Wednesday, June 10, 2009

Mahasiswa UTM: 20 Jam Sebulan Layari Internet

Ihsan dari sumber Utusan Malaysia Online

JOHOR BAHRU 8 Jun - Seramai 20,000 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hanya dibenarkan menggunakan kemudahan Internet selama 20 jam sebulan mulai Julai ini bagi mengelakkan kesesakan talian.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, peraturan baru itu dibuat bagi mengawal penggunaan kemudahan Internet untuk mengurangkan kesesakan dalam talian sehingga melambatkan proses mendapat maklumat.

"Peraturan ini menjadikan UTM universiti pertama di negara ini yang mengamalkan kawalan penggunaan kemudahan itu bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang tepat dan pantas.

"Berdasarkan kajian, antara sebab kesesakan talian Internet adalah sikap pengguna yang menggunakan kemudahan di luar keperluan termasuk muat turun lagu, bahan lucah, filem, perisian dan permainan," katanya.

Beliau bercakap kepada para pemberita selepas melancarkan laman web berwajah baru dan polisi teknologi dan telekomunikasi UTM di Skudai, di sini hari ini.

Zaini berkata, dengan pelaksanaan polisi baru itu, semua penuntut UTM perlu bijak memanfaatkan 20 jam yang diberikan kepada mereka.

"Kita juga mengambil kira keselesaan pelajar dengan menyediakan 700 tempat untuk melayari Internet dengan 135 megabait sesaat.

"Kemudahan yang kita bangunkan sendiri itu merupakan megabait terpantas di negara ini, " katanya.

Mengenai laman web berwajah baru itu, Zaini berkata, antara elemen yang diperkenalkan bagi memenuhi kehendak secara efektif ialah fakta pantas, kalendar akademik, aktiviti penyelidikan, maklumat mengenai hal ehwal pelajar dan bahan rujukan.

Katanya, UTM turut memperkenalkan rangkaian laman web sosial seperti facebook dan You Tube serta twitter yang boleh diakses terus dari laman web universiti itu.

Sementara itu, katanya, UTM turut menjadi universiti pertama di negara ini melaksanakan Pelan Pembangunan Pelajar (PPP) yang berfungsi membentuk sahsiah secara holistik.

Menurutnya, menerusi PPP, semua aktiviti dilakukan di kolej-kolej dengan diselia oleh felo yang terdiri daripada para profesor.

"Sebelum ini, kita lakukan di kelas akademik. Menerusi kaedah ini kita dapat menjimatkan masa, sumber manusia dan tidak menjejaskan waktu pembelajaran pelajar," katanya.



Komentar penulis: Hmm, Pelan Pembangunan Mahasiswa telahpun dilancarkan secara rasminya hari Isnin lepas. Namun, adakah perkataan seperti 'Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)' akan ditransformasikan menjadi 'Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)' kelak yang jelas bertentangan dengan idealisme Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai isu MPM ini. Fikir-fikirkan sejenak...

3 comments:

heeee...kalau dpt online tu mmg lama..ahaks!

MAJLIS perwakilan pelajar termaktub dalam AUKU. dan saya difahamkan AUKU ada beberapa lagi pindaan baru pada 2010. jadi mungkin hal ini mendapat perhatian menteri.

dalam konvensyen mpp, ada dibangkitkan tentang hal ini dan mendapat perhatian pihak kpt..

dalam soal ni, KPT melalui timb menteri yang menjaga HEP, dato` Saifudin Abdullah tiada maslah langsung. beliau banyak bersetuju dgn idealisme mahasiswa dan dlm sesi dialog bersama beliau, beliau sendiri mengakui AUKU telah menghancurkan idealisme mahasiswa.

>Pricess Liyana: Haah, kalau dapat memang lamalah online...

Tp, kalau sistem wi-fi macam dulu juga, lupakanlah hasrat tue...

Huhuhu...
[Menangis merenung masa hadapan]


>Mohd Hafizul Hilmi Mohd Noor: Akhirnya, cetusan revolusi mahasiswa menjadi salah satu medium dalam usaha kementerian yang berkaitan menelusi segala aspek yang menjurus terhadap pembangunan mahasiswa tue sendiri...