Wednesday, September 16, 2009

Selamat Segalanya...

Salam Mesra dan Salam Ramadhan kepada semua...

http://www.helenmusselwhite.com/USERIMAGES/Home%20Sweet%20Home.jpg

Alhamdulillah, akhirnya saya tiba juga di kampung halaman saya dilahirkan, iaitu Selayang. Sebenarnya, kepulangan saya ke rumah ini langsung saya ambil secara tidak serius sebab masih lagi mempunyai komitmen terhadap tugasan dan Projek Sarjana Muda yang masih lagi meruntun diri ini. Jadi, kepulangan pada kali ini, segala keperluan yang saya rasakan perlu untuk dibawa pulang hanyalah dilakukan semasa hampir untuk bertolak menaiki bas. Bayangkan betapa ketidak seriusan saya terhadap kepulangan pada kali ini. Fikir saya masih lagi mencongak segala tugasan dan hal-hal yang berkaitan dengan akademik.

Saya bertolak meninggalkan perkarangan kampus pada jam 1045 dan tiba di Taman Sri Puteri 10 minit kemudian. Akhirnya, saya selamat menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur pada jam 1130 dan tiba di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 1550. Baiklah, saya nak berehat dahulu dan bersedia untuk membuat persiapan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga saya yang lain buat pertama kalinya. Secara kebetulan, adik saya juga pulang pada hari ini dari Kolej Matrikulasi Johor bersempena dengan cuti perayaan.


P/S: Aduhai, tugasan, kuiz, ujian dan segala-galanya masih lagi penuh mengisi ruang minda. Semoga ianya dapat diselesaikan dengan tenang. Amin...

0 comments: