Wednesday, May 13, 2009

Hanya Dikau...

Assalamualaikum dan Salam Hormat...

Kali nie, aku cuma nak meluahkan apa yang terbuku di hati aku selama nie. Sejak aku pulang ke mahligai yang penuh dengan nostalgia nie, sering kali aku tersingkap kembali kenangan lalu yang bisa meruntun jiwa. Menggamit memori semula. Kenangan sewaktu aku melalui waktu-waktu zaman persekolahan dahulu. Cukup indah. Walaupun ianya ada tersisip kuntuman layu di helaian warkah, namun, tue semua mengajar dan mematangkan aku. Betapa pentingnya pengalaman dan sahabat di sekeliling dalam membantu membimbing diri nie ke arah sebuah kehidupan. Kehidupan yang serba indah. Dipenuhi dengan siraman Nur daripada-Nya. Mengenali mereka dengan kalimah ikhlas demi-Nya. Sungguh mengasyikkan suasana pada waktu tue.

Namun, kini yang tinggal hanyalah memori. Memori yang pastinya terlipat kemas di dalam lipatan sejarah kehidupan yang berlalu sejak hampir 4 tahun lalu. Terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan semasa di alam persekolahan. Berkhemah bersama. Berkawad, bergelak ketawa, stress acap kali menghadapi ujian dan peperiksaan, berlumba-lumba menunjukkan semangat ingin berjaya dan juga semangat setia kawan yang tinggi di antara sesama kita. Begitu marak sekali musim perkenalan kita yang mampu menyinari di sebalik kemendungan hari yang melanda saban hari.

Sahabat, kini, aku mengerti. Tanpanya kalian semua, tak akan aku berada di sini. Mengecapi apa yang aku miliki. Meskipun sumbangan ibu bapa adalah yang terbesar, namun, korang juga mempunyai sahamnya yang tersendiri. Aku bersyukur kerana aku sebenarnya diberi peluang oleh-Nya untuk mendampingi korang semua dalam menempuhi onak duri kehidupan yang semakin mencabar nie.

Maafkanlah aku wahai sahabat sekiranya aku seakan-akan hanyut dan hilang petanda diriku di dalam kalam kehidupan korang. Bukannya niat aku untuk melupuskan atau menjauhkan perhubungan yang sudahpun terjalin, tapi, disebabkan dek kekangan waktu dan jauh yang membataskan segala-galanya, aku akur. Akur dengan arus ketetapan hidup yang kian diuji oleh-Nya.

Di sini, ingin aku luahkan kalimat nie kepada korang semua, yang sudi menerima diriku yang serba kekurangan nie dalam kehidupan korang. Terima kasih wahai sahabat kerana memimpin aku ke arah kehidupan yang direstui oleh-Nya. Hanya secicip kasih dan pengorbanan korang, maka di sinilah aku mampu berdiri. Berdiri di platform yang nyata nie. Membawa bersama-sama kenangan yang tersimpul ampuh di jiwa nurani. Sebagai bekalan untuk aku meneruskan perjuangan yang telah kita sama-sama ikrarkan suatu ketika dahulu. Janjiku terhadap korang. Wahai sahabatku...

Sekian, wassalam.

~Sahabatmu~

0 comments: