Friday, September 18, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 46)

“Tak.”

“Tak apalah. Aku yang meminta mereka supaya berjanji tak menceritakan hal ni kepada kau. Lagipun, yang pergi biarlah ianya pergi,” ujarku sambil memegang erat bahu Nazmi.

“Amir…”

“Ya, Nazmi,” sambutku seraya memandang tepat ke wajahnya. Ada butir-butir jernih di tubir matanya.

“Nazmi, kau menangis?”

“Ya, Amir. Ya. Aku kasihan melihat liku-liku keperitan hidup kau. Dari dulu, sejak aku mengenali kau sampailah sekarang ni. Kau masih lagi mampu tersenyum dan berdiri tabah. Aku kagum dengan semangat waja kau, Amir.”


“Nazmi, aku sebenarnya lemah. Yang ada terhadap aku ni hanyalah percaya dengan Qada’ dan Qadar daripada-Nya. Dia Lebih Mengetahui terhadap apa yang berlaku. Yang dah pergi tu, biarlah. Tak guna kita meratapi apa yang telah pergi selamanya.” Aku menepuk lemah bahu Nazmi. Tidak aku sangka bahawa Nazmi seorang yang begitu murah dengan linangan air mata. Selama mana aku mengenali Nazmi, tidak aku duga ini adalah salah satu perwatakan Nazmi.

“Amir, aku ada benda nak bagi kepada kau. Sekejap ya.” Nazmi berlalu pergi menuju ke salah satu sudut di ruang tamu. Laci meja dibukanya.


Bersambung...

0 comments: