Saturday, June 20, 2009

Nasib Calon Tersalah Tawaran USM

Ihsan dari sumber Utusan Malaysia Online


4424 Calon Tersalah Tawaran USM ke IPTA
PUTRAJAYA 19 Jun - Seramai 4,424 daripada 4,574 pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi atau setaraf yang tersalah diberi tawaran oleh Universiti Sains Malaysia (USM) akibat kesilapan teknikal baru- baru ini berjaya dalam pemilihan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun ini.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 40,366 calon lain yang turut berjaya dalam tawaran kemasukan ke IPTA sesi akademik 2009/2010.

Katanya, baki 150 calon yang terlibat dalam kes berkenaan dan tidak mendapat tawaran ke mana-mana IPTA akan dipertimbangkan semula oleh USM.''Seramai 150 calon ini tidak dapat ditawarkan kerana mereka tidak memohon kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) sebaliknya memohon terus ke USM. Bagaimanapun mereka merupakan calon yang layak dan di peringkat pra berjaya setelah disaring oleh USM.


Klik di sini untuk maklumat berikut.


Komentar penulis: Alhamdulillah, akhirnya dapat juga adik-adik kita ini melanjutkan pengajian mereka ke peringkat seterusnya. Semoga, kejadian yang telah berlaku menjadi iktibar kepada semua pihak terbabit agar insiden sama tidak berulang kembali di masa hadapan.

0 comments: