Monday, February 9, 2009

Sebuah Epilog Persahabatan...

Assalamualaikum dan Salam Hormat...

Kepada anda semua, kini, saya sudah beralih dari blog friendster ke blog ini. Semoga anda semua masih lagi mampu mengikuti segala jejak langkah memori yang saya coretkan di sini. Baiklah. Bagi permulaan kali ini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman berada di UiTM Johor, Segamat.

Sebenarnya, kami ke sana adalah menerima undangan daripada pihak UiTM Johor sendiri. Agenda yang diutarakan oleh pihak UiTM sendiri adalah sukan persahabatan dan juga sesi pertukaran maklumat di antara pihak UTM yang diwakili oleh Kolej Rahman Putra dan UiTM Johor. Kunjungan kami ke sana disambut dengan senyuman oleh pihak tuan rumah yang sudah menunggu kami sejak tengah hari lagi. Kami tiba di lokasi pada jam 1 tengah hari. Usai saja kami menjamu selera tengah hari, kami dibawa ke Masjid AS-Syakirin untuk bersolat. Setelah selesai saja bersolat, kami dipecahkan kepada dua buah kumpulan, iaitu kumpulan pertama akan ke pusat pentadbiran, di mana satu diskusi akan diadakan bersama-sama dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Sektor A, UiTM Johor dan sebuah kumpulan lagi akan beredar ke kompleks sukan yang bterletak di bandar Segamat untuk acara futsal.

Saya, selaku wakil daripada Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra, bergerak ke pusat pentadbiran UiTM. Kami akan berkenalan dengan pihak pentadbiran Sektor A bersama-sama dengan JPK Sektor A yang diketuai oleh Yang Dipertua JPK Sektor A, saudara Raedha. Slot ini, pihak kami berdiskusi bersama-sama dengan pihak UiTM mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran kolej. Slot ini berakhir pada jam 4.45 petang.

Seterusnya, pihak kami terus bergerak ke lokasi sukan yang dipertandingkan. Semasa kami tiba di lokasi berkenaan, keputusan futsal untuk kategori lelaki dan wanita telahpun berakhir dengan keputusannya adalah seri; futsal lelaki-UTM menag manakala futsal wanita-UiTM menang.

Berikut adalah acara-acara sukan yang dipertandingkan beserta keputusannya:
Bola Sepak (L) UTM menang
Bola Jaring (W) UTM menang
Bola Baling (L) UTM menang
Bola Tampar (L) UTM menang
Bola Tampar (W) UTM menang
Bola Keranjang (L) UTM menang
Bola Keranjang (W) UTM menang
Futsal (L) UTM menang
Futsal (W) UiTM menang

Itulah antara keputusan-keputusan bagi acara yang dipertandingkan. Alhamdulillah, akhirnya kejayaan memihak kepada kami. Syukur kepada-Nya. Tidak sia-sia para atlet berlatih dalam mencapai apa yang diingini oleh pihak penurusan dan pentadbiran kolej. Syabas dan tahniah saya ucapan kepada mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini. Semoga kejayaan yang diraih oleh kolej mampu diteruskan lagi di sesi-sesi akan datang. Insya Allah.

Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya titipkan harapan saya agar warga kolej mampu menyahut cabaran dan berdaya saing dalam segenap sudut yang diceburi. Sahutlah cabaran sedemikian dan cabarlah kemampuan diri anda. Biarlah anda sendiri menilai sejauh mampu kemampuan diri yang anda semua miliki kini.

"Hari ini tidak akan sama dengan hari semalam dan hari esok tidak akan sama dengan hari ini. Namun, kita mampu mengubah hari esok jika kita menilai situasi keadaan hari semalam."

Fikir-fikirkanlah sejenak baris-baris ayat tersebut.

Wassalam dan Salam Ceria.

2 comments:

Hafizhilmi said...

salam..add le blog saye ye..hehe..
blog 1st
http://hafizhilmi89.blogspot.com

blog 2nd
http://akumenulistentangmanusia.blogspot.com

salam bang add blog saya gak http://tuahfarid.blogspot.com