Tuesday, May 19, 2009

Advanced Leadership Camp (ALC): Setahun Usai Berlalu...

Apabila terkenangkan tarikh 15 Mei hingga 18 Mei, terkenang kembali onak duri keluarga Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra sesi 2008, di mana kami semua telah mengharungi selama 4 hari kem pemantapan yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Kolej (MaXEC). Terimbau kembali kenangan semasa di Kem Rebutia, Gombak. Kini, semua tue dah berlalu pergi sejak setahun yang lalu. Hanya sebahagian gambar nie saja yang mampu menceritakan sejarah perjalanan kehidupan yang telah berlalu, namun masih segar di ingatan dan sanubari untuk disingkap kembali bagi paparan kehidupan.

Singgah kat Machap sebelum meneruskan perjalanan ke Gombak. Lapar sangat-sangat pula masa nie

Nie adalah salah satu daripada halangan yang perlu kitorang selesai semasa
berada di kem nie; Poisonous Pipe

Yang nie pula namanya Titian Sirat

Yang paling mencabar antara kesemua halangan di sini; Tarzan Swinging

Bergambar ketika baru sampai di Kem Rebutia, Gombak. Masa nie dalam lingkungan
pukul 5 pagi, 15 Mei 2008

Nie namanya Poknik, tuan punya Kem Rebutia nie. Poknik memang best
apabila beliau bagi nasihat

Nie adalah sebahagian daripada AJK Pelaksana Kem Pemantapan JKM nie. Yang pakai
baju warna oren tue adalah pengarah bagi program nie, saudara
Mohamad Irfan bin Abdul Samad. Berbaju putih tue pula adalah
fasilitator kat kem nie, saudara Khairul Anwar Rosnan

Kenangan bersama kalian semua, keluarga JKM 2008 adalah permata berharga yang tidak mampu aku cari gali di mana-mana. Semoga ukhuwah dan persahabatan kita terus berkekalan hingga ke akhirnya. Amin...

1 comments:

Huhuhu...
Tak sangka ya...
Dah setahun detik tue berlalu...
Terimbau kembali kenangan yang bisa membuatkan kita menggamit semula setiap langkah yang kita bina bersama...
:)