Sunday, May 17, 2009

Genggaman 5 Tahun Nostalgia (Bahagian 2)...

Sambungan...

Hmm, terkenang aku saat-saat melalui detik tue. Bagaimana agaknya cikgu-cikgu aku yang mengajar aku dulu sejak aku di Tingkatan 1 (2001) hinggalah ke Tingkatan 5 (2005)? Tersingkap kembali memori aku ketika bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas yang mengejar satu cita-cita bersama. Mencari sinar masa hadapan yang diidam-idamkan.

Tingkatan 1 Bersih
Guru Tingkatan: Pn. Khaiyon Mohd Said
Masa nie, status kelas nie adalah yang kedua terbaik selepas kelas Amanah bagi kategori kelas yang tidak mengambil subjek Bahasa Arab untuk Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 nanti. Sekarang nie, beliau dah berpindah ke sekolah lain sejak aku di Tingkatan 3 lagi.

Tingkatan 2 Amanah
Guru Tingkatan: Pn. Shaibah Daud
Nie merupakan kelas yang rangking pertama dalam seluruh kelas di Tingkatan 2. Kelas Bahasa Arab, iaitu Kelas Qudus dikategorikan sebagai kelas khas. Guru tingkatan aku nie juga turut bersama-sama mengikuti aku ketika aku memasuki Tingkatan 3 dengan beralih tugas sebagai guru yang mengajar di sesi pagi dari sesi petang.

Tingkatan 3 Helium
Guru Tingkatan: Pn. Zunainun Che Pa
Nie merupakan kelas yang telah dijenamakan semula daripada nama asalnya, iaitu Amanah. Kelas nie diberi status sebagai salah sebuah kelas harapan dalam menaikkan prestasi sekolah dalam peperiksaan PMR tahun 2003 selain kelas Qudus dan beberapa kelas lain yang turut sama diberi tanggungjawab untuk menggalas amanah yang telah diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah. Guru tingkatan aku pula mengajar subjek yang pastinya kebanyakkan korang agak bosan dengan subjek nie; Sejarah. Tapi, berkat dedikasinya dalam mengajar subjek nie, maka lahirlah generasi penyumbang bilangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR 2003. Termasuk aku. Hehehe...

Tingakatan 4 Einstein
Guru Tingkatan: Pn. B. Panjavrnam
Guru tingkatan aku nie mengajar subjek yang paling digeruni oleh semua pelajar yang mengambil aliran Sains Tulen mahupun Sains Ikhtisas dan Perakaunan; Matematik Tambahan! Bayangkanlah betapa tekunnya cikgu aku nie mengajar subjek nie walaupun kitorang agak 'pening-pening lalat' untuk memahami butir-butir konsep subjek tersebut. Dan juga kelas nie merupakan kelas aliran Sains Tulen dan mendapat jolokan sebagai 'Creame de la Creame' bagi seluruh kelas Tingkatan 4. Biasalah, harapan sekolah untuk sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2005 kelak. Aduhai, tanggungjawab lagi...

Tingkatan 5 Einstein
Guru Tingkatan: Pn. Wong Siew Hium
Pn. Wong nie mengajar subjek English for Science & Technology (EST) sejak aku di Tingkatan 4 lagi sehinggalah di Tingkatan 5. Kali nie, beliau merangkap sebagai bonda di kelas aku. Waktu nie, yang ada dalam kepala otak aku hanyalah nak mengulangi prestasi cemerlang aku semasa di Tingkatan 3 dahulu, namun tak tercapai apa yang diidamkan. Waaa...

Namun, di sinilah kini aku berada. Menjejakkan kaki di persada pengajian universiti. Universiti Teknologi Malaysia. Berbekalkan dengan semangat juang para guru yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mendidik, akhirnya aku berjaya melangkah masuk ke pintu gerbang nie juga. Syukur kepada-Nya. Alhamdulillah. Terima kasih cikgu. Jasamu akan aku kenang sepanjang hayatku.

0 comments: