Thursday, May 14, 2009

Cuti...

Assalamualaikum dan Salam Ceria Pencetus Idea...

Alhamdulillah, genaplah sudah 2 minggu aku menjalani Latihan Industri. Tinggal lagi 8 minggu untuk melengkapkan lagi semester pendek nie. Korang semua bagaimana? Apa progres korang untuk Latihan Industri nie? Aku, alhamdulillah, setakat nie overall, OK. Tapi, mata aku saban hari semakin silau dek menghadap depan laptop seharian waktu bekerja, bermula dari hari kedua sampailah hari nie.

Namun, esok, aku diberi cuti oleh penyelia aku. Aku pun terkejut juga pada mulanya. Betul apa yang aku dengar nie? Tapi, tuelah hakikatnya. Aku seorang saja yang diberi cuti oleh penyelia aku. Pelajar-pelajar LI lain tetap meneruskan kehadiran mereka esok. Hari Jumaat. Mesti sekarang nie korang semua sedang ligat berfikir, mengapa aku diberi keistimewaan tersebut sedangkan tidak bagi yang lain? Begini ceritanya. Esok, penyelia aku tidak dapat hadir ke tempat kerja kerana mempunyai urusan di luar. Jadi, siapa yang nak memantau kerja-kerja seharian aku di sini? Jalan mudah, dengan memberikan aku cuti sehari.

Alhamdulillah, syukur sebab aku baru saja habiskan kerja-kerja pencarian maklumat yang diminta oleh penyelia aku hari Selasa lalu. Jadi, untuk esok, bolehlah aku mulakan serba sedikit pencarian informasi untuk projek sarjana muda aku pula nanti.

OKlah, sampai di sini dahulu coretan luahan hati aku. Maaflah sebab lambat mencatit warkah pada malam nie. Hujan lebat dari petang tadi sampai lewat malam kat kawasan perumahan keluarga aku nie. Insya Allah, esok, kalau tak ada aral melintang, aku coretkan segala apa yang aku rasakan perlu kelak.

Sekian untuk kali nie.

Waasalam dan Selamat Malam.

P/S: Untuk Aslinda (UTM), Henry (UKM) dan Siti (UNISEL), teruskan usaha kalian dalam menjalani waktu-waktu LI esok. Insya Allah, kita jumpa lagi hari Isnin nanti.

0 comments: