemenangan Pilihan Raya Presiden Iran yang dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad, tidak diiktiraf sama sekali. Adakah AS sedar bahawa Iran bukanlah negara di bawah naungan pemerintahan AS. Jadi, mengapa AS sibuk-sibuk menghambat situasi yang dialami oleh Iran? Di manakah letaknya kewarasan dan idealisme AS selaku negara yang mengamalkan prinsip demokrasi?
Renung-renungkan...

0 comments: