Thursday, September 17, 2009

Masih Lagi Berdampingan Dengan Tugasan...

Salam Mesra dan Salam Ramadhan semua.

Malam ini adalah malam kedua aku berada di rumah. Segala nikmat yang telah hilang sebelum ini mampu untuk dirasai kembali. Namun, ianya tak lama untuk digenggam kerana lambakan tugasan subjek yang terpaksa saya harungi. Meskipun hanya 2 saja tugasan yang masih lagi tertangguh dalam senarai untuk disiapkan, tapi ianya melibatkan kesabaran yang tinggi kerana kedua-dua tugasan tersebut mempunyai skop yang berbeza, iaitu salah satu daripadanya adalah tugasan berkumpulan.

Tugasan berkumpulan ini sebenarnya mampu membantu meringan beban yang ditanggung oleh seseorang pelajar kerana ianya melibatkan perkongsian ilmu, pencarian, penyelesaian masalah sehinggalah ke arah penghantaran tugasan tersebut kepada ketua kumpulan. Di sebalik kebaikan yang terserlah dalam aspek kerja berkumpulan, ianya masih lagi diruntun masalah ketidak lengkapan tugasan, sikap acuh tak acuh dalam pelaksanaannya dan sikap mementingkan diri yang akhirnya menyebabkan mana-mana individu terpaksa berkorban untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan sebaik mungkin agar ianya tidak memudaratkan terhadap aspek pemarkahan kelak yang bakal mengundang 1001 masalah lain pula.

http://images.clipartof.com/small/33151-Clipart-Illustration-Of-A-3d-Stressed-Out-Silver-Person-Kneeling-Before-A-Broken-Laptop-Computer.jpg

Saya, kini sedang menghadapi masalah berkenaan di mana, sebahagian ahli kumpulan saya yang masih lagi tak menyiapkan tugasan tersebut seperti mana yang dipinta. Akhirnya, saya terpaksa mengorbankan masa dan tenaga saya untuk menyiapkan bahagian tugasan tersebut demi kemaslahatan semua pihak. Kini, saya sedang berhempas pulas untuk menyelesaikan bahagian tugasan tersebut sedangkan rakan-rakan saya yang lain pulang dengan hati dan fikiran yang tenang tanpa diulit dengan permasalahan yang sebegitu rupa.

Maaf kerana perasaan agak emosional ketika ini memandangkan tugasan yang diberikan ini mesti disiapkan setelah sekembalinya dari cuti perayaan. Aduhai...


P/S: Semoga saya mampu untuk menyelesaikan tugasan yang satu ini. Insya Allah...

0 comments: