Thursday, May 21, 2009

Sinopsis: Syurga Cinta

Filem Syurga Cinta menceritakan kehidupan dua anak Melayu Islam dengan dua pegangan hidup berbeza. Seorang mengagungkan gaya hidup Barat dan seorang lagi masih teguh mempertahankan keimanan kepada Islam dan nilai ketimuran.

Watak utamanya Irham dilakonkan Awal, sementara Heliza pula yang memegang watak Syuhada mengakui berasa sangat takut apabila kali pertama berada di lokasi penggambaran Syurga Cinta.

Irham, anak hartawan berwajah tampan yang dibesarkan di luar negara sejak kecil dan mengamalkan cara hidup Barat, menerima cabaran daripada dua kawannya Alex (Shaheizy Sam) dan Zainal (Fizz Fairuz) supaya memikat gadis bertudung yang selama ini dipandang rendah oleh mereka.

Syuhada yang dibesarkan datuknya (Hisham Ahmad Tajuddin) tidak menyedari niat sebenar Irham yang cuba merapatinya dengan bantuan adik Irham, Ikmal (Hadziq) yang juga pelajar di sekolah tempat Syuhada mengajar.

Melihat usaha Irham untuk mendalami ilmu agama, Syuhada banyak membantu sehingga menimbulkan perasaan kasih antara kedua-duanya. Irham juga tidak menyedari dia melaksanakan tanggungjawab sebagai Islam tanpa lalai dan mula selesa dengan kehidupan barunya, namun dia terpaksa menunaikan janji kepada Alex dan Zainal lalu memberitahu niat sebenarnya kepada Syuhada.

Ketika itu timbul konflik antara pasangan ini dengan Irham terpaksa menghadapi situasi itu kerana hatinya juga terpaut dengan gadis berkenaan.

Tayangan perdana di panggung seluruh negara: 21 Mei 2009 (Khamis)

Petikan daripada Berita Harian Online

0 comments: