Sunday, May 17, 2009

Genggaman 5 Tahun Nostalgia (Bahagian 1)...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam keadaan suasana petang yang begitu mendamaikan, walaupun terasa panas bahangnya, meskipun berada dalam kamar sendiri, sedikit sebanyak membuatkan diri nie mengimbau kembali nostalgia yang kian berlalu hampir 4 tahun dahulu. Di mana aku menjejakkan kakiku keluar dari genggaman status sebagai seorang pelajar sekolah.

Terimbau kembali kenangan suka-duka selama 5 tahun aku berada di situ; Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Bharu. Sejak dari hari pertama aku mendaftarkan diri di situ, pada tarikh 2 Januari 2001 hinggalah tamatnya statusku pada 31 Disember 2005. Segala-galanya aku sematkan di sanubari diariku nie.

Sungguh aku terbayangkan suasana aku semasa zaman-zaman dahulu. Dihina, dimarah, dicaci, dipuji, dikritik, kenangan pahit manis, semua sekali berbaur menjadi satu resepi memori yang tidak mampu aku lupakan.

Bagaimanalah agaknya keadaan cikgu-cikgu aku sekarang nie ya? Hmm...

Bersambung...

0 comments: