Tuesday, June 9, 2009

Mengapa Dia yang Aku Jumpa?

Hmm, dunia nie sebenarnya tidaklah sebesar mana. Dalam kit meniti hidup, membawa segala impian dan hasrat, akhirnya, pertemuan yang tidak diduga tercipta. Begitulah putaran hidup. Sejauh manapun kita mengelilingi dunia nie, pasti kita akan bersua juga bersama dengan kenalan, taulan mahupun musuh yang telah lama menghuni diari hidup nie.

Petang tadi, setelah pulang dari praktikal, aku dan abah aku singgah di 7 Eleven untuk membeli beberapa buku roti. Namun, aku tidak percaya sekali dengan apa yang aku lihat. Berdirinya seorang gadis di hadapanku yang bertindak sebagai juruwang di kaunter tersebut. Lama aku amati wajahnya sehinggakan mindaku turut ligat mencari memori wajah yang pernah aku lihat sebelum nie.

Akhirnya, sedang aku memaksa mindaku untuk menggapai saraf-saraf neuron yang tergendala dalam mencapai fail-fail memori silam, akhirnya, barulah aku jumpa noktahnya. Dia pernah menuntut ilmu di sekolah rendah yang sama denganku. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang. Namun, semasa di peringkat menengah pula, dia menyambung pendidikan di sekolah bersebelahan dengan sekolahku; iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. Cukup gah nama sekolah tersebut di arena negeri Selangor Darul Ehsan.

Namanya? Hmm, kalau tidak silap aku, namanya Nur Syifaa bt Abdul Razak. Ayu orangnya namun dia digilai oleh ramai jejaka. Terdetik juga di hati aku dahulu untuk mengenalinya, namun siapalah diri aku untuk dibandingkan dengan jejaka lain. Aku sedar, semasa melakukan pembayaran di kaunter, dia hanya mendiamkan diri saja. Sama juga seperti aku. Mungkin dia benar-benar lupa atau tidak mengenaliku sama sekali. Yang penting, memang sah wajahnya mirip seperti insan yang aku kenal dahulu. Syifaa. Tapi, aku seperti biasa, dengan wajah serius bersaja, hanya memerhatikannya seperti seorang insan yang tidak pernah aku kenali dalam seumur hidup aku. Tak terdetik sedikitpun untuk aku bertanya khabar dengannya.

Biarlah. Dia bagaikan memori silam yang hanya sempat menjengah jendela mindaku tatkala aku berada dalam situasi mamai. Lebih baik dia tidak mengenali atau 'buat-buat tidak mengenali' aku daripada terus dihambat memori lama. Semoga dia berjaya dalam hidupnya kelak. Sempat aku berprasangka baik sebelum aku keluar dari kedai tersebut.

P/S: Mengapalah aku terserempak dengan individu yang sebegitu rupa? Tak ada orang lain dah yang aku nak terserempak? Hmm...

2 comments:

heheeh menarik lah cerita abg ni
macm novel lah pulak
serius huhu
nanti dah bukak sem boleh cerita hehehe

Unknown said...

Err???

Cerita???

Tak payahlah...

Tak ada erti nak cerita pun...

Huhuhu...