Tuesday, May 19, 2009

Sejenak di FRIM...

Assalamualaikum dan Salam Muhibah kepada anda semua...

Baiklah, rasanya, dah masuk minggu ketiga saya menjalani latihan industri di sini, namun perkhabaran mengenai tempat saya menjalani latihan belum pernah saya uar-uarkan. Jadi, untuk kesempatan pada kali nie, ingin saya perlihatkan beberapa keping gambar yang saya sempat ambil sewaktu saya berada di sini.

Nie adalah bangunan Bioteknologi Hutan yang sebenarnya masih lagi baru di dalam FRIM nie. Usia bangunan nie sekitar sedekad hingga 12 tahun pembinaannya.


Nie adalah papan tanda yang terletak di hadapan bangunan Bioteknologi Hutan nie.

Di bangunan nie terdapat lebih kurang 8 buah makmal yang berlainan, antaranya dalah makmal instrumentasi, makmal kerjasama tumbuhan ubatan, makmal mikrobiologi, makmal genetik, makmal tisu kultur, makmal teknologi biji benih dan makmal biologi. Bangunan nie juga dilengkapi dengan surau, tandas dan lif bagi memudahkan staf-stafnya melaksanakan kerja-kerja seharian. Di bangunan nie juga diterajui oleh 3 pengarah program berbeza, iaitu Pengarah Bioteknologi Hutan, Pengarah Tumbuhan Ubatan dan Pengarah Program Hutan Ladang.

Insya Allah, untuk edisi yang akan datang, saya akan cuba memaparkan lebih banyak lagi maklumat dan informasi mengenai FRIM nie. Untuk tue, sekian saja daripada saya.

Waasalam dan Salam Ceria...

0 comments: