Wednesday, May 20, 2009

Dadah Durjana...

Masihku ingat
Semasa pepohon kecil
Yang baru mengeluarkan tunasnya
Yang baru bertapak kukuh di hutan belantara
Keadaannya masih lagi suci bersih
Tanpa kelibat sisa racun pemusnah
Yang mahu merobek kesihatannya
Dari pelbagai sudut
Ketika di hutan belantara
Yang masih lagi utuh berbatu
Di hadapan kaca mataku.

Saban hari
Pepohon yang semalam baru bertunas
Telah matang mengeluarkan bunga
Yang harum untuk menarik Sang Lebah
Namun, racun tersebut semakin menghampiri
Walaupun saban hari
Pohon tersebut semakin matang
Dari aspek jasmani dan rohani
Tetapi, lambaian syaitan yang menggamit pohon tersebut
Agar mencuba menjejakkan akarnya
Yang bertapak di hutan batu ini
Tanpa memikirkan kekesalan dan impak yang mendatang
Cis, keparat tak guna!
Keparat yang mahu memusnahkan
Anak pohon yang menjadi nadi kehidupan
Hutan batu yang utuh bertapa
Di tempatnya
Untuk masa depan hutan ini
Yang bakal diterajui
Oleh anak pohon ini nanti.

Tampaknya, kehidupan Sang Pohon
Semakin seronok dibuai mimpi dunia
Racun tersebut sudah sebati dengan kehidupan Sang Pohon
Kehidupannya saban hari
Sentiasa ceria tanpa duka
Yang menghinggapi jendela memorinya
Acap kali jarum suntikan ditusuk
Ke lengan Sang Pohon
Terpampang wajah kelegaan
Yang amat sangat
Menjadikan dunianya bagaikan syurga
Hasil ciptaannya jua.
Namun, dalam keseronokan itu
Timbul juga kesakitan
Kesakitan yang meruntun dirinya
Hasil daripada racun durjana
Dulu, tubuhnya yang sihat dan tegap
Semakin hari semakin layu
Dan berguguran
Menyembah tanah
Cis, dadah durjana!
Alangkah baiknya
Jikalau kau nyah dari hidup ini
Tanpa membabitkan
Diri Sang Pohon ini
Yang hanya menunggu masa
Untuk merebahkan diri
Meninggalkan hutan belantara
Yang berbatu ini
Buat selama-lamanya.

Namun, akhirnya
Sang Pohon sedar akan keterlanjurannya
Disebabkan syaitan racun empunya
Kini, tubuhnya kembali sihat
Tegap dan tinggi menerjah langit
Begitu juga dengan hutan ini
Bercambah dengan begitu pesat
Seiring dengan peredaran masa.

Sang Pohon mengerti kini
Racun yang memberinya kebahagiaan
Turut sama memusnahkannya
Dalam senyap
Alangkah baiknya
Jikalau najis tersebut tidak menimpa dirinya
Suatu ketika dulu
Cis, berambus kau dari sini!
Najis keparat yang memusnahkan anak bangsa!
Jangan harap kau dapat bertapak di sini lagi
Keranaku sedar kini
Aku tidak akan menjadi seperti Sang Pohon itu lagi
Yang menjahanamkan jasmani dan rohaninya
Disebabkan racun itu
Racun durjana yang membawa kehancuran
Nyah kau dari sini
Dadah durjana!

0 comments: