Wednesday, June 17, 2009

Terbukti Pemberian Biasiswa JPA Tidak Mengira Status

Ihsan dari sumber Utusan Malaysia Online


Biasiswa JPA: Pelajar Cemerlang Bukan Bumiputera Paling Ramai
http://www.nst.com.my/Tuesday/National/2513108/insidepix1
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pelajar cemerlang bukan bumiputera merupakan paling ramai menerima biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 68 peratus atau 282 orang berbanding pelajar bumiputera seramai 135 orang atau 32 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kumpulan pelajar itu merupakan 20 peratus daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 417 pelajar daripada keseluruhan 2100 pelajar yang ditawarkan biasiswa berkenaan.

Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa pemberian biasiswa tajaan JPA kepada pelajar cemerlang adalah telus dan adil berdasarkan kepada meritokrasi tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

"Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut."


Klik di sini untuk berita selanjutnya.

0 comments: