Penyelia Fakulti Datang Melawat...
Friday, June 05, 2009
By
Unknown
Coretan Latihan Industri
0
comments
Assalamualaikum dan Salam Ceria...
Alhamdulillah, akhirnya tamatlah sudah episod minggu kelima dengan berlabuhnya tirai pada minggu nie. Rakan-rakan seperjuangan latihan industri pula bagaimana? Rasanya, kalian semua mesti sudah tak sabar-sabar nak menamatkan sesi latihan nie dengan secepat yang mungkin. Baiklah, nak berkongsi sebuah cerita coretan kehidupan saya pada kali nie. Coretan yang berlaku pada hari nie, Jumaat, tanggal 5 Jun 2009.
Hari nie adalah hari yang berlainan sedikit berbanding dengan hari-hari sebelum nie. Hari nie penyelia fakulti saya datang melawat saya di tempat latihan industri aku, FRIM. Tujuannya? Nak bertemu dengan saya dan juga penyelia industri saya mengenai hal-hal latihan industri. Sesi beramah mesra, soal jawab, luahan perasaan dan segal-galanya yang berkaitan dengan latihan industri.
Pada mulanya, saya berasa sedikit gugup dengan kehadiran penyelia fakulti yang hadir pada petang nie. Seperti biasa, berlegar-legar di kotak fikiran, apalah yang bakal dilakukan oleh penyelia fakulti nie kelak. Namun, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar tanpa adanya permasalahan yang timbul. Setelah berdiskusi selama hampir 40 minit, akhirnya, penyelia fakulti saya berpuas hati dengan jenis dan cara pihak organisasi memberikan latihan industri terhadap saya selama mana saya bakal menghabiskan masa selama 10 minggu di sini.
Alhamdulilah, sekarang dah selesai berurusan dengan penyelia fakulti. Selepas nie, kena bagi fokus terhadap penyelesaian projek mini dan laporan latihan industri kelak sebelum tibanya tarikh penghantaran untuk disemak oleh pihak Jawatankuasa Latihan Industri Fakulti nanti. Adalah dalam masa sebulan lagi nak siapkan semua benda nie. Insya Allah, boleh siap.
Baiklah. Sekian saja untuk coretan kali nie. Bermula esok dan hari Ahad, saya bakal 'menghilangkan' diri sejenak di wadah blog nie. Saya akan pulang ke kampung atas tujuan yang tertentu selama 2 hari. Insya Allah, saya akan coretkan isinya setelah saya pulang ke rumah kelak.
Sekian untuk kali nie. Wassalam...

P/S: Nak tahu siapa penyelia fakulti yang datang melawat saya petang tadi? Gerangannya adalah DR. HARYATI JAMALUDDIN...
0 comments:
Post a Comment