Tuesday, May 19, 2009

Cuti Sakit...

Hari nie aku cuti dari menjalani latihan industri. Aku mohon kebenaran daripada penyelia industri aku untuk bercuti hari nie. Cuti sakit. Entah, di mana silapnya akupun tak tahu. Semalam hanya selesema dan batuk saja. Hari nie, terus rasa tak sedap badan. Tak bermaya nak pergi kerja. Lantas, dengan sepantas tangan, aku mengambil telefon bimbit aku menaip dan menghantar mesej kepada penyelia aku mengenai ketidak hadiran aku untuk hari nie.

Walaupun aku dapat merehatkan diri aku daripada seharian di lapangan industri, namun, hatiku digamit rasa tidak selesa dan seakan-akan bersalah kerana ketidak hadiran untuk hari nie. Ada hikmat di sebaliknya mengapa aku tidak dapat hadir untuk hari nie.

Insya Allah, esok aku akan hadir seperti sedia kala. Rugi kalau tak hadir latihan industri nie. Kadang-kala, hampir setiap hari ada saja perkara-perkara yang aku pelajari, namun tak ketinggalan juga hari-hari yang begitu statik aku lalui. Maklumlah, dah lumrah kehidupan. Tak selalunya kita merasakan sesuatu yang kita nak. Hanya nawaitu diri kita saja yang menjadi penanda aras. Jika nak sesuatu ilmu, hanya diri kita saja yang mampu mendapatkannya dan sebegitulah sebaliknya.

P/S: Esok tak sabar nak masuk makmal buat 2-dimensional electrophoresis (2-DE). Insya Allah, harap-harapnya dapatlah aku masuk makmal dan belajar sesuatu perkara baru.

0 comments: