Saturday, June 20, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 16)

“Baiklah, abang janji. Tapi, janganlah Lisa tinggalkan abang. Abang tahu, selama ni abang dah banyak berubah selepas perginya anak kita. Dengan kondisi abang sekarang ni, abang harap Lisa sentiasa berada di sisi abang.” Betapa rintihnya luahan seorang suami terhadap isteri. Lisa memandang tepat ke arah anak mata Amar. Kelopak mata Amar kini digenangi cecair jernih yang hanya menunggu masa untuk terburai dari pekungannya. Hati Lisa terpaut sayu. Sayu mendengarkan patah perkataan yang diluahkan terhadapnya sebentar tadi. Air matanya tidak dapat ditahan lagi lalu berderai runtuh di pipinya.

“Lisa janji, abang. Lisa akan sentiasa berada di sisi abang. Lisa harap abang tabahkan diri dan hati dalam mengharungi dugaan Ilahi ni. Lisa rindukan abang yang dulu,” ujar Lisa dalam nada sebak.

“Insya Allah, Lisa. Abang cuba,” balas Amar seraya mencium tangan isterinya. Beberapa titik air mata jatuh hinggap di tangan kanan Lisa. Hangat. Lisa mengusap-usap kepala Amar yang masih lagi menunjukkan rona warna hitam meskipun terpalit sedikit helaian putih di antaranya.

“Ya Allah, jika ini merupakan hadiah Kau kepada aku kerana memulangkan suami yang asal kepadaku, aku gembira, Ya Allah. Syukur, Alhamdulillah atas kurniaan yang tidak terhingga ini,” monolog Lisa di hati sambil tidak putus-putus mengucapkan kata syukur terhadap-Nya.

Petang itu, di bilik 308 dihiasi dengan air mata yang mengalir oleh kedua-dua insan sambil dilihat oleh sepasang mata di hadapan pintu bilik wad. Dia juga mengalirkan air mata kesyukuran terhadap Yang Maha Esa kerana termakbul doanya selama ini untuk melihat perwatakan asal abah yang dikasihinya kembali menghiasi kehidupannya nanti.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari di laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments: