Sunday, May 10, 2009

Cerpen: Ranjau Kehidupan (Bahagian 5)

Sambungan dari Bahagian 4


“Ya Allah, Kau berikanlah Nur dan hidayah daripada-Mu agar terbuka pintu hati ayah dan ibuku serta adikku untuk menerima-Mu. Aku berdoa kepada-Mu memohon kepada-Mu agar Kau maafkanlah segala salah dan silap mereka sekiranya mereka ada melakukan perkara-perkara yang mengguris hatiku. Semoga mereka beroleh hidayah daripada Kau, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.”

Itulah antara bait-bait doa yang sering kali aku lafaz tatkala selesai mengerjakan solat. Aku melipat kain sejadah lalu meletakkannya di suatu sudut berhampiran dengan almari. Aku bersandar di birai katil. Aku mengerling ke arah jam locengku. Waktu menunjukkan sudah hampir jam 2.45 pagi. Aku baru saja usai menunaikan solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat. Lama aku bermunajat kepada Yang Maha Esa. Mengadu kepada-Nya mengenai pelbagai perkara. Esok akan bermula peperiksaan akhir bagi semester kedua pengajian untuk sesi kali ini. Aku memerhatikan siling bilikku. Tidak berapa lama kemudian, akhirnya, mataku terlelap.


Bersambung...

0 comments: