Sunday, September 30, 2012

Demi Ilmu, Demi Itu [Bahagian 1]


Masih lagi terbayang bagaimana peritnya dalam usaha pencarian ilmu.

Masih lagi tergambar bagaimana susahnya mencerap dan menongkah dilema demi sebuah penulisan ilmiah.

Masih lagi terakam bagaimana segala hasil pencarian dan penyelidikan ilmu yang dikeringatkan selama hampir setahun akhirnya lupus dalam masa beberapa minit.

Allah.

Beringat sebelum kena.

Tapi, kalau sudah beringat, namun tetap jatuh ditimpa tangga, maka adalah sesuatu ibrah yang ingin disampaikan oleh Maha Pencipta terus kepada hambaNya.

Sekelip mata data dan segala bahan pencarian ilmu dan penyelidikan hilang dalam satu pakej.

Laptop disambar oleh manusia jembalang.
Ehsan gambar.

Diletakkan di dalam beg, disandarkan di tepi dinding dalam sebuah surau sebelum mendirikan solat Maghrib.

Seusai solat, sesudah salam diberi, kepala menoleh.

Terkedu.

Hati membeku.

Terasa dinding-dinding hati kian membengkak.

Mata mula meliar dalam ruang solat.

Sel-sel neuron menghantar maklumat terus ke otak.

Ligat otak mencerap segala langkah dan susun atur strategi berikutnya. Misinya hanya satu - mendapatkan kembali beg serta segala isinya.

Tapak langkah mula memanjang. Mula menjangkau ke hadapan.

Bola mata sudah kehilangan arah tuju.

Limpahan manusia berada di seluruh pelusuk ruang Terminal Bersepadu Selatan ketika itu.

Ehsan gambar.

Derapan kaki mula menyanyi pantas.

Mata ligat memerhati dan mencari beg berwarna hitam.

Mata mula digenangi air.



Bersambung...

0 comments: