Wednesday, July 1, 2009

Cucu Kita Bila Nak Kahwin?

Hari nie selepas pulang dari tempat kerja, seperti biasa, abah merupakan teman yang setia dalam menghantar dan mengambil aku. Lagipun, tempat kerja aku nie taklah jauh mana. Cuma 2.5 km saja dari rumah tercinta. Seperti biasa, abah mengambil aku di kala jam menunjukkan hampir pukul 5.30 petang. Setelah abah memandu kereta Proton Wajanya keluar dari perkarangan FRIM, abah memperihalkan sesuatu topik. Selalunya, aku yang excited nak tahu. Tapi, kali nie niat tue seperti terkubur begitu saja. Topik yang aku sama sekali aku tak berminat.


Abah: Ayang, tadi abah telefon Tok.
Aku: Oh, abah telefon Tok. Tok sihat?
Abah: Alhamdulillah, sihat. Tadi Tok ada tanya pasal Ayang.
Aku: Ye? Pasal apa pula, abah?
Abah: Tok tadi beritahu yang kenduri kahwin semua anak-anak Wan dah selamat. Sekarang, tunggu kenduri kahwin cuculah pula.
Aku: Jadi, kenapa pula?
Abah: Tok ada tanya kat abah tadi. Ayang tue dah ada ke belum buah hati?
Aku: Buah hati? Tak adalah. Tak maknanya.
Abah: Tok risau kat Ayang sebab ialah Ayang pun bukannya ada personaliti menarik. Karang, tak ada anak dara yang nak.
Aku: Ala, adik ada kan? Biarlah adik kahwin dulu. Pastue, buatlah kenduri kahwin kat adik merangkap cucu pertama yang kahwin dulu. Hehehe. Lagipun, kerja pun belum lagi. Dahlah wang hantaran tue bukan sedikit, berpuluh ribu.
Abah: Pasal wang hantaran tue boleh negotiate. Tapi, abah beritahu Tok. Ayang nak sambung belajar lagi. Jadi, lambat lagilah.

Alhamdulillah. Nasib baiklah abah ajukan jawapan tue kat Tok. Jawapan yang sama sekali memang aku tunggu-tunggu. Sayang abah. Tuelah topik yang aku paling tak berminat nak bercerita, lebih-lebih lagi kalau topik tue melibatkan aku. Hal-hal kahwin nie bukannya boleh ambil mudah. Aku nie dahlah lelaki. Banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul. Kewangan pun belum ada, ilmu di dada belum lagi mantap, ciri-ciri ketua keluarga belum lagi diasah secukupnya, personaliti diri yang belum lagi tercalon dalam senarai pilihan wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain yang tak aku nyatakan di sini masih lagi sedang aku pelajari dan baiki. Korang rasa, umur berapa yang paling sesuai untuk aku menamatkan zaman bujang?

Bagi akulah, biarlah umur aku melepasi aras 30-an. Bukannya aku nie jenis yang suka berfoya-foya, cuma aku tak nak bakal keluarga yang aku bina nanti kucar-kacir dengan diari kehidupan aku yang belum stabil di era usia 20-an. Tue sebab aku benarkan adik perempuan aku langkah bendul dulu daripada aku. Karang, andartu sampai ke tua. Hehehe...

Jadi, patutkah aku menamatkan zaman bujang aku di kala usiaku hampir mencecah angka 35? Ada sesiapa nak bagi komen dan pandangan serta kritikan?

5 comments:

heeeeeee...tk pyhla tunggu smpai 35..dah rasa cukup serba serbi, and sedia bg komitmen...jalanla..jgn risau, anda akan berasa amat yakin bila anda dah btol2 sedia nak kawin nnti..heee..

good luck!;)

>Princess Liyana:
Hmm, kalau tak tunggu sampai umur tue, payahlah sikit...

Kan sebelum saya ada khabarkan dalam komen akak saya perlu selesaikan pengajian saya sehingga ke peringkat kedoktoran...

Jadi, kalau nak diukur, sekurang-kurangnya usia 30 tahun baru sampai tahap tue...

Nak preparation untuk materialistik perkahwinan lagi, kursus, hak tanggungjawab terhadap ibu bapa. Ertinya, memang banyak masa diperlukan sebelum benar-benar bersedia menamatkan zaman bujang nie...

By the way, thanx 4 the wish...
:)

tak tahu nak tulis per hahahah

>Tuah Pengembara:
Err, bro, nie baca ke tak warkah nie?

Hehehe...

;p

aeyna said...

woi!!!!!!!!!!
agak2 le!!!
ta bole2,
hang kawin dlu!!
hoho